Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 4 November 2015

1MDB : Sedia letak jawatan

Pandikar Amin tidak benarkan debat 1MDB

KAMIL MASLIH | 04 November 2015 1:26 AM

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan perdebatan umum antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, malah beliau sanggup meletakkan jawatannya jika perdebatan itu diteruskan.

PANDIKAR AMIN MULIA

Menurut Pandikar Amin, beliau tidak membenarkan perdebatan secara siaran langsung itu kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB.

Mengakui beliau hanya mengetahui mengenai ura-ura debat Tony-Arul Kanda itu melalui laporan media dan laman sosial menegaskan:

“Berdebat ini tiada kesimpulan yang tuntas, kalau saya benarkan perdebatan ini, seolah-olah perdebatan lagi penting daripada siasatan PAC, kalau begitu, selepas ini tidak perlu wujudkan sebarang jawatankuasa, cukup dengan debat sahaja.

“Kalau kerajaan mahu teruskan perdebatan ini, saya tidak akan libatkan diri, malah, saya akan mengundurkan diri sebagai Speaker Dewan Rakyat kalau itu juga diteruskan.”

Pandikar Amin berkata demikian ketika membuat keputusan mengenai perdebatan tersebut dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Baru-baru ini, Arul Kanda menyahut cabaran Tony untuk berdebat dalam program siaran langsung televisyen mengenai isu 1MDB dan menggugurkan syarat sebelum ini yang mengkehendaki Tony meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC.

Pandikar Amin memberitahu, beliau tidak membenarkan perdebatan tersebut dilakukan kerana bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85 yang melarang apa jua keterangan diberikan kepada PAC untuk disiarkan kepada sesiapa pun sebelum jawatankuasa mengemukakan penyata kepada sidang Dewan Rakyat.

Katanya, Seksyen 23 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 juga tidak membenarkan mana-mana ahli Parlimen atau jawatankuasa daripada membuat kenyataan di luar Dewan Rakyat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan.

Jelas Pandikar Amin, beliau akan hanya membenarkan perdebatan itu dengan syarat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC atau tidak melibatkan diri dalam mana-mana prosiding siasatan PAC mengenai 1MDB.

“Syarat kedua adalah Arul Kanda yang merupakan seorang saksi tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana prosiding siasatan PAC, ini bagi mengekalkan ketelusan selaras dengan peraturan,” katanya.

Tegasnya, beliau tidak boleh membenarkan Tony menjadi seorang ‘pendakwa’ menerusi perdebatan umum itu kerana tanggungjawab PAC bukan untuk mendakwa, sebaliknya, menyiasat secara bipartisan.

“Saya juga difahamkan penyata PAC akan dibuat dalam sesi Dewan Rakyat kali ini yang berakhir pada awal Disember, jadi, kenapa perbahasan itu perlu disegerakan sedangkan PAC masih dalam penyiasatan,” katanya.

Katanya, keputusan tidak membenarkan perdebatan secara terbuka itu dibuat bagi menjaga kredibiliti PAC dan beliau tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk berdebat atau berbahas mengenai isu itu sekiranya laporan siasatan PAC telah selesai dibentangkan di Dewan Rakyat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sedia-letak-jawatan-1.154361#sthash.w1vA5wXR.dpuf

No comments: