Sivarasa: Raja Petra berniat jahat
DARI UTUSAN MALAYSIA15/8/2012
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa menuduh Raja
Petra Kamaruddin berniat jahat dengan mereka-reka cerita mengenainya
dan beberapa pemimpin pembangkang lain berhubung akuan bersumpah
penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang memfitnah Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, pengendali portal propembangkang itu cuba memutarbelitkan
isu melibatkannya termasuk beberapa pemimpin pembangkang lain menerusi
laporan The Day I Met P. Balasubramaniam (siri 3) dalam portal malaysia-today.net Jumaat lalu.
"Raja Petra sekali lagi memutarbelitkan fakta semata-mata untuk
menjadikan sesuatu laporan itu menarik. Bagaimanapun, mengenali beliau,
penipuan tetap penipuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Raja Petra berhubung akuan bersumpah
Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan
Altantuya yang didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa
pemimpin pembangkang.
Bagaimanapun, Sivarasa tidak membuat sebarang penafian terhadap
dakwaan Raja Petra yang mendakwa beliau salah seorang individu yang
terlibat di sebalik rancangan akuan bersumpah tersebut.
Menurut Sivarasa, beliau tidak menolak Raja Petra turut dijemput ke
rumah peguam Razak Baginda, M. Puravalen sebelum 3 Julai 2008 atau
sebelum penyiasat persendirian itu membuat akuan bersumpah.
Pada masa sama, beliau turut menafikan pernah meminta Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seorang tauke Cina
membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 supaya memastikan
penyiasat persendirian itu memberi sokongan kepada pembangkang.
"Biar saya nyatakan di sini, tidak ada sesiapa pun termasuk saya
menawarkan atau memberi bayaran kepada Balasubramaniam seperti didakwa,"
katanya.
KOMEN : KALAU DAH OTAK DATANG DARI ACUAN YANG SAMA... DUA-DUA KAKI PENIPU... SIAPA NAK PERCAYA SELAGI DIA TAK SAMAN SI PENIPU... BAGUSLAH BILA SI PENIPU JUMPA SI PENIPU, KITA TENGUK DIA BERANI KE NAK SAMAN....?
No comments:
Post a Comment