Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 24 November 2015

Tiga kementerian, 
JPA terlebih belanja

24 November 2015 1:08 AM


KUALA LUMPUR 23 Nov. - Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendapati tiga kementerian dan jabatan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar telah berbelanja untuk tujuan pengurusan melebihi peruntukan yang diluluskan.

Menurut laporan itu, JPA memaklumkan bahawa perbelanjaan melebihi peruntukan berlaku berikutan tiada peruntukan awal bagi pembayaran Bantuan Khas Kewa­ngan kepada pesara.

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan pula memaklumkan pembayaran adalah untuk emolumen manakala Kementerian Luar pula akibat faktor luar jangka yang tidak dapat dielakkan.

“Antara faktor luar jangka adalah peningkatan kos sewaan bangunan pejabat perwakilan dan kediaman, yuran sekolah dan bil utiliti.

“Faktor lain adalah kejatuhan nilai mata wang ringgit, penganjuran program dan aktiviti di luar negeri serta lawatan rasmi bagi operasi mencari dan menyelamat MH370 dan MH17,” kata laporan itu.

Selain itu laporan itu turut memaklumkan terdapat tujuh kementerian atau jabatan yang telah memohon pindah peruntukan (viremen) berjumlah RM41.58 juta bagi menampung 19 aktiviti namun tidak dibelanjakan.

Kementerian atau jabatan tersebut adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pertahanan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-kementerian-8232-jpa-terlebih-belanja-1.161786#sthash.QuxoO4cN.dpuf

No comments: