Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 15 November 2011

KDN mesti berani bertindak


Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my




KOTA BHARU 14 Nov. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu berani mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan huru-hara dalam negara dengan pelbagai cara termasuk menganjurkan program Seksualiti Merdeka bagi mempromosikan budaya hidup songsang dalam masyarakat.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, KDN ketika ini dilihat terlalu berlembut dalam menangani isu berbangkit sehingga mencetuskan kebimbangan mengenai ketegasan kerajaan menangani masalah yang boleh mengancam keselamatan negara.

Kata beliau, sikap berlembut KDN itu akan hanya memberi muka kepada pihak terbabit untuk terus mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam negara sama ada melalui penganjuran perhimpunan haram atau program seperti Seksualiti Merdeka.

“KDN tidak tegas mengambil tindakan kepada mereka yang cuba menghuru-harakan negara, kalau diambil tindakan tegas mereka akan takut. Ketegasan adalah penting kerana pemimpin mesti tegas dan adil. Apabila tegas dan adil tidak ada siapa yang boleh persoalkan.

“KDN mesti menjalankan tugasnya dengan tegas dan tidak membiarkan pihak yang cuba menghuru- harakan negara terus mencetuskan ancaman kepada keselamatan negara. Misalnya, apabila ditangkap mesti ada tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau diminta mengulas peringatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena Hari Keputeraan ke-42 baginda kelmarin yang mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir anti-establishment.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

Mengulas lanjut peringatan Sultan Kelantan itu, Muhammad berkata, ancaman anti-establishment perlu dikekang kerana ia ibarat api yang jika tidak dikawal akan membara dan akhirnya sukar dipadamkan.

“Sikap berlembut akan melemahkan kepimpinan, itu akan mendorong lebih banyak perkara negatif berlaku, macam bapa marah anak tetapi tidak ada hukuman, anak akan buat salah lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad turut mengingatkan ahli PBTM supaya tidak terikut-ikut dengan sebarang gerakan atau anasir yang cuba merosakkan keamanan dan pembangunan ekonomi negara kerana ia bukan budaya mereka.

KOMEN : KDN TU APA BENDANYA...? KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE ATAU KEMENTERIAN DAH NAZAK... MENTERINYA ADA KE TAK ADA?... GAH PADA NAMA TAPI LEMAH PADA TINDAKAN? DAH KALAU SEMUA AKTA DAN UNDANG2 NAK DILONDEHKAN, MANA NAK DAPATKAN KUASA UNTUK BERTEGAS DALAM MENJALANKAN TUGAS... SETAKAT AMARAN, BUDAK SEKOLAH PUN DAH TAK TAKUT...?

No comments: