Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 24 May 2012

UiTM - 'PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG'

Penuntut UiTM gotong-royong baiki rumah penduduk miskin
DARI UTUSAN MALAYSIA
23/5/2012

PROF. Sahol Hamid Abu Bakar menyampaikan sumbangan makanan kepada ibu tunggal sempena program 'Masih Ada Yang Sayang' sambil disaksikan oleh Shaari Mat Husin (tiga dari kiri) di Kampung Gual Arang, Rantau Panjang, semalam.

RANTAU PANJANG 22 Mei - Seramai 30 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Bharu menyertai gotong-royong membaik pulih sebuah rumah penduduk miskin sempena Program 'Masih Ada Yang Sayang' di Kampung Gual Arang di sini semalam.

Penuntut terbabit menggunakan peruntukan berjumlah kira-kira RM4,000 untuk membaik pulih rumah milik pasangan warga emas, Yusof Ahmad, 70, dan isteri, Maimun Daud, 65, dengan menggantikan lantai, dinding yang reput serta mengecat bahagian luar rumah berkenaan.

Pengarah projek, Nurfarah Shahirah Othman berkata, mereka telah membuat kajian di kampung berkenaan sebelum ini bagi mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan.

"Kami mendapati pasangan suami isteri terbabit mempunyai lapan anak dan mereka hidup bergantung hasil menoreh getah," katanya ketika ditemui selepas Program Jelajah Destini Anak Bangsa 1 Malaysia dan Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan ke UiTM bagi kawasan Gual Periok di sini semalam.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Sahol Hamid Abu Bakar menyampaikan surat tawaran itu kepada tiga pelajar terpilih.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Shaari Mat Hussin; Rektor UiTM Kelantan, Prof. Madya Dr. Mohd. Shukri Omar dan Pengerusi Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), Mohd. Faizal Daud.

Penyerahan surat tawaran itu adalah sebahagian usaha UiTM menggalakkan pelajar terlibat memasuki universiti seterusnya mengubah kehidupan mereka pada masa hadapan. Menurut Nurfarah, pasangan warga emas itu juga mempunyai anak istimewa yang turut mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Penyertaan dan penglibatan kami dalam program ini akan menjadi kenangan manis dan diharapkan dapat memupuk kesedaran membantu mereka yang kurang bernasib baik itu pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, pemilik rumah, Yusof melahirkan penghargaan di atas sumbangan dan kerja amal yang dilakukan oleh penuntut UiTM terbabit.

"Saya sekeluarga tidak pernah menyangka rumah kami dipilih untuk dibaik pulih dan kini kami gembira tinggal di rumah itu," katanya.


KOMEN : SEKELUMIT KASIH YANG DIZAHIRKAN AKAN DIKENANG SEPANJANG HAYAT...

No comments: