Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 2 November 2015

AFC CUP : Harimau Selatan di puncak Asia

FADHILUL IZMEL ISHAK | 01 November 2015 12:08 AM






KUALA LUMPUR - Sejarah baharu tercipta buat bola sepak tempatan, apabila skuad Harimau Selatan dinobatkan sebagai juara Piala AFC setelah melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas FC Istiklol pada perlawanan akhir di Dushanbe, Tajikistan semalam.

Gol kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) diledakkan oleh penyerang Argentina, Leandro Velazquez menerusi rembatan kaki kirinya pada minit ke-23 berpunca daripada sepakan penjuru kapten pasukan, Mohd. Safiq Rahim.

Kejayaan itu juga bermakna Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara yang berjaya berbuat demikian selepas kejohanan tersebut diperkenalkan buat kali pertama pada 2004.

Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan telah bermula dengan garang untuk memburu gol yang menyaksikan tuan rumah melancarkan serangan awal menerusi Manuchekhr Dzhalilov.

Bagaimanapun, rembatan Dzhalilov itu ke arah pintu gol JDT berjaya dikawal kemas oleh benteng pertahanan Harimau Selatan yang diketuai Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, setelah dia menyepak keluar bola tersebut.

Tuan rumah yang tidak berputus asa hampir-hampir sahaja berada di depan apabila percubaan mereka berjaya menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias pada minit ke-13, namun, pengadil dari Jepun, Minoro Tojo mengesahkan pemain FC Istiklol berada dalam kedudukan ofsaid.

Babak kedua disambung dengan keputusan masih kekal JDT mendahului 1-0, dan tuan rumah sekali lagi berjaya menggegar pintu gol skuad Harimau Selatan pada masa kecederaan (minit ke-96) dan sekali lagi pengadil perlawanan tidak mengesahkan jaringan itu kerana ofsaid.

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan, dan apa yang lebih manis trofi kemenangan telah disampaikan sendiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan berangkat ke Dushanbe bagi menyaksikan sendiri perlawanan akhir tersebut.

JDT kini berada di puncak kejayaan kerana bukan sahaja menempa nama di peringkat antarabangsa, malah mereka turut gah di pentas bola sepak tempatan selepas menjuarai Liga Super musim ini dan juga 2014.

Untuk aksi Piala Malaysia pula, skuad Harimau Selatan itu menghuni tangga teratas Kumpulan B setelah mengutip mata penuh dalam empat perlawanan.

Keupayaan skuad Harimau Selatan untuk beraksi di pentas akhir Piala AFC juga membuka mata peminat bola sepak di serata Asia bagi memberi perhatian bahawa negara ini turut memiliki kelab yang mampu bersaing di peringkat lebih kompetitif selepas perlawanan akhir sebelum ini kerap di dominasi oleh wakil dari negara Arab.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-selatan-di-puncak-asia-1.152711#sthash.NNPUxMIw.dpuf


No comments: