Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 17 May 2012

Majlis Peguam perasan - Nazri



DARI UTUSAN MALAYSIA
17/5/2012


JAKARTA 16 Mei - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Majlis Peguam sebagai sebuah badan yang perasan seolah- olah majoriti rakyat bersetuju dengan pendirian mereka.

Nazri turut membidas Majlis Peguam yang menganggap diri mereka saling tidak ubah seperti wakil rakyat pembangkang yang bebas menentang apa sahaja cadangan yang disuarakan oleh kerajaan termasuk usaha baik untuk seluruh anggota masyarakat.

Nazri pada masa sama mempersoalkan, apa hak yang Majlis Peguam ada sehingga menolak mentah-mentah cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang yang bertujuan melindungi mereka yang memiliki latar belakang undang-undang tetapi tidak mengamalkannya.

"Majlis Peguam perasan. Mereka fikir seluruh rakyat setuju dengan mereka. Apa hak yang mereka ada untuk menolak (penubuhan Akademi Undang-Undang)? Mereka tidak ada kuasa untuk menghentikan kita (kerajaan) menubuhkan akademi.

"Yang saya timbulkan soal penubuhan Akademi Undang-Undang, bukannya membangkitkan soal penutupan Majlis Peguam. Kenapa mereka nak bising?" tegas Nazri kepada wartawan ketika ditemui di sini hari ini.

Nazri menjawab kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee semalam yang menolak cadangan kerajaan untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada badan itu. Chee Wee mendakwa, pengumuman yang dibuat oleh Nazri itu menimbulkan persepsi bahawa cadangan itu dihidupkan semula apabila kerajaan berasa terancam oleh Majlis Peguam yang tidak bersetuju penyalahgunaan kuasa oleh polis pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mengulas persepsi yang dinyatakan oleh Chee Wee, Nazri sekali lagi membidas Presiden Majlis Peguam itu kerana memberikan kenyataan yang menjengkelkan. Kata Nazri, tidak timbul isu kerajaan berasa terancam hanya dengan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

"Kenapa kerajaan perlu berasa terancam? Tidak ada apa-apa ancaman yang dirasakan oleh kerajaan sejak Majlis Peguam ditubuhkan bertahun lamanya. Alhamdulilah kerajaan masih kuat," tegas Nazri yang juga seorang menteri berkelulusan undang-undang.

Akademi Undang-Undang yang dirancang ditubuhkan jelas Nazri, bertujuan untuk melindung golongan yang memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang guaman tetapi tidak mengamalkannya.

Fungsi Majlis Peguam yang sedia ada pula, kata beliau, seharusnya memberikan fokus kepada menjaga kebajikan ahli, menawarkan bantuan guaman, mengasaskan lembaga disiplin dan hal yang bersangkutan dengan profesion guaman.

"Adalah menjadi hak kerajaan untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang. Ini bukan urusan Majlis Peguam," tambah beliau.

Objektif Majlis Peguam sebagai sebuah badan profesional yang berintegriti semakin dipersoalkan oleh banyak pihak sejak kebelakangan ini termasuk di kalangan peguam sendiri. Sebagai sebuah badan bebas yang bertunjangkan Akta Profesion Undang-Undang 1976, Majlis Peguam kini dilihat semakin keliru dengan politik menjadi fokus utamanya. - UTUSAN


KOMEN : BUANG AJE SAMPAH SARAP YANG ADA DALAM MAJLIS PEGUAM TU... BAU PUN DAH SEMAKIN MEMBUSUK.... JANGAN SAMAPI BERULAT PULAK...

2 comments:

Prince of Noob said...

nilah jadinya apabila suatu organisasi lari daripada matlamat asal. done follow - Noob

Anonymous said...

SLM BRO..SEMUA YG PENAH PEGANG JAWATAN PRESIDEN BAR COUNCIL MCM PEMBAWA LAKNAT PLAK..KES NILA SETITIK HABIS TUNGGANG LANGGANG JADINYE KEHKEHKEHKEH