Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 November 2015

AFC CUP : Sultan, TMJ menderma untuk bayar nazar

04 November 2015 12:12 AM


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Kegembiraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala AFC turut dikongsi bersama rakyat jelata termasuk golongan kurang bernasib baik di negeri ini.

Untuk meraikan kegembiraan itu Sultan Johor akan menunaikan nazar baginda untuk menderma RM1 juta kepada rumah anak yatim manakala Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula menderma kepada semua masjid di negeri ini.

“Tunku Mahkota Johor kata dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di Johor dan saya sendiri pula sudah bernazar untuk menderma sebanyak RM1 juta kepada rumah anak yatim di Johor,” titah baginda dalam laman Facebook rasminya, semalam.

Sultan Ibrahim bertitah, kejayaan JDT adalah berkat doa seluruh rakyat negara ini dan kesungguhan pasukan itu yang bermain bermati-matian menentang FC Istiklol sehingga ke tiupan wisel ter­akhir pada Sabtu lalu.

Baginda memberitahu telah menghubungi Tunku Ismail untuk mengucapkan tahniah sebaik sahaja JDT menang ke atas kelab Tajikistan itu.

“Dia (Tunku Ismail) terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira. Memang, kalau boleh, dia hendak berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan janji yang dibuat terdahulu,” titah baginda.

Tunku Ismail tidak menyaksikan perlawanan di Dushanbe itu kerana berada di Argentina untuk menyertai kejohanan polo.

Sultan Ibrahim bertitah, Piala AFC akan dipamerkan di seluruh daerah negeri ini apabila Tunku Ismail pulang pada 18 November untuk membolehkan orang ramai melihat secara dekat.

“JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dan doa daripada anda semua,” titah baginda.

Dalam perlawanan akhir Piala AFC Sabtu lalu, JDT mengecewakan Istiklol di ibu negara Tajikistan itu dengan kemenangan 1-0.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/sultan-tmj-menderma-untuk-bayar-nazar-1.154180#sthash.f0sm0usA.dpuf


No comments: