Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 21 March 2012

AGAK-AGAK ORANG SEBELAH TU FAHAM TAK?

Pertahan rizab Melayu - Sultan Selangor
SULTAN Sharafuddin Idris Shah menerima teks ucapan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada upacara pembukaan penggal kelima DUN Selangor Ke-12 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM 19 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri bertindak memindahkan pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

Justeru, baginda mahu agar tanah rizab Melayu di negeri ini dipertahankan kerana ia merupakan khazanah dan amanah untuk kepentingan generasi akan datang.

Titah baginda, sebarang perkara atau keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

"Beta percaya Menteri Besar, kerajaan negeri dan semua kakitangan kerajaan terlibat dalam urusan tanah agar sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu bagi memastikan tidak ada (tanah rizab) yang bertukar status," tegas baginda.

Baginda bertitah ketika perasmian pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-12, di sini hari ini.

Sultan Selangor menitahkan kerajaan negeri melaksanakan tanggungjawab mengawal selia pengurusan tanah negeri ini dengan penuh amanah serta berhemah.

Dalam hal ini, baginda bertitah, kawasan kepentingan umum seperti hutan simpan, kawasan tadahan air, rizab sungai dan sebagainya harus dipertahankan daripada sebarang aktiviti pembangunan.

"Pencerobohan di kawasan tersebut juga harus dibanteras dan kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk projek pembangunan di kawasan tersebut," titah baginda.

Dalam perkembangan lain, baginda mengingatkan kerajaan negeri agar pintar dalam perkara membabitkan penyediaan peruntukan dan pengagihan bantuan kepada rakyat.

Titah baginda, bantuan adalah sebagai satu bentuk sokongan dengan matlamat agar penerima menjadi lebih berdikari dan ia tidak sewajarnya diberikan kepada golongan berkemampuan dan tidak berkelayakan.

"Bagi kebajikan rakyat juga, perbelanjaan untuk infrastruktur perlu ditingkatkan secara berterusan bagi memastikan kualiti kemudahan awam sentiasa kekal baik," titah baginda.

KOMEN : AGAK-AGAK DIA FAHAM KE APA YANG SULTAN TITAHKAN?... RAKYAT MEMANG DAH FAHAM SANGAT APA YANG BERLAKU DI SELANGOR SEJAK ORANG TU MEMERINTAH....

No comments: