Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 2 November 2015

AFC CUP : Sambutan istimewa bakal menanti Harimau Selatan

AZIZI MAJID DAN 
MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 02 November 2015 12:06 AM


SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR (kanan) turut menjadi saksi kejayaan Safiq Rahim dinobat sebagai pemain Paling Bernilai di Dushanbe, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Sambutan istimewa bakal menanti Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan mereka memahat sejarah merangkul Piala AFC buat kali pertama selepas me­numpaskan FC Istiklol 1-0 dalam perlawanan akhir di Dushanbe, Tajikistan, kelmarin.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam laman Facebook rasminya melahirkan rasa bangga atas kejayaan skuad Harimau Selatan, sambil menegaskan anak-anak buah Mario Gomez berhak diberikan sambutan istimewa kerana te­lah mempamer aksi terbaik dan mengharumkan nama Johor di persada dunia.

“Tahniah JDT. Anda menempa sejarah dengan memenangi Piala AFC dan kami semua amat berbangga dengan kejayaan kamu.

“Ini adalah saat yang sarat de­ngan emosi dan kegembiraan bagi kami yang berada di Dushanbe untuk memberi sokongan kami kepada JDT, begitu juga pada seluruh rakyat Johor yang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC di kaca televisyen.

“Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti kerana kamu layak menerima yang terbaik. Saya berterima kasih kepada JDT kerana telah mengharumkan nama Johor ke persada dunia,” kata Sultan Ibrahim yang menonton perlawanan di Stadium Central Republican di Dushanbe.

Turut hadir memberi sokongan adalah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim; Bendahari Kehormat PBNJ, Datuk Abd. Latif Bandi dan beberapa exco kerajaan ne­geri.

Sementara itu, Mohamed Khaled memberitahu, kemenangan yang dilakar JDT sesuatu yang membanggakan kerana ia terhasil daripada kerja keras dan semangat kental ditunjukkan pemain.

Ujarnya, kemenangan tersebut juga adalah berkat daripada doa dan sokongan bukan sahaja daripada penyokong JDT, tetapi seluruh rakyat negara ini.

"Semoga kejayaan tersebut dapat menyuntik semangat baharu kepada JDT untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

"Kejayaan Harimau Selatan juga diharap dapat menjadi pendorong kepada pasukan bola sepak tempatan lain untuk mencipta kejayaan sama," ujarnya yang turut berada di sana bagi menyaksikan detik bersejarah tersebut secara langsung di stadium.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sambutan-istimewa-bakal-menanti-harimau-selatan-1.153159#sthash.0e4s3qjx.dpuf

No comments: