Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 4 November 2015

AFC CUP : Demam juara landa JB

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 04 November 2015 12:13 AM




JOHOR BAHRU - Ribuan rakyat negeri ini membanjiri beberapa lokasi di sekitar bandar raya Johor Bahru untuk menyaksikan perarakan menyambut kepulangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang muncul juara Piala AFC 2015.

Penyokong setia tidak melepaskan peluang menyambut wira JDT yang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara menjulang Piala AFC selepas menundukkan FC Istiklol dari Tajikistan dengan jaringan 1-0 Sabtu lalu.

Perarakan tersebut diwarnai dengan kemeriahan penyokong yang menyarung jersi Harimau Selatan dan memegang sepanduk di laluan perarakan sejak pukul 6 petang sebagai tanda sokongan padu terhadap pasukan berkenaan.

Kemeriahan jelas terasa apabila perarakan yang bermula dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos membawa pemain JDT pada pukul 8 malam disambut kira-kira ribuan penyokong yang mengambil kesempatan me­rakam gambar bersama para pemain Harimau Selatan.

Bas tanpa bumbung yang membawa wira JDT itu melalui beberapa kawasan tum­puan, antaranya pusat beli-belah City Square, Tropical Inn, Kompleks Kotaraya, Lot 1, Hospital Sultanah Aminah, Istana Bukit Serene dan berakhir di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Setibanya mereka di Dataran Bandaraya, pemain Harimau Selatan disambut dengan sorakan oleh ribuan penyokong setia yang tidak berganjak sejak petang biarpun hujan semata-mata mahu menyemat memori berharga itu bersama pasukan JDT.

Dalam majlis sambutan tersebut, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim menyampaikan cenderamata kepada para pemain dan barisan pengurusan serta menyampaikan Piala AFC kepada pemain paling bernilai dalam kejohanan tersebut, ke­tua pasukan Safiq Rahim.

Dalam ucapannya, Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan negeri berkata, JDT berjaya me­lakar sejarah yang belum pernah direkodkan mana-mana pasukan di Malaysia sekali gus mengharumkan nama negara.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak berputus asa membawa perubahan kepada JDT dan mencetuskan fenomena baharu bola sepak tanah air.

“Sebagai menghargai pencapaian yang dicipta pasukan JDT, kerajaan negeri akan meng­umumkan pemberian ganjaran dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam perlawanan akhir Sabtu lalu, JDT menewaskan FC Istiklol dari Tajikistan dengan jaringan 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/demam-juara-landa-jb-1.154201#sthash.kBtH4fMl.dpuf

No comments: