Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday, 2 April 2011

MALAYSIA AKAN JADI SEPERTI ASIA BARAT


Kestabilan Malaysia kekal - PM
DARI UTUSAN MALAYSIA 2.4.2011


KUALA LUMPUR 1 April - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada masyarakat antarabangsa bahawa terdapat kestabilan di Malaysia dan ia akan berkekalan untuk jangka masa yang lama.

"Apa yang berlaku di Asia Barat hanya berkisar di sana dan tidak mendatangkan kesan kepada Malaysia kerana kita mempunyai demokrasi yang segar, kerana kita ada dasar-dasar yang selaras dengan kehendak rakyat, kerana kita ada pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kita ada pekerjaan," kata Perdana Menteri dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

Beliau ditanya sama ada tunjuk perasaan membantah kepimpinan di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara boleh merebak ke Malaysia kerana negara ini sudah diperintah selama lima dekad oleh Barisan Nasional.

Katanya lagi, Malaysia mempunyai 2.2 juta pekerja asing selain mengamalkan dasar-dasar yang melindungi golongan berpendapatan rendah.

"Kita sentiasa memenuhi keperluan sosial rakyat," katanya dalam temu bual mengenai pencapaian beliau selepas dua tahun menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memburukkan imej Malaysia di mata dunia dan menjejaskan kemasukan pelaburan seperti yang didakwa oleh Sir Richard Branson tahun lepas, Najib berkata, kes itu merupakan soal peribadi.

"...disebabkan aduan oleh seorang individu yang kebetulannya adalah pembantu beliau (Anwar). Ia bukan satu tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Najib berkata, apa yang disebut oleh Branson, yang merupakan pengasas Virgin Group, tidak disokong oleh fakta, kerana pada 2009, pelaburan langsung asing adalah sekitar AS$1.7 bilion dan melonjak kepada AS$7 bilion tahun lepas.

"Saya berpendapat angka-angka ini sudah cukup menjadi bukti," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau juga berkata, kerajaan komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira kaum.

Perdana Menteri berkata, kumpulan sasar ini bukan saja terdiri golongan miskin di luar bandar, tetapi juga di bandar.

"Kita bukannya cakap pasal miskin tegar. Kita cakap mengenai mereka yang berpendapatan sekitar RM3,000 atau AS$1,000 sebulan," katanya.

Laporan tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan yang diumumkan minggu lepas menunjukkan 99.8 peratus daripada 44,643 isi rumah miskin tegar tidak lagi berada dalam kategori itu. — BERNAMA

KOMEN : SEBENARNYA KAT MALAYSIA NI TAK ADA ASAS PUN NAK JADI MACAM KAT ASIA BARAT. YANG SUKA MERUSUH DAN BERDEMOSTRASI CUMA PUAK PEMBANGKANG YANG TAK PUAS HATI PASAL SERING KALAH PILIHANRAYA ATAU ADA PEMIMPIN MEREKA DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. KAT ASIA BARAT TU PEMIMPIN MEREKA MEMERINTAH SECARA KUKU BESI, TAPI DI MALAYSIA PEMIMPIN MEMERINTAH SECARA COLLECTIVE DAN BERMUSYAWARAH. BUKAN MACAM PUAK PEMBANGKANG, PENGIKUT KENA IKUT SEMUA APA YANG KETUA MEREKA CAKAP TAK BOLEH MELAWAN... JADILAH PAK TURUT DAN SYAJTAN ANGGUK-ANGGUK DAN SYAITAN BISU.

No comments: