Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 18 May 2012

Pengaruh ekstremis Cina halang sokongan kepada BN - Dr. M

 
DARI UTUSAN MALAYSIA
18/5/2012
Dr. Mahathir Mohamad menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif Universiti Malaysia Pahang yang disampaikan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena Majlis Konvokesyen Khas di Kompleks Sukan universiti itu, Kuantan, semalam. Turut kelihatan Dr, Siti Hasmah Mohd. Ali dan Dr. Daing Nasir Ibrahim.

KUANTAN 17 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pengaruh kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina menjadi penghalang kepada sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Beliau memberitahu, jika isu yang dibangkitkan kaum itu seperti sekolah dan pelajaran oleh golongan cerdik pandai, maka pandangan diberikan kumpulan tersebut dilihat lebih mempengaruhi masyarakat tersebut.

"Ia berbeza dengan golongan pertengahan kaum itu. Apabila pandangan diberikan pihak ekstremis, mereka tidak berani bercanggah kerana takut dihentam semula oleh pihak terbabit yang dilihat lebih mempengaruhi kaum itu.

"Sebenarnya, majoriti kaum Cina menyedari tinggal di Malaysia yang berbilang kaum dan patut mengambil kira kepentingan kaum lain juga. Masalahnya, mereka terlalu takut dan tidak berani melawan apa yang dikatakan pihak ekstremis terbabit sekali gus membataskan sokongan mereka kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif yang disampaikan oleh Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kompleks Sukan universiti itu di sini hari ini.
Hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Ditanya mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap MCA yang dilihat berkurangan, Mahathir memberitahu, kaum tersebut merasakan undi mereka menjadi penentu kemenangan kepada BN.

"Itu adalah sifat yang ada pada mereka. Kalau Pulau Pinang boleh dikuasai Cina, kenapa tidak tempat lain. Justeru, sekiranya undi orang Melayu pecah tiga, undi Cina menjadi penentu dan kesedaran itu mereka mahu memainkan peranan lebih besar," jelasnya.

Ketika diminta mengulas mengenai bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang cuba dirasuah RM50,000 oleh parti tersebut, beliau memberitahu, ia adalah cara DAP yang sememang diketahuinya.

Sebelum itu, beliau terkejut dengan penyertaan Tunku Abdul Aziz dalam parti tersebut kerana pemimpin berkenaan mengutamakan integriti, anti rasuah dan berpegang kepada prinsip yang tinggi dalam sifat dirinya.

"Bila dia masuk DAP, saya terkejut sebab saya tak nampak dia seorang yang sesuai dengan DAP. Malah, saya tahu DAP punya cara ini (rasuah) dan bila dia (Tunku Abdul Aziz) ada dalam DAP baru dia tahu gambaran luar nampak cantik dan kemudian di dalam baru tahu cara-cara DAP termasuk cara sogok," katanya.

Ditanya lanjut sama ada ahli Melayu dalam parti itu perlu mengikut jejak Tunku Abdul Aziz untuk keluar parti, beliau berkata, sepatutnya langkah sama diambil oleh kaum itu tetapi mereka masih belum sedar dan taksub dengan seseorang pemimpin.

"Saya tidak rasis tapi hakikatnya biarpun berkata terbuka kepada semua kaum tapi DAP parti 'keCinaan'.

"Ramai orang Melayu tak mahu nak sedar. Kita tunjuk keburukan pun mereka tetap suka orang itu kerana taksub. Mereka tidak memikir, membuat analisis dan mengkaji tetapi cuma setia sahaja," jelasnya.

Katanya, perkara itu dapat disamakan dengan penyokong Pas yang menutup mata, telinga dan mulut untuk memberi sokongan kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa memikirkan apa diperkatakan oleh pemimpin berkenaan.

"Perkara itu berlaku apabila agama dicampur dengan politik. Kepentingan politik diutamakan sehingga agama diketepikan," katanya.


KOMEN : BIASALAH PUAK RASIS NI.... PERGI KEMANA PUN MEREKA TETAP NAK JADI PUAKA...

No comments: