Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 24 May 2012

UiTM Pahang, Terengganu juara pertandingan Percussion


DARI UTUSAN MALAYSIA
23/5/2012
Hilmi Ab. Rahman (berdiri, enam dari kiri) bersama kontinjen Pahang yang memenangi Pertandingan Percussion 1UiTM 1Malaysia Ke-5 di UiTM Cawangan Pahang di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran, baru-baru ini.

MARAN 22 Mei - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandar Tun Razak Jengka di sini dan cawangan Terengganu muncul pasukan terbaik pada Pertandingan Percussion 1UiTM 1Malaysia di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang bertemakan "Beat The Heat, Hit The Bitte" diadakan di Dataran Integrasi UiTM kampus cawangan Pahang dengan disertai 192 peserta dari 10 kampus di seluruh negara.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UiTM, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed dan turut dihadiri Rektor UiTM Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman dan Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof. Madya Dr. Mohammed Yaziz Ahmad. Pegawai Kokurikulum UiTM Cawangan Pahang, Mat Zaid Yazid berkata, dua kategori dipertandingkan iaitu kumpulan dan individu.

Menurutnya, UiTM Pahang memenangi kategori Individu Cymbals Terbaik dan johan kategori berkumpulan sekali gus dinobatkan sebagai pasukan terbaik pada pertandingan itu.

Katanya, pemenang kategori individu Solo Snare Terbaik disandang UiTM Cawangan Kedah, Bass Drum Terbaik (UiTM Cawangan Kelantan), Drum Major Terbaik (UiTM Shah Alam) dan Marching Bell Terbaik (UiTM Terengganu).

"Naib johan kategori kumpulan adalah UiTM Terengganu dan tempat ketiga, UiTM Cawangan Kelantan yang mempamerkan persembahan hebat," katanya di sini baru-baru ini.

Mohammed Yaziz berkata, program itu bertujuan mempertingkatkan kemahiran bermain alat muzik secara solo mahupun berkumpulan serta menjadi medan ujian pencapaian kemahiran pasukan pancaragam.

Jelasnya, ia dapat menanam elemen kreativiti ahli dalam mempelbagaikan gaya persembahan, memupuk semangat kerjasama antara pasukan yang bertanding.

"Pertandingan itu dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan sesama pelajar, staf dan pihak pengurusan UiTM dari seluruh cawangan di negara ini," katanya.


KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...

No comments: