Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 21 May 2012

Rebut peluang ke UiTM



Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my



SEREMBAN: Seramai 100 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang menyertai pertubuhan Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) menjayakan program jelajah Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam memenuhi impian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Penjelajahan itu yang membabitkan perjalanan melebihi 300 kilometer (km) dari Shah Alam hingga UiTM Segamat, Johor membabitkan sebuah bas dan 10 kereta.

Presiden GDAB, Mohd Faizal Daud berkata, program itu bertujuan membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kalangan kurang berkemampuan untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran ke UiTM.

Katanya, MDAB menyasarkan penduduk luar bandar bagi membolehkan mereka mendapat maklumat tepat mengenai peluang melanjutkan pelajaran kerana tidak mahu pelajar Bumiputera tercicir.

“Menerusi Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia ini, kami berharap dapat membantu mereka merebut peluang disediakan UiTM bagi melanjutkan pelajaran sebaik tamat SPM.

“Tambahan pula, program MDAB menyediakan pengecualian yuran pengajian dan yuran asrama selain turut diberikan elaun sara diri,” katanya ketika ditemui selepas peserta jelajah mengedarkan risalah mengenai MDAB, di pusat perhentian bas Terminal One, di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd Faizal, sepanjang jelajah itu peserta singgah di beberapa destinasi terpilih dan menemui orang ramai terutama golongan muda serta remaja bagi menyampaikan risalah mengenai pelbagai program pengajian ditawarkan UiTM.

Katanya, antara dokumen diperlukan ketika mengemukakan permohonan ialah salinan sijil SPM, kad pengenalan dan salinan sijil lahir calon serta ibu bapa dan salinan slip gaji ibu dan bapa atau surat pengesahan pendapatan ibu serta bapa oleh pihak berkaitan.

Beliau berkata, borang permohonan boleh diperoleh menerusi pejabat MDAB di UiTM Shah Alam atau pusat gerakan GDAB di Y-126A, Blok H, Jalan Plumbum Y7/Y, Pusat Komersial SS7, 40000 Shah Alam.

“Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-55437966 dan 03-55211306 selain e-mel di gerakandestini@gmail.com.

“Kami berharap usaha ini dapat memastikan pelajar lepasan SPM Bumiputera tidak tercicir daripada mendapat peluang belajar di peringkat lebih tinggi seperti pelajar lain,” katanya.


No comments: