Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 November 2011

Asimo baharu lebih pintar


ASIMO juga dapat mengenalpasti suara dan wajah orang yang bercakap walaupun mereka bercakap dalam waktu yang sama.


JIKA ditanya robot manakah yang paling hebat masa kini dari segi meniru gaya manusia bercakap, berjalan atau berlari? Tentu ramai akan menjawab ASIMO.

Sememangnya, ASIMO yang dicipta oleh Honda sejak 1986 merupakan robot humanoid atau robot menyerupai manusia yang hebat kerana dapat mengimbangi dirinya, berjalan menggunakan dua kaki, berinteraksi dengan manusia dan sebagainya.

ASIMO yang bermula dengan nama EO pada awal ciptaannya mempunyai beberapa jenis versi. Menurut Honda, mereka mempunyai lebih daripada 100 jenis robot ASIMO yang telah dicipta.

Dalam memastikan perkembangan teknologi robotik itu tidak berhenti, Honda baru-baru ini memperkenalkan versi terbaru ASIMO yang lebih canggih dan mempunyai ciri-ciri terbaru menggantikan model terdahulu, termasuk kemampuan bergerak secara sendiri tanpa henti.

Antara teknologi utama yang diperkenalkan ke dalam robot baru ini ialah ia kini mempunyai sistem yang mampu menilai input-input persekitaran secara automatik menggunakan pelbagai sensor meniru deria manusia seperti melihat, mendengar dan sentuhan.

Menggunakan input dari 'deria-deria' tersebut, ASIMO kini boleh lebih peka dengan keadaan sekeliling, termasuk mengenalpasti tindakan manusia sekitar dan menyesuaikan dirinya mengikut kesesuaian.

Antara tindakan boleh diambil seperti mampu menggelak dari bertembung dengan orang yang berjalan kerana ia mampu meramalkan kecepatan langkah manusia yang berjalan di hadapannya.

Menggabungkan imput-input yang diperoleh dari sensor penglihatan dan auditori, ASIMO boleh mengecam wajah dan suara manusia yang bercakap, termasuk ketika ramai orang sedang bercakap pada waktu yang sama.

Lebih seimbang

Apabila diletakkan format bebas tanpa program tertentu iaitu tugasan 'make-it-up-as-you-go-along', ASIMO baru ini boleh hilang keseimbangan secara tidak dijangka. Sehubungan itu, robot itu kini mempunyai kaki yang lebih panjang dengan kemampuan memanjangkan kaki jika didapati ia hendak jatuh.

Ciri-ciri ini juga membolehkan ASIMO untuk berjalan di lantai atau tanah yang tidak rata, lari ke hadapan dan belakang dan juga melompat menggunakan satu atau dua kaki secara berterusan.

Lebih tangkas

Satu lagi ciri baru yang menarik mengenai ASIMO baharu ini ialah tangan robotiknya yang kini mempunyai sensor sentuhan di tapak tangan dan sensor tekanan pada setiap jarinya.

Tangan yang digerakkan perisian pengenalan objek itu bersepadu dengan sensor pandangan dan sentuhan membolehkan ia melakukan tugasan-tugasan yang sukar dilakukan oleh robot sebelum ini seperti memegang botol kaca dan membuka penutupnya, memegang cawan kertas dan menuangkan air.

Memandangkan jari-jari itu boleh beroperasi dengan sendiri, ia juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Ciri baru

Selain daripada meningkatkan tindak balas automatik, ciri-ciri baru yang diletakkan pada ASIMO juga meningkatkan beberapa fungsinya yang lain.

Ciri-ciri tersebut seperti beratnya yang semakin ringan iaitu 48 kilogram (kg) yang berkurang sebanyak 6 kg daripada model sebelum ini, tahap kebebasan sehingga 57 darjah (berbanding 34 darjah untuk model sebelumnya) dan kelajuan berlari sehingga 9 km sejam (berbanding 6 km sejam untuk model sebelumnya).

Selain itu, ASIMO baharu ini juga mampu bekerja dengan manusia dengan lebih baik dan cekap, termasuk tangan robotiknya yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai pekerjaan tanpa menggunakan badan.

Tangan robotik itu boleh dikawal dari jarak jauh dan mempunyai pemegangnya sendiri bagi membolehkannya dibawa untuk melakukan kerja-kerja bahaya menggunakan kenderaan kecil ke tempat seperti tapak bencana.

Sistem kawalan keseimbangan yang dibangunkan untuk ASIMO boleh digunakan pada lenggan robot itu dan mampu mengekalkan kedudukannya apabila perlu melakukan kerja-kerja tertentu dengan tanganya.

Sebagai contoh, tangan robot ini boleh ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti membuka/menutup atau membaiki injap paip gas yang bocor ketika berlaku bencana dan sebagainya.

No comments: