Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday, 5 May 2012

Kerajaan tidak akan berkompromi


DARI UTUSAN MALAYSIA
5/5/2012


GUA MUSANG 4 Mei - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berniat menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat seperti dalam perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pihak terbabit jelas tidak menghormati keputusan rakyat dan undang-undang negara sehingga tercetusnya ketegangan serta mengganggu-gugat keamanan yang dikecapi selama ini.

Menurutnya, apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 itu menunjukkan niat pihak pembangkang hanyalah untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

"Kita dapat tahu dia ada dua kumpuan iaitu satu menganggap perhimpunan aman tidak ada tujuan lain manakala satu lagi kumpulan hendak rampas perhimpunan itu untuk dijadikan perhimpunan politik, mereka cuba menawan Dataran Merdeka (selama) beberapa hari mungkin sehingga Hari Buruh.

"Niat mereka untuk menawan Dataran Merdeka bagi dijadikan seperti Dataran Tahrir di Mesir serta hendak jadikan peristiwa hitam dan sebagai satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.

"Disebabkan itu kita tidak akan berkompromi dengan orang yang ada niat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat Kelantan di padang Pusat Sivik di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar pembangkang agar bersaing melalui saluran pilihan raya.

"Kalau anak jantan bersainglah di peti undi. Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis tetapi ia boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang.

"Kita tidak pernah ganggu biarpun suatu ketika kerajaan Pas Kelantan hidup atas satu kerusi dan dua undi sahaja," katanya.

Mengulas dakwaan pembangkang bahawa perhimpunan Bersih 3.0 akan menyebabkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada masa terdekat, beliau berkata, ia tidak ada kena mengena kerana perhimpunan tersebut hanya menunjukkan budaya samseng pembangkang yang terdesak.

Katanya, pembangkang sentiasa mencari helah untuk menawan Putrajaya kerana mereka sedar tidak mampu untuk melakukannya dengan cara yang terbaik.

KOMEN : TEGAKAN UNDANG-UNDANG YANG ADA, PENJENAYAH WAJID DIHUKUM, TERMASUK PEMIMPIN YANG MENJADI PENCETUS RUSUHAN DAN PENGANJUR RUSUHAN TERSEBUT...

No comments: