Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 22 May 2012

BUDAK SEKOLAH KAT MALAYSIA PUN SAMA...

Indonesia diberi jolokan 'Baby Smoker'
gambar hiasan, seorang kanak-kanak sedang asyik menghisap rokok di Jakarta.

JAKARTA 20 Mei - Jolokan negara 'Baby Smoker' yang diberikan kepada Indonesia, mungkin bukanlah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan buat negara ini.

Namun, itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh Indonesia apabila digelar sedemikian rupa, hanya kerana jumlah perokok teramai di negara itu terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.

Berdasarkan data terbaru yang diperolehi Suruhanjaya Perlindungan Anak, sebanyak 69 peratus remaja Indonesia merupakan perokok aktif yang tinggal dalam keluarga perokok.

Apa yang turut membimbangkan, sebanyak 89 juta kanak-kanak terdedah kepada bahaya asap rokok dan terancam kesihatan mereka.

"Ini jelas memalukan. Fakta ini harus kita terima kerana data jelas menunjukkan jumlah perokok terbesar di Indonesia terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur," kata ketua suruhanjaya itu, Aris Merdeka Sirait seperti dilaporkan media-media tempatan, hari ini.

Data yang dikeluarkan suruhanjaya itu juga menunjukkan, 230,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sudah menjadi perokok aktif.

"Data terakhir di Sukabumi, misalnya mendapati ada seorang kanak-kanak berusia 11 bulan sudah menjadi perokok aktif.

"Setiap lima minit kalau tidak merokok, anak kecil itu akan mengalami perubahan perilaku. Inilah salah satu fakta mengapa Indonesia menerima jolokan Baby Smoker kerana perkara seperti ini tidak berlaku di negara lain," kata Aris.

Katanya, walaupun China mencatat jumlah perokok terbesar di dunia, namun kes perokok cilik tidak pernah dilaporkan.

Kata Aris, di Indonesia, pemerintah mengizinkan syarikat pengeluar rokok mengiklankan produk mereka dengan bebas.

Menurut Aris, data yang dikeluarkan oleh pengusaha rokok Indonesia mendapati, perokok aktif di Indonesia saat ini mencapai 89 juta orang.

"Bayangkan jika daripada angka itu, masing-masing memiliki seorang anak, maka terdapat 89 juta anak Indonesia yang sudah terdedah atau menghisap asap rokok sebagai perokok pasif," jelasnya. Apa yang membimbangkan ialah anak-anak muda berusia belasan tahun merupakan sasaran dan sangat berpotensi menjadi penjual produk rokok. - Utusan


No comments: