Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 20 March 2012

Tolak pemimpin ada masalah moral


oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my



KOTA BHARU 18 Mac - Pemimpin yang mempunyai masalah moral tidak layak diberi amanah atau mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, golongan seumpama itu juga langsung tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

Justeru, kata beliau, rakyat sewajarnya berfikir dan bertindak lebih matang dengan tidak memberi sokongan kepada mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan masalah moral serius termasuk salah laku seks.

"Takdir Allah mendedahkan akhlak pemimpin sebegini yang tidak ikhlas dalam perjuangan politik Islamnya, walhal mendakwa berjuang atas nama parti Islam.

"Perkara ini didedahkan (jika benar) supaya rakyat boleh melihat dan berfikir bahawa orang seperti ini tidak layak diberi mandat atau amanah, tidak layak diangkat sebagai pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu moral yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar yang isu moral beliau terus menjadi perhatian, turut diperkatakan ialah berhubung pendedahan beberapa blog mengenai apa yang didakwa perbualan berbaur seks membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dengan seorang wanita.

Mengulas lanjut, Mohd. Noor berkata, keburukan (masalah moral) yang berlaku didedahkan oleh Allah dan individu terlibat tidak perlulah pula menuding jari kepada mana-mana pihak bagi melepaskan diri.

"Tak payah tuding jari pada orang lain, tak usah tuduh konspirasi sana sini, itu takdir Allah sendiri untuk memelihara kestabilan politik di Malaysia. Tuhan masih sayang negara kita," katanya.

Sementara itu, tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berpendapat, rakyat wajib menolak mana-mana pemimpin yang mempunyai masalah moral untuk mentadbir negara.

Beliau turut menyifatkan pemimpin Islam yang kononnya mendakwa memperjuangkan Islam tetapi terlibat dengan masalah moral, sebagai fasik dan wajib ditolak.

"Mereka ini tidak layak diangkat jadi pemimpin, kalau kita angkat juga ini bermakna membawa kehancuran, perpecahan sesama umat Islam. Sepatutnya kita usahakan supaya umat Islam bersatu, pada masa sama menarik bukan Islam kepada Islam," katanya.

KOMEN : KALAU YANG MENYOKONG PUN JENIS BUTA HATI DAN ADA BERKEPENTIGAN... CAKAPLAH DAN NASIHATLAH APA PUN SEMUANYA SALAH UMNO/BN... YANG BETUL HANYA PEMIMPIN MEREKA AJE...

No comments: