Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 21 May 2012

Nissan Silvia S15 Spec-R





SEJAK pengenalan model Toyota FT86 / Subaru BRZ, ramai peminat kereta JDM (Japan Domestic Market) tertanya-tanya bila pula Nissan hendak mengikut jejak langkah Toyota.

Semua orang sedar bahawa Nissan menghasilkan dua jentera sports yang sangat hebat iaitu Nissan GTR dan Nissan 370Z. Model tersebut menjadi kegilaan mereka yang gemarkan kuasa dan gaya. Namun, sejak model Silvia dihentikan produksinya, Nissan telah hilang sebuah model sports entry level yang boleh dikatakan mampu milik.

Silvia bukanlah satu nama baharu. Saya tahu orang Malaysia hanya kenal nama itu bermula dengan model S13 sahaja. Nama Silvia mula digunakan pada tahun 1964 untuk model keluaran pertamanya.

Sebenarnya, versi Silvia S110 dan S12 pernah digunakan untuk perlumbaan rali dunia. Model paling terkenal ialah 240RS yang menggunakan enjin FJ24 turbo.

Kereta sports kompak itu merupakan sebuah jentera old school yang mementingkan keseronokan pemanduan dengan bantuan teknologi paling minimum. Tidak ada sistem elektronik yang terlalu canggih digunakan. Cuma sebuah enjin 2,000cc turbo yang diletak secara menegak, disambung kepada kotak gear manual dan gandar belakang dengan LSD. Cukup mudah.

Daripada sebuah kereta asas seperti itu, terpulang kepada pemilik untuk mengubahsuainya. Hendak jadi kereta trek atau drag, semuanya boleh. Rasanya ubah suai paling popular buat masa sekarang pastinya kereta drift. Macam Silvia merah ini, ia juga sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Modifikasi pertama yang dilakukan adalah menaik taraf enjin SR20DET. Enjin sedia ada itu pun sudah mampu menjana kuasa sehingga 250PS. Enjin tersebut mempunyai potensi modifikasi yang cukup besar.

Pemilik Silvia itu meleraikan enjin keretanya dan menggantikan aci sesondol asal dengan set BC Step 3 bersama bukaan 264°. Spring injap juga ditukar dengan spring injap BC bersama-sama rocker arm berjenama Tomei.

Pengendalian terbaik

Gas ekzos yang keluar daripada enjin dilepaskan ke udara melalui sistem ekzos buatan custom dengan peredam bunyi A'PEXi pada hujungnya. Enjin itu telah diuji di atas mesin dyno. Hasil modifikasi yang dilakukan berjaya meningkatkan kuasa kuda enjin kepada 480hp jika menggunakan petrol biasa dan 520hp jika (bahan api perlumbaan).

Memindahkan kuasa enjin ke jalan raya dilakukan melalui klac perlumbaan OS Giken plat berkembar dan sistem LSD jenis helical standard pada gandar belakang. Memandangkan Silvia itu model Spec-R, kotak gearnya adalah transmisi manual enam kelajuan standard dari kilang. Kuasa tinggi kalau pengendalian ke laut pun tidak berguna juga. Jadi pemilik kereta itu sudah berhabis beribu-ribu ringgit untuk dapatkan pengendalian terbaik. Penyerap hentak asal diganti dengan penyerap hentak boleh laras dari HKS. Sementara rod camber dan caster asal digantikan dengan jenis boleh laras daripada Tein. Sebuah strut bar daripada Cusco ditambah pada bahagian hadapan untuk memantapkan lagi pengendalian kereta.

Brek kereta itu memang boleh dikategorikan sebagai mantap peringkat tertinggi berikutan penggunaan brek aftermarket daripada Brembo. Brek Brembo itu menggunakan pelapik brek Endless bagi memberhentikan kereta dengan pantas dan selamat.

GUGUSAN lampu belakang telah diganti dengan lampu jenis LED yang menyala lebih terang berbanding mentol biasa.


Memenuhi ruang arca roda Silvia ialah satu set rim Works Emotion XD9 berdiameter 17 inci dengan lebar 8.5 di hadapan dan 9.5 inci di belakang.

Walaupun S15 sudah cukup cantik semasa keluar dari kilang, tidak salah jika hendak menggunakan bodykit lain, asalkan tidak nampak macam kereta berhias. Silvia merah itu menggunakan bumpar hadapan C-West dengan skirting sisi dan bumpar belakang Vertex.

Bahagian dalaman jentera itu masih nampak standard. Cuma lubang-lubang pendingin hawa sudah disi dengan meter-meter Auto Meter. Stereng asalnya pula diganti dengan stereng Momo. Turbo timer A'PEXi dilekatkan pada papan pemuka yang berfungsi untuk menjaga turbo daripada rosak. 

Diam tak diam, kereta itu sebenarnya sudah sepuluh tahun tidak dibina. Pasaran untuk kereta sports seperti ini terbuka luas. Setakat ni, hanya Toyota yang mengisi ruang pasaran tersebut. Rasanya, alang-alang Carlos Ghosn (Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co. Ltd.) hendak menghidupkan kembali jenama Datsun, elok jugak difikirkan untuk menyambung legasi Silvia menggunakan nama Datsun.


No comments: