Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 21 November 2011

BUKAN GENTAR, TAPI BELUM PUAS....


MB Selangor tidak wajar gentar bubar DUN
DARI UTUSAN MALAYSIA
19/11/2011



SHAH ALAM 18 Nov. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga 2013 untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri jika kerajaan pimpinan beliau benar-benar mantap.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari, sebagai Menteri Besar yang menganggap dirinya menerima sokongan kuat semua ahli Exco, Abdul Khalid sepatutnya tidak gentar untuk memberi mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan negeri yang baharu.

"Walaupun Abdul Khalid enggan membubarkan DUN, jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Shah Alam sentiasa bersedia untuk berkempen menghadapi pertandingan di kerusi Parlimen.

"Keengganan Menteri Besar membubarkan DUN membuktikan pakatan pembangkang masih belum sepakat untuk memilih calon bertanding dan ini membuktikan mereka memerlukan masa menyelesaikan masalah yang kritikal dalam pakatan itu," katanya.

Azhari berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar Sekolah Menengah Bukit Kuda di sini, hari ini.

Abdul Khalid semalam memberitahu, DUN Selangor tidak akan dibubarkan sekali pun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Azhari berkata, rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang hanya pandai menabur janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, tetapi tidak berkemampuan untuk memenuhinya setelah diberi kuasa oleh rakyat.

Kata beliau, Abdul Khalid sepatutnya sedar bahawa rakyat negeri Selangor bukan sahaja memerlukan air percuma tetapi rumah mampu milik dan infrastruktur yang lebih baik.

"Dalam situasi sekarang sudah pasti kerajaan negeri tidak berani terlibat dengan pilihan raya kerana mereka tidak sanggup lagi mengeluarkan manifesto baharu kerana yang lama masih banyak tertunggak," jelasnya.

RM40 juta terpaksa dibazirkan

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kira-kira RM40 juta wang rakyat terpaksa dibazirkan jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkeras mahu mengadakan pilihan raya berasingan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu menggambarkan kerajaan negeri tersebut mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

"Biarpun ia adalah hak kerajaan negeri mengikut undang-undang tubuh negeri, tetapi adakah kerajaan negeri akan membiayai pilihan raya (berasingan) itu?

"Banyak perkara perlu dilihat termasuk kepentingan rakyat, pembaziran wang dan tenaga kerja juga akan bertambah termasuk polis yang terpaksa mengawal ketenteraman awam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

KOMEN : SEBENARNYA PUAK PEMBANGKANG MASIH BELUM PUAS MEMERINTAH SELANGOR DAN MASIH ADA LAGI SUMBER KEWANGAN YANG BELUM DIMASUKAN KEDALAM POKET... TUNGGULAH BAJET 2012 DIAGIHKAN KEPADA RAKYAT SEBELUM PILIHANRAYA DIADAKAN... DALAM MAKNA YANG TERSIRAT TU... RAKYAT JUGA YANG DIPERGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI MEREKA... SELAMA MEREKA MEMERINTAH APA YANG RAKYAT SELANGOR DAPAT TERUTAMA ORANG MELAYU TU...? FIKIRLAH SENDIRI...?

No comments: