KUALA LUMPUR 15 Ogos - Presiden Parti Bersatu
India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan hari ini secara terbuka
mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai isu moral
Ketua Pembangkang itu.
Menurut Nallakaruppan, debat itu perlu kerana beliau tidak sabar
untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum, apatah lagi kes saman
yang difailkan oleh Anwar terhadapnya dalam isu berkenaan sehingga kini
masih belum bermula.
Katanya, dalam debat tersebut, beliau bersedia mendedahkan identiti
sebenar Anwar dan perlakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu
sepanjang 30 tahun persahabatan rapat mereka sebelum meninggalkan PKR.
"Anwar mahu memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berdebat. Bagaimanapun Anwar perlu memanggil saya untuk berdebat
terlebih dahulu dalam isu-isu moral melibatkan beliau.
"Saya minta beliau menetapkan tempat debat itu dan bersedia pergi
biarpun pada pukul 2 pagi. Beliau tidak perlu panggil Perdana Menteri
berdebat, saya sudah gelar Anwar sejak dulu, bukan hari ini," katanya
pada sidang akhbar di sini.
Pada 19 Mac lalu, Nallakaruppan dalam satu sidang akhbar secara
terbuka mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral
berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun
dengan Penasihat PKR itu.
Bagaimanapun, Anwar melalui peguamnya menyaman Nallakaruppan dan
Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran berita itu dan mahkamah
menetapkan perbicaraan pada 1 November depan.
Dalam perkembangan lain, Nallakaruppan yang juga Ahli Dewan Negara
menegaskan, tindakan Anwar yang kini giat melobi supaya wakil rakyat
Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak melompat parti bertujuan
mengkucar-kacirkan kedua-dua negeri berkenaan.
"Dia sebelum ini melakukan perkara serupa di Semenanjung tetapi tidak
berjaya. Kini cuba melakukannya di Sabah dan Sarawak tetapi kita
percaya di sana juga tidak akan berjaya, siapa yang lupa mengenai 16
September," katanya.
KOMEN : MANA ANWAR BERANI... BANYAK ALASAN TAK LOGIK NANTI YANG KELUAR...
No comments:
Post a Comment