Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 30 November 2011

Menunjangi survival bangsa: Suatu jihad


DARI UTUSAN MALAYSIA
31/11/2011



Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.


Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan.

Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat air kerana pembetung

Bulat manusia kerana muafakat

Kata seia kata sepakat

Setuju sependirian setuju sependapat

Kata dibulati kata bertepati

Janji termeteri, kejayaan dinikmati

Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah SAW yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan 'Auz dan Khazraj.

Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

KUASA POLITIK MELAYU GOYAH,FITNAH TERHADAP UMNO

Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihan Raya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan landskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO antidemokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na'uzubillahi min zalik.

Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa.

Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innall'ha ma'ana.

Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

TEMBELANG PEMBANGKANG

Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP.

Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera.

Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah - daripada fiqh maqasid kepada qazaf - semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka.

Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,

Terbit asap menjadi abu

PKR umpama golok kayu

Tetak tak lut gadai pun tak laku.

Lain pula halnya dengan Pas. Suatu ketika dahulu, Pas begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan Pas adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan Pas. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang Pas.

Mutakhir ini, tak semena-mena Pas sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin Pas, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam Pas. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

Anehnya, Pas tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, Pas sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik Pas. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam daripada kamus politik Pas. Bagi Pas, dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan Pas Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.

DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAPlah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAPlah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas. DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, Pas mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini Pas membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada Pas. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada Pas, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

Sebenarnya Pas bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

KERESAHAN MELAYU

Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan bumiputera jika apa sahaja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan Islam?

Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dahulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO ADALAH JAWAPAN KEPADA KERESAHAN MELAYU

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif.

Terkini, Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar.

Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi bumiputera.

Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak RM500 juta, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam kehidupan.

Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-'adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama kita.

UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama daripada terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguat kuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita.

Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al-Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah SWT. dalam Surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu 'ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ia bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syiar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum.

UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.

Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerak kerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan Pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakan jentera untuk membantu mereka.

Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu.

UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103 yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya.

Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7,470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ia akan menentukan kemenangan kita.

Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh,

Patah paruh bertongkat siku,

Patah siku bertongkat dagu,

Patah dagu bertongkat kuku.

Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

"Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu".

Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.

Tunjuk sikap mengalah satu kesilapan besar


DARI UTUSAN MALAYSIA
30/11/2011



KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuat kesilapan besar apabila bersikap mengalah walaupun parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lalu.

Penyandang Kursi Za‘ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Dr. Nordin Kardi (gambar) berkata, sikap mengaku kalah dan tidak yakin pada pencapaian adalah faktor yang menjadikan parti itu lemah.

“Kesilapannya kerana pemimpin kita mengaku kalah padahal UMNO menang dalam PRU12. Tindak-tanduk mereka selepas PRU12 itu sebenarnya kurang cerdik.

“Di dalam ceramah dan forum mereka mengaku kalah dan lebih menyedihkan ada pemimpin tertinggi juga mengaku kalah,” katanya pada Seminar Agenda Melayu Ketujuh sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Seminar anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara bertajuk Islam dan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Selain Nordin, panel seminar terdiri daripada Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Asri Zainul Abidin dan Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah sebagai moderator.

Nordin berkata, tindakan mengalah secara tidak bertempat itu secara tidak langsung telah menunjukkan kelemahan semangat parti.

“Sedangkan di Sweden, kerajaannya menang kurang daripada separuh kerusi tetapi mereka masih memerintah penuh yakin.

“Saya rasa jika sekali lagi pemimpin UMNO buat tindakan yang sama, keadaan dan kesannya akan lebih buruk,’’ katanya.

Sehubungan itu, tegasnya, pemimpin UMNO perlu memiliki sikap berani kerana pada masa sekarang mereka berdepan dengan parti lawan yang tidak lagi mengamalkan politik beretika.

Hujah Nordin turut disokong Zulkifli yang menyifatkan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang meletakkan diri seperti kalah dalam menang.

Sebagai penyelesaian katanya, pemimpin perlu melihat dan mengkaji semula penerimaan rakyat terhadap UMNO dan BN suatu ketika dahulu.

“Kekuatannya dahulu hanya satu iaitu persepsi UMNO itu mewakili orang-orang Melayu dan bumiputera,’’ katanya.

Selain mengkritik pemimpin-pemimpin yang takut untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu, Zulkifli turut menempelak segelintir pemimpin yang bertindak atas kepentingan sendiri.

“Tindakan mereka tidak ubah seperti membeli insurans, seolah-olah kalau UMNO kalah dia masih boleh beralih arah kepada pembangkang kerana tidak begitu taksub memperjuang UMNO,’’ katanya.

KOMEN : PEMIMPIN UMNO SEKARANG MACAM TERKENA SINDROM LALANG... MENGIKUT ARAH ANGIN BERTIUP UNTUK KEPENTINGAN AGENDA PERIBADI... BERAPA RAMAI YANG BERHORMAT (YB) BERANI BERSUARA MEMPERTAHANKAN KERAJAAN DARI TOMAHAN DAN FITNAH PUAK PEMBANGKANG?... ADAKAH MEREKA-MEREKA INI MERUPAKAN CALON BOLEH MENANG YANG DILAUNGKAN OLEH NAJIB...? BERAPA RAMAI YANG TELAH/AKAN BERALAH UNTUK TIDAK MENJADI CALON PADA PRU 13 NANTI? ADAKAH UMNO AKAN DILANDA SINDROM MERAJUK YANG TIDAK BERKESUDAHAN BILA YB-YB INI TIDAK DICALONKAN? KITA TUNGGU APA KESUDAHAN DARI PERHIMPUNAN AGONG UMNO INI.....

PERKHIDMATAN LUAR BIASA - CABARAN PRESIDEN

Wanita sahut cabaran
DARI UTUSAN MALAYSIA
30/11/2011




PEMBAKAR SEMANGAT... Shahrizat Abdul Jalil memberi ucapan penuh semangat pada majlis penyampaian Anugerah Nadi Negara kepada 20 graduan muda Melayu dari pelbagai universiti sempena Persidangan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO bersedia menyahut cabaran Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan perkhidmatan luar biasa kepada rakyat demi keutuhan parti.

Ketuanya, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata, Presiden turut menegaskan bahawa istilah luar biasa itu harus merangkumi aspek perjuangan, ketaatan dan perpaduan.

Kita sangat teruja dengan istilah luar biasa yang digunakan oleh Presiden, ia telah menaikkan semangat Wanita untuk bekerja keras demi kepentingan rakyat.

"Perdana Menteri mahu kita bantu rakyat apatah lagi pilihan raya semakin hampir, maka seruan itu kita boleh jadikan ia sebagai panduan untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Shahrizat seterusnya berkata, Perdana Menteri menyarankan supaya semua ahli Wanita turun padang bertemu sendiri dengan rakyat bagi mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Kata beliau, dengan langkah itu, masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan secara lancar tanpa gangguan pihak-pihak tertentu.

"Wanita akan bekerja bersungguh-sungguh terutama dalam usaha menyusun jentera dengan lebih strategik," jelasnya.

Tumpu agenda survival parti


Khairy Jamaluddin bersama Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim beramah mesra bersama Ketua-Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri pada majlis penyampaian vest di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Semua perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2011 digesa meletakkan segala masalah dalaman serta soal pemilihan parti ke tepi dan menumpukan kepada agenda menjamin survival parti.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, semua aktiviti dan perbahasan yang bakal berlangsung esok hingga Sabtu ini perlu menjurus kepada langkah menarik keyakinan generasi muda terhadap parti Melayu keramat itu.

"Perkara paling penting kini bukanlah pemilihan dan masalah dalaman parti, namun, yang terpenting ialah survival parti. Kalau UMNO tidak menang pilihan raya, tidak guna ada jawatan dalam parti.

"Dalam menggalas tanggungjawab itu, Pemuda UMNO akan terus mengajak anak-anak muda menyertai program anjuran kita sebab kita mencari bakat baru sebagai pemimpin pelapis,'' katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama perwakilan Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Menurut Khairy, perhimpunan kali ini penting bagi UMNO sebelum menghadapi pilihan raya justeru ia menuntut seluruh perwakilan untuk meningkatkan azam dan iltizam bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Berbekalkan semangat itu, katanya, para perwakilan perlu menggalas tugas, amanah dan tanggungjawab yang besar itu apabila pulang ke kawasan masing-masing dan memperluaskan semangat itu kepada generasi muda.

Puteri perlu beri komitmen padu


Perwakilan Puteri dan Wanita UMNO tekun mendengar ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Puteri UMNO digesa memberikan komitmen padu dan luar biasa bagi menjamin kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Puteri UMNO perlu bersatu dan bekerjasama dengan Pemuda dan Wanita untuk menarik kembali kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

“Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan supaya kita memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada rakyat dalam usaha memenangi hati mereka.

“Justeru, kita perlukan sesuatu yang luar biasa untuk memastikan sokongan generasi muda kekal kepada BN. Kita mempunyai tanggungjawab yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Rosnah berkata, Najib turut menekankan supaya semua sayap parti mengetepikan agenda peribadi dan menyelesaikan segera masalah di semua peringkat.

“Presiden memerlukan komitmen semua pihak termasuk kepimpinan di peringkat sayap dan negeri dalam usaha memenangi PRU13 akan datang,” ujarnya.

DAP GANTI PAS TUNGGANG PKR

'Pas tidak mungkin ganti UMNO tetapi DAP mungkin ganti Pas'
DARI UTUSAN MALAYSIA
30/11/2011


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan Pas.

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Kata beliau: "Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

"Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera."

Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, tegas Timbalan Presiden UMNO itu, parti tersebut ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam.

PKR, kata beliau, adalah sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.

"Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

"Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO," katanya.

Menarik perhatian sekali lagi mengenai Pas, Muhyiddin berkata, untuk menutup kegagalan parti itu mempertahankan kesucian Islam, Pas mengemukakan pula agenda Negara Berkebajikan.

"Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan.

"Malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan Negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep Negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," katanya.

Dalam soal ini, kata beliau, Pas sendiri tidak mampu menyediakan bekalan air bersih di Kelantan, justeru masakan mereka kini berangan-angan pula hendak mewujudkan Negara Berkebajikan.

" Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam.

"Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP," katanya.

KOMEN : BETULAH TU... PENGANUT PAS HANYA JADI PENCACAI KEPADA PARTI DAP DAN DITUNGGANGI OLEH PKR UNTUK MEMPERTAHANKAN SALAH LAKU ANWAR... ADA HATI NAK GANTI UMNO UNTUK MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU KONON... MAAF CAKAP BUKANKAH NIK AZIZ MALU NAK JADI ORANG MELAYU...? PENGIKUT MEREKA PULAK TU LEBIH ARAB DARI ORANG ARAB... KEKADANG TAK ADA SIFAT KEMELAYUAN LANGSUNG...PAS NI PARTI MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...BERANGAN MACAM MAT JENIN...

Dr. Mizan dilantik Ahli Lembaga Rayuan negeri Melaka


DARI UTUSAN MALAYSIA
30/11/2011



MELAKA 29 Nov. - Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam dilantik sebagai Ahli Lembaga Rayuan Negeri Melaka di bawah Seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi sesi 2011-2012.

Beliau menerima pelantikan itu pada sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2011 bagi peringkat negeri yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh baru-baru ini.

Mizan berkata, beliau terkejut dengan pelantikan itu kerana ramai lagi calon berkelayakan untuk menganggotai lembaga tersebut.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk melantiknya menganggotai lembaga itu buat pertama kali.

''Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang meletakkan kepercayaan untuk melantik saya sebagai Ahli Lembaga Rayuan Negeri Melaka bagi sesi baru ini.

''Ini satu penghargaan tertinggi buat saya sebagai ahli akademik dan pelantikan ini juga sesuai dengan bidang kepakaran saya," katanya kepada Utusan Malaysia.

Ujarnya, beliau akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Beliau mampu melaksanakan tanggungjawab itu berdasarkan pengalaman dan bidang akademik yang dimilikinya.

Mizan berkelulusan Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Of Southwestern Louisiana (1986), Master dalam bidang yang sama dari Universiti Ohio (1988) dan Doktor Falsafah (PhD) Strategi dan Polisi Perancangan Bandar dari Universiti of New Castle, United Kingdom (1997).

KOMEN : TAHNIAH DATUK...

MAJLIS PEGUAM PERJUANGKAN APA?


NGO bantah memorandum Majlis Peguam

Sebahagian anggota beberapa NGO berhimpun bagi menghalang penyerahan memorandum oleh Majlis Peguam ke Parlimen, Kuala Lumpur, semalam

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Walaupun merupakan satu badan mewakili para peguam yang sepatutnya profesional dan menegakkan undang-undang negara, Majlis Peguam hari ini dilihat bertindak sebaliknya.

Mereka dilihat cuba mempertikaikan undang-undang negara apabila mendesak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 tidak digunapakai meskipun ia telah diluluskan di Parlimen hari ini.

Desakan daripada badan itu timbul setelah mereka tidak berpuas hati terhadap undang-undang baru itu yang dikatakan tidak menepati kehendak individu serta rakyat Malaysia.

Malah, badan itu menganjurkan satu perhimpunan tanpa permit untuk menyerahkan memorandum bantahan di Parlimen hari ini selepas berarak dari Taman Tasik Perdana.

Perhimpunan selama dua jam itu turut menyebabkan kesesakan di beberapa jalan sekitar terutama sekali di susur masuk Jalan Parlimen.

Malah, ada di antara mereka dilihat cuba menghalang laluan kenderaan yang menghala ke Jalan Mahameru dengan berdiri di tepi jalan sambil menjerit-jerit untuk menarik perhatian pengguna jalan raya.

Turut menyertai perhimpunan itu adalah kumpulan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan kumpulan yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang menyokong perhimpunan diadakan oleh Majlis Peguam itu.

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong tengah hari ini.

Tindakan yang dilakukan Majlis Peguam itu bagaimanapun ditolak oleh beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Majlis Putra Malaysia (MPM) yang turut berkumpul bagi membantah kehadiran ahli-ahli Majlis Peguam di Parlimen.

Paduka Ayahanda MPM, Khairuddin Daud berkata, lebih 500 ahli majlis itu yang terdiri daripada beberapa NGO berkumpul untuk menunjukkan taat setia terhadap kerajaan yang sentiasa diasak beberapa pihak yang dianggap melampau.

"Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan namun mereka tetap tidak menyokong. Oleh itu, kami tidak ingin melihat negara ini terus dirosakkan dengan pelbagai perkara negatif terutama sekali seks bebas yang masih dipertahankan mereka," tegas beliau.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor/Wilayah Persekutuan, Mohd. Ali Baharom yang turut serta dalam perhimpunan bantahan NGO itu berkata, tindakan Majlis Peguam itu adalah bercanggah dengan semangat perlembagaan dan sewajarnya ditolak.

Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan sebulat suara Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 membabitkan enam pindaan yang bermatlamat membenarkan orang ramai berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, ketika rang undang-undang itu disambung perbahasannya untuk bacaan kali kedua hari ini, ia turut mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dewan.

KOMEN : TABIAT YANG TIDAK SIHAT DARI PUAK PEMBANGKANG... KALAH BERDEBAT KELUAR DARI PARLIMEN... ITU AJE KERJA YANG MEREKA TAHU... KALAH CABUT... NASIB RAKYAT YANG UNDI KAU ORANG LANGSUNG KAU ORANG TAK BELA... INILAH DIA SYAITAN DAN IBLIS YANG NIK AZIZ KATAKAN... TAK BUAT KERJA TAPI ASYIK NAK MEROSAKAN KEAMANAN NEGARA DENGAN HASUTAN DAN FITNAH JAHAT...

PARLIMEN - PERHIMPUNAN AMAN LULUS


Benar berhimpun tanpa senjata
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Dewan Rakyat hari ini meluluskan sebulat suara Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 membabitkan enam pindaan yang bermatlamat membenarkan orang ramai berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Namun, rang undang-undang yang disambung perbahasannya untuk bacaan kali kedua itu mendapat tentangan ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dewan sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggulung perbahasan mengenainya.

Mendakwa kerajaan tergesa-gesa dalam mengusulkan rang undang-undang berkenaan sambil ‘mengagung-agungkan’ beberapa negara luar seperti Myanmar dan Zimbabwe yang dikatakan lebih baik dari segi pengurusan perhimpunan aman, hujah pembangkang terutama ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun ‘dipatahkan’ oleh Mohamed Nazri.

Ujar Mohamed Nazri, apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata.

“Berkaitan dengan notis pula, Ketua Pembangkang dalam perbahasan merujuk kepada memorandum atau satu draf rang undang-undang disediakan oleh Majlis Peguam. Majlis Peguam tak setuju dengan notis. Tapi, apa yang menghairankan, ketika berhimpun pagi tadi depan bangunan Parlimen, Majlis Peguam sudah bagi notis. Kita bagi notis, dia marah pula.

“Kalau tak suka beri notis, mengapa perlu beri notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan tadi? Satu Malaysia tahu. Maknanya, mereka mahu perlindungan polis kalau ada usaha provokasi kumpulan lain.

“Oleh itu, beri notis ini bukan nak sekat tetapi nak jaga mereka. Memang dulu 30 hari dan turun kepada 10 hari. Ini tunjukkan kita dengar pandangan rakyat. jadi, jangan perasanlah pembangkang. Perangai pembangkang, kalau kita tak dengar cakap rakyat, dia kata kita zalim. Kalau kita dengar, mereka kata lain. Merekalah penipu besar. Cakap benda yang tak benar kepada rakyat,” katanya.

Jelasnya, undang-undang sedia ada di negara luar memperuntukkan tempoh masa yang berbeza mengenai pemakluman notis kepada pihak berkuasa.

“Dalam perkara ini, fasal 9(1) hendaklah dibaca dengan fasal 14 iaitu polis perlu beri respons dalam masa lima hari. Jika polis gagal beri respons, hendaklah diteruskan (perhimpunan). Jadi, buatlah. Apa masalahnya?

“Dalam masa lima hari, ada perkara-perkara tertentu perlu dilakukan seperti perjumpaan dengan polis hendaklah dilakukan. Ni tadi Bagan (Lim Guan Eng, DAP-Bagan) merayu dan merintih kata di Pulau Pinang tiap-tiap minggu ada perhimpunan haram. Inilah yang kita nak bantu. Sebab itu perlu bagi notis. Dia cakap tapi tikam diri sendiri,” tegasnya.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan tengah hari, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur beberapa wakil pembangkang yang cuba mempertikaikan kredibiliti beliau dalam pembahagian masa untuk berbahas.

Beliau berkata, penentuan masa serta perkara berkaitan peraturan mesyuarat yang melibatkan anggota Parlimen, semuanya adalah bergantung kepada budi bicara Speaker yang mempengerusikan persidangan di dalam dewan.

“Soal masa adalah budi bicara Speaker. Sama ada seorang wakil rakyat melanggar atau tidak peraturan mesyuarat atau apabila diminta Yang Berhormat yang lain untuk tarik balik hujah, itu budi bicara Speaker. Sejak bila pula budi bicara Speaker boleh dicampur aduk oleh ahli Yang Berhormat sekalian?

“Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat, kalau budi bicara itu tolonglah jangan campur aduk,” katanya yang menegur Tian Chua (PKR-Batu) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang mempertikaikan pembahagian masa tersebut.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat turut meluluskan empat lagi rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2011; Rang Undang-Undang Pencen (Pindaan) 2011; Rang Undang-Undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-Undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011.

KOMEN : SEMOGA LEPAS INI MALAYSIA BERADA DALAM SUASANA AMAN DAN HARMONI... JANGAN PULA BILA UNDANG2 DAN ADA KUASA PULA TIDAK DIGUNAKAN..?

JANGAN HANYA MANIS DIBIBIR SAHAJA...

Buktikan kata-kata – Muhyiddin
DARI UTUSAN MALAYSIA
30/11/2011





Muhyiddin Yassin berucap di hadapan para perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri pada perasmian perhimpunan ketiga-tiga sayap parti UMNO di Dewan Merdeka, PWTC semalam.

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dicabar membuktikan kata-kata mereka untuk berjuang mempertahankan parti dengan memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil mengingatkan yang ‘ibu’ segala pilihan raya itu akan menentukan jatuh bangun umat Melayu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperturunkan peringatan khusus kepada ketiga-tiga sayap agar menggerakkan seluruh kekuatan untuk menghadapi situasi kritikal tersebut.

Dalam ucapannya ketika merasmikan serentak persidangan perwakilan pergerakan tersebut malam ini yang bernada semboyan perang, beliau turut meniupkan semangat juang srikandi, panglima perang dan permata UMNO itu untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai benteng parti.

“Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabotaj. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan `mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.

“Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti,” tegasnya.

Sebagai sebuah organisasi, Muhyiddin mengakui UMNO ada kekurangan, namun parti itu sentiasa melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.

Justeru, beliau berharap ketiga-tiga sayap itu tidak membiarkan parti bersendirian dalam meneruskan perjuangan yang juga jihad untuk agama, bangsa dan negara.

Untuk menjamin kekuatan parti, tegasnya, mereka perlu bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) serta pada masa sama, mengetepikan perbezaan dan persengketaan sesama sendiri.

“Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7,470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ianya akan menentukan kemenangan kita,” katanya.

Beliau mahu Pemuda, Wanita dan Puteri memberi tumpuan kepada masalah rakyat dan melunaskan tanggungjawab moral sebagai pejuang UMNO dengan membantu mereka.

“Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita.

“Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan,” tegas Muhyiddin.

KOMEN : MASALAHNYA DALAM UMNO DARI DULU SAMPAI SEKARANG CALON YANG TIDAK DILANTIK AKAN MERAJUK MEMBAWA DIRI... TERUTAMA CALON TIDAK BOLEH MENANG YANG NAK SANGAT JADI YB.... KATA ORANG UMNO DAH KALAH SEBELUM BERJUANG KERANA PERANGAI TAK MAHU BERALAH AHLI UMNO SENDIRI...

BETUL KE UMNO PERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU

Hanya UMNO jalan penyelesaian
DARI UTUSAN MALAYSIA
30/11/2011



Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin melambai tangan ke arah perwakilan sewaktu tiba pada majlis taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Nov. - UMNO adalah jawapan kepada penyelesaian segala keresahan orang Melayu akan kemungkinan kuasa politik mereka kekal jika pembangkang secara berterusan menyerang institusi-institusi Melayu.

Menegaskan komitmen itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008.

Berikutan itu, kata beliau, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan dalam membela orang Melayu.

"Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

"Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Muhyiddin berkata, ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan BN tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden selaku Perdana Menteri.

"MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa.

"Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif," katanya.

Terkini, kata beliau, Perdana Menteri telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik.

"Iaitu pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan bumiputera, pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian dan penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar," katanya.

Kata Muhyiddin, begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan.

"Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan.

"Dengan dana sebanyak RM500 juta, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh lima tahun akan datang," kata beliau.

UMNO juga, kata Muhyiddin, akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh.

"Kedudukan raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguat kuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela.

"Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya," katanya.

Kata beliau, bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik.

"Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita," katanya.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG TERUTAMA DAP MESTI KATA UMNO RASIS KERANA MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU.... PEDULIKAN MEREKA... JADIKAN UMNO HAK ORANG MELAYU SELAMA-LAMANYA...

Tuesday, 29 November 2011

SUKAN OLIMPIK - MALAYSIA 2 VS BAHRAIN 3


Tengah pincang punca kecundang

Pemain Malaysia meraikan jaringan pertama ketika menentang Bahrain dalam perlawanan Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. Perlawanan berakhir Malaysia kalah 2-3.

KUALA LUMPUR - Jurulatih bola sepak tempatan sepakat bahawa sikap alpa dan kekurangan pemain gantian yang berwibawa menjadi punca skuad Harimau Muda kecundang 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Mereka berkata, sikap sedemikian tidak sepatutnya berlaku terutama apabila mendahului dua gol.

Ekoran kekalahan tersebut, mereka berpendapat kini hanya keajaiban sahaja yang dapat membantu Harimau Muda untuk layak Sukan Olimpik 2012.

Ini kerana dari segi matematik skuad Ong Kim Swee masih ada peluang tetapi hakikatnya amat sukar kerana perlu memenangi semua baki tiga perlawanan ke atas Jepun, Syria dan Bahrain.

Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail berkata, kekalahan kelmarin mungkin disebabkan kekurangan pemain gantian di bahagian tengah.

"Sepatutnya kita perlu mempunyai banyak pilihan pemain gantian pada bahagian tengah kerana bahagian tersebut amat penting.

"Pada babak pertama saya lihat Malaysia bermain dengan baik berbanding babak kedua yang menyaksikan Bahrain lebih agresif untuk mendapatkan kemenangan," katanya ketika dihubungi semalam.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kecuaian pada saat akhir membolehkan Bahrain mendapatkan gol kemenangan dalam tempoh lima minit walaupun skuad kebangsaan beraksi dengan baik sepanjang 85 minit perlawanan.

"Kita jangan fikir perlawanan sudah berakhir apabila mendahului dengan 2-0.

"Saya tetap puji aksi yang dipamerkan oleh pemain. Kita kena faham pemain terpaksa hadapi cabaran yang sangat getir selepas penat beraksi pada Sukan SEA," kata Dollah.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Irfan Bakti, berpendapat pertukaran pemain akibat kecederaan adalah faktor yang mengganggu rentak permainan.

"Sekiranya 11 pemain utama kekal di atas padang, sudah tentu kita mampu mendapatkan kemenangan semalam (kelmarin)," kata Irfan.

KOMEN : NASIB TIDAK MENYEBELAHI KITA WALAUPUN MENDAHALUI 2 KOSONG....

PILIH BOLEH, SYARATNYA BERUBAHLAH...


Pilih semula Barisan Nasional - Najib

Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian pada Forum Antarabangsa menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memilih semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya setiap program transformasi yang dirancang oleh kerajaan sejak dua setengah tahun yang lalu dapat diteruskan.

Perdana Menteri berkata, beliau sedar kuasa untuk memilih kerajaan terletak sepenuhnya di tangan rakyat, justeru adalah amat penting bagi BN mendapatkan mandat tersebut agar segala perubahan demi meningkatkan taraf hidup rakyat serta menjadikan Malaysia negara maju berjalan mengikut jadual.

Beliau berkata, tidak dinafikan Malaysia kini berada pada landasan yang betul ke arah menjadi sebuah negara maju di rantau ini menjelang 2020, namun ia amat memerlukan sokongan tidak berbelah-bahagi daripada rakyat dengan diberikan kepercayaan untuk terus memerintah.

"Tarikh pilihan raya belum ditentukan lagi tetapi besarlah harapan saya pada pilihan raya itu nanti BN terus mendapat mandat serta kepercayaan daripada rakyat untuk mentadbir negara.

"Kita amat memerlukan sokongan mereka kerana kita mahu memastikan setiap program transformasi yang didasarkan untuk kepentingan rakyat dan negara mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama dalam Forum Antarabangsa yang bertajuk 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Forum yang disertai oleh para duta serta wakil parti politik dari seluruh dunia itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bermula esok.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi forum, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai usaha keras beliau melakukan pembaharuan kepada UMNO sebagai parti tunjang di dalam BN bagi memastikan parti terbesar orang Melayu itu sentiasa relevan.

Beliau berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang telah lama memerintah iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan dan mahu tidak mahu perubahan perlu dilakukan sekiranya ia mahu terus diterima oleh orang Melayu.

"Saya pernah kata di hadapan ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO tidak mahu berubah akhirnya UMNO akan diubah (oleh rakyat)," katanya.

Beliau berkata, realitinya landskap politik negara sudah berubah, untuk itu UMNO perlu membuat sesuatu demi menjamin kelangsungannya.

Beliau turut berkongsi pengalaman dengan para peserta forum cara BN berjaya mengekalkan kuasa di negara ini lebih 50 tahun lalu iaitu melalui formula perkongsian kuasa antara orang Melayu, Cina, India serta golongan etnik yang lain.

"Melalui formula ini kita berjaya mengelakkan berlakunya pertentangan kaum dan rasa tidak puas hati sesama mereka. Dengan kata lain, kita berjaya mewujudkan kestabilan politik dan negara," ujarnya.

Beliau berkata, konsep perkongsian kuasa yang diamalkan di dalam sistem pemerintahan negara adalah cetusan idea daripada bapa-bapa perjuangan terdahulu selepas mereka mendapati negara juga didiami oleh pelbagai kaum dan etnik selain Melayu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bersih dan bebas daripada sebarang penipuan.

"Sebagai bukti pada pilihan raya yang lalu kita kalah di lima negeri dan juga kalah di beberapa kerusi Parlimen, tetapi kita dapat semula satu negeri (Perak). (Oleh itu) Jika tuan-tuan mendakwa pilihan raya kami tidak bebas cuba buktikan," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, sistem pilihan raya di negara ini perlu diperkemaskan lagi selaras dengan perkembangan semasa dan atas sebab itu kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

KOMEN : PILIH BOLEH SYARATNYA HANYA SATU SANGGUPKAH UMNO BERUBAH KEPADA YANG LEBIH BAIK... JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN... SUDAH MUAK DENGAN CAKAP-CAKAP RETORIK UNTUK BERUBAH NAMUN APANYA YANG DAH BERUBAH?