Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 23 November 2011

Malaysia hantar bantahan rasmi ke AFC


Oleh TAN MING WAI

Skuad Harimau Muda meraikan kejayaan mempertahan pingat emas bola sepak yang dimenangi di Laos dua tahun lalu selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta, kelmarin. Namun, sebelum sepak mula, skuad negara berdepan dengan situasi getir apabila bas yang dinaiki terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di luar stadium menyebabkan mereka dikerumuni ratusan ribu penyokong tuan rumah. – AP

SEPANG – Pengurus skuad bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan pengalaman terkandas selama satu jam setengah sebelum berjaya memasuki Stadium Gelora Bung Karno untuk perlawanan akhir kelmarin, sebagai ‘lebih mengerikan’ daripada apa yang diharungi ketika final Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

Berikutan itu, tegasnya, Malaysia akan menghantar bantahan rasmi kepada Pesuruhjaya Perlawanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai insiden itu.

“Keadaan di luar stadium adalah kritikal dan kami tidak berpuas hati terhadap penganjur dengan keadaan tidak terkawal itu.

“Pengalaman yang dilalui pemain-pemain, ditahan hampir satu setengah jam adalah cukup mengerikan.

“Nasib baik saya dan sebahagian pemain telah pernah mengalami situasi seumpama, tetapi saya boleh kata kali ini adalah lebih teruk daripada yang lepas,” ujar Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KOMEN : SOKONG SANGAT KERANA ITU MERUPAKAN HAK KITA SEBAGAI PASUKAN YANG BERTANDING... KESELAMATAN MENJADI KEUTAMAAN PIHAK PENGANJUR...

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO...MAT INDON NI TINGER KUALI. CAKAP SAMPAI MULUT BEBUIH PUN DIORANG BKN PEDULIK!. MENTAL KELAS 3 LER KATEKANNNN ADOIYAIIII