Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 16 August 2012

Muhyiddin seru umat Islam bersatu padu


DARI UTUSAN MALAYSIA
16/8/2012
MUHYIDDIN Yassin menyampaikan sumbangan hari raya kepada veteran-veteran Jabatan Penerangan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 15 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru umat Islam supaya bersatu padu dan menolak ke tepi pelbagai perbezaan ideologi bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, umat Islam di negara ini seharusnya mengambil iktibar daripada keadaan huru-hara di negara Islam lain yang menyaksikan saudara seagama saling bunuh berbunuhan.

"Umat Islam di sini perlu insaf dengan apa yang berlaku di negara lain seperti Syria di mana kita dapat melihat bangunan-bangunan dan masjid di Damsyik serta Kota Aleppo yang diiktiraf sebagai warisan dunia dibedil dengan bom bukan oleh orang lain tetapi sesama sendiri.

"Tetapi di Malaysia perkara sebegini tidak berlaku kerana ada kepimpinan yang bertanggungjawab untuk memerintah negara sekali gus menjadi contoh kepada negara-negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Putra di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Pada majlis itu seramai 1,778 orang yang terdiri daripada golongan asnaf, Persatuan Bekas Tentera, Persatuan Veteran Polis, anak-anak yatim, artis veteran, pesara daripada agensi di bawah KPPK menerima sumbangan berjumlah hampir RM500,000.

Menurut Muhyiddin, umat Islam di negara ini juga perlu bersatu hati dan bermuafakat antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan warna kulit atau politik untuk memartabatkan Islam.

Beliau berkata, kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan kestabilan telah menarik minat serta perhatian pelbagai negara lain untuk mempelajarinya.

Katanya, ini kerana negara-negara tersebut mengakui Malaysia sebagai negara Islam contoh dan berjaya.

"Pelbagai pemimpin Islam telah datang ke Malaysia antaranya dari Palestin, Afghanistan, Sudan dan Somalia yang berbangga dengan kejayaan dicapai Malaysia," katanya.

KOMEN : BIASALAH SELAGI ADA PARTI YANG MEMPERJUANGKAN PERPECAHAN ORANG ISLAM SELAGI ITU UMAT ISLAM TIDAK AKAN BERSATU PADU... NAK BUAT MACAMANA PARTI MEREKA AJE YANG BETUL DAN LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN...

No comments: