Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 8 November 2011

NGO desak bertindak segera ke atas penganjur


DARI UTUSAN MALAYSIA
8/11/2011



KUALA LUMPUR 7 Nov. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini terus mendesak kerajaan agar segera mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka 2011 di negara ini.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, kerajaan perlu tegas dalam mengambil tindakan dan tidak sama sekali bertolak-ansur dengan penganjur program tersebut.

"Dalang kepada penganjuran program ini sudah diketahui masyarakat, namun sehingga kini masih tiada pelaksanaan undang-undang atau sebarang tindakan tegas dan tangkapan dilakukan.

"Jika tindakan tegas tidak dilakukan, kita bimbang masyarakat akan keliru dan bertindak mengikut undang-undang sendiri, malah banyak pihak akan memandang rendah terhadap ketegasan kerajaan dalam menangani isu yang membawa huru-hara kepada negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris yang mengatakan sekiranya tiada tindakan tegas diambil khususnya Peguam Negara terhadap penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, dikhuatiri akan muncul golongan yang menentangnya dengan mewujudkan undang-undang rimba.

Menurut Kamaruddin, pelaksanaan undang-undang tegas perlu dilakukan kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara agar penganjur program terkutuk itu mendapat hukuman sewajarnya.

"Malaysia adalah negara yang mempunyai undang-undang dan perlembagaannya sendiri. Mereka yang melanggarnya haruslah dikenakan tindakan tanpa mengira status.

"Apa sahaja undang-undang yang difikirkan wajar seperti buang kerakyatan, perlu dilaksanakan tanpa ada tolak ansur kerana mereka ini telah merosakkan maruah negara dan tidak layak menjadi rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan serta pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam negara harus lebih proaktif dalam menangani isu ini.

"Tindakan tegas perlu dilaksanakan segera agar program terkutuk yang meruntuhkan moral masyarakat ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Tindakan tegas dalam pelaksanaan undang-undang dan memperuntukkan hukuman yang lebih sesuai amat perlu kerana penganjur akan serik untuk membuat lagi pada masa hadapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan ke atas penganjur program itu sekiranya siasatan polis sudah mencukupi.

"Kita tidak mahu penganjur merasakan dirinya cukup kebal dengan undang-undang dan boleh mencetuskan huru-hara dalam negara tidak kira dalam sebarang isu sesuka hati tanpa sebarang tindakan undang-undang boleh diambil.

"Dari sudut warganegara Malaysia, tidak kira penganjur berstatus pengamal undang-undang atau sebaliknya, semua orang boleh didakwa jika melanggar undang-undang. Jadi dakwa mereka, jangan tunggu lagi," katanya.

Tambahnya, tempoh yang terlalu lama diambil oleh pihak berkuasa dan kerajaan untuk bertindak ke atas penganjur pastinya menimbulkan tanda tanya masyarakat.

"Lebih 1,000 NGO sudah buat laporan polis terhadap penganjur tersebut yang juga merupakan penganjur perhimpunan haram Bersih 2.0 dulu. Namun senyap sehingga sekarang, tiada tindakan yang keras diambil.

"Justeru itu, kita tidak mahu masyarakat tertanya-tanya mengenai kredibiliti pihak kerajaan dan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu seumpama ini," katanya.

MAIM kaji wartakan seks bebas ajaran sesat

JASIN 7 Nov. - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sedia mengkaji semula enakmen untuk mewartakan seks bebas sebagai ajaran sesat dan memperuntukkan hukuman lebih berat kepada pihak atau individu yang menyokong serta terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Pengerusi MAIM, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kajian itu perlu dibuat jika enakmen yang sedia ada tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk menjatuhkan hukuman ke atas umat Islam di negeri itu yang terlibat atau menyokong aktiviti tersebut.

Menurutnya, melalui enakmen yang akan dikaji itu, cadangan akan dibuat untuk mewartakan seks bebas melibatkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sebagai ajaran sesat.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, bagi tujuan tersebut, MAIM akan mendapatkan khidmat nasihat pakar undang-undang dengan merujuk enakmen sedia ada untuk membolehkan mereka yang terlibat atau menyokong aktiviti seks bebas dikenakan hukuman setimpal.

"Jika seks bebas bukan menjadi satu kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen sedia ada, MAIM akan mewujudkan satu undang-undang baru dan mewartakan kegiatan itu sebagai ajaran sesat.

"Melalui enakmen baru itu ia membolehkan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang terbabit dan menyokong aktiviti seks bebas dikenakan hukuman bukan sahaja denda tetapi penjara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Galeri Keluarga Abdul Jabar di Parit Sidang Seman, Sungai Rambai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, penglibatan masyarakat Islam di negeri itu dalam aktiviti seks bebas tidak boleh dimaafkan.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri dan MAIM tidak akan membenarkan sama sekali aktiviti seks bebas bertapak di negeri itu kerana ia bukan sahaja ditentang oleh Islam dan agama lain tetapi menjejaskan jati diri negara.

"Seks bebas bukan amalan kehidupan di negara ini dan kerana itu ia perlu dibendung memandangkan kegiatan ini boleh memudaratkan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malah di seluruh negara," ujarnya.

MAIM kini, jelas beliau, telah mewartakan antara 14 hingga 16 ajaran sesat yang dilarang oleh umat Islam untuk mengikutinya.

Sehubungan itu, katanya, MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diarahkan untuk memantau jika ada pihak atau individu cuba menganjurkan aktiviti seks bebas di negeri itu.

KOMEN : TAKANLAH KERAJAAN NAK TUNGGU SEHINGGA RAKYAT BERTINDAK SENDIRI MENGIKUT HUKUM RIMBA... KES BERSIH PUN TAK SELESAI LAGI DAH DITAMBAH KES BERSEX PULAK... KEJAMNYA AMBIGA BERFORUM DISALAH TEMPAT... KENAPA TAK BUAT KAT INDIA AJE...?

No comments: