Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 8 May 2012

Waspada komplot pembangkang



ALOR SETAR 7 Mei - Rakyat perlu hati-hati dengan komplot pemimpin pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan kerana ia hanya memperjudikan masa depan rakyat termasuk menyebabkan Malaysia kembali dijajah oleh negara asing.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin pembangkang yang mendalangi demonstrasi itu mempunyai hubungan baik dengan negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan sudah lama dijadikan alat untuk menghancurkan negara ini.

"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara itu.

"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula," katanya ketika berucap pada Majlis Wacana Bersama Tokoh Negarawan di Anak Bukit, di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir lagi, kerjasama Anwar dan pihak asing sudah tidak dapat dipisahkan dan ia hanya menjerumuskan negara ini ke kancah penjajahan semula jika pembangkang berkuasa.
"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit.

"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Dr. Mahathir berkata, pembangkang melakukan rusuhan jalanan dalam perhimpunan Bersih 3.0 kerana kurang berkeyakinan bahawa mereka akan menang menerusi proses demokrasi.

"Sudah banyak kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak.

"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," katanya.

Menyentuh tentang usaha pembangkang dan perusuh Bersih 3.0 cuba menjatuhkan imej pihak berkuasa, kata beliau, ia merupakan langkah terdesak pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mereka mengadakan rusuhan dan merosakkan keamanan negara.

"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri," katanya.

KOMEN : ORANG BUTA HATI DAN BODOH AJE YANG PERCAYA SEGALA DAKYAH JAHAT PUAK PEMBANGKANG NI... JOM KATAKAN TIDAK KEPADA PUAK PEMBANGKANG...

No comments: