Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday, 27 May 2012

KHALID KATA AIR LONGKANG BACK ALLEY LAGI SEDAP...

Cabar Khalid minum air sungai

NOH Omar (kiri) dan Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah (kanan) ketika mesyuarat Wanita UMNO Selangor, di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 25 Mei - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minum air dari empangan dan sungai di Selangor sekiranya mahu terus mengelirukan rakyat dengan mempolitikkan isu bekalan tersebut.

Cabaran tersebut dikemukakan susulan kenyataan Menteri Besar itu menerusi laman web selangorku.com semalam yang mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta para pemimpin BN melawat kawasan empangan di negeri itu.

Pelawaan itu dibuat kononnya untuk menunjukkan bahawa bekalan air di negeri ini mencukupi.
Bagaimanapun, Noh menyifatkan kenyataan Abdul Khalid itu jelas membuktikan beliau sememangnya tidak memahami masalah pokok bekalan air di Selangor, selain cuba memutarbelitkan fakta sebenar mengenai perkara itu.

"Masalah bekalan air di Selangor sebenarnya melibatkan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri di negeri ini serta kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sememangnya tidak mencukupi, bukannya air mentah.

"Setakat ini, Selangor mempunyai tujuh empangan dan 34 loji rawatan air yang mengeluarkan air terawat untuk diagihkan kepada pengguna di kawasan Lembah Klang.

"Namun, kesemua loji rawatan air berkenaan hanya mampu menghasilkan kapasiti bekalan air 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di negeri secara purata 4,322 juta liter sehari," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini.

Tambah Noh, apa yang dibangkitkan oleh BN ialah masalah bekalan air bersih yang dihadapi di Lembah Klang memandangkan kadar rizab bekalan berkenaan di loji-loji rawatan sedia ada hanya tinggal 2.4 peratus berikutan perbezaan yang kecil di antara pengeluaran dan penggunaan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri sebenarnya tahu mengenai masalah tersebut tetapi sengaja menafikannya dengan memutarbelitkan fakta kononnya untuk memberi gambaran sumber air di empangan masih banyak di negeri ini.

"Kalau Menteri Besar (Abdul Khalid) cabar menteri (Peter Chin) lawat empangan, kita sedia pergi dengan syarat beliau minum air dari empangan itu. Selepas itu, beliau kena ikut saya melawat loji rawatan air dan lihat masalah sebenarnya. Saya sendiri akan minum air terawat loji itu," cabar beliau.

Pada masa sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut memberitahu, berdasarkan perangkaan yang diperoleh pihaknya, sebanyak dua buah loji rawatan air berada dalam keadaan yang 'sarat' ekoran beroperasi melebihi kapasiti yang sepatutnya.

Ujar beliau, Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih mengeluarkan melebihi 600 juta liter sehari air terawat berbanding kapasiti pengeluarannya 545 juta liter sehari, sementara LRA Langat pula mengeluarkan air terawat hampir 500 juta liter sehari sedangkan kapasiti pengeluarannya hanya 386 juta liter sehari.

"Begitu juga dengan LRA Sungai Batu dan Sungai Selangor Fasa 2 yang dilihat berisiko menghadapi situasi sama," ujarnya.


No comments: