Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 13 March 2012

Sikap pembangkang jijik, memalukan




KUALA LUMPUR 10 Mac - Dakwaan pembangkang kononnya penyelarasan gaji kakitangan awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin adalah hasil perjuangan mereka bukan sahaja memalukan, malah disifatkan sebagai perbuatan jijik.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, cubaan pembangkang untuk meraih kepentingan politik atas keprihatinan kerajaan merupakan hipokrit terbesar kerana sebelum ini mereka juga yang mahu mengurangkan lebih 700,000 kakitangan awam.

"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam tapi tengok bagaimana layanan mereka terhadap golongan tersebut di Selangor terutama dalam isu pemberian bonus?

"Hanya kakitangan syarikat milik kerajaan (GLC) Selangor sahaja diberi bonus, kakitangan awam negeri itu langsung tidak dipedulikan. Tetapi sekarang pembangkang mahu bercakap soal menjaga kebajikan penjawat awam," katanya dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Menurut Zulkifli, sejarah juga membuktikan bagaimana pakatan pembangkang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghina dan mengaibkan kakitangan perkhidmatan awam dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Katanya, hanya kerana bermotifkan politik pakatan pembangkang, mereka sanggup membawa isu pelantikan Mohammed Khusrin ke sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN), selain melarang Setiausaha Kerajaan Negeri itu daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting.

"Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam di Kedah dihina apabila Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak diletakkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat sehingga seluruh jentera di bawah telunjuk sebuah parti politik.

"Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam seperti mahkamah, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan banyak lagi. Apa yang mereka tidak kutuk?

"Mereka langsung tidak peduli perasaan, kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini, sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian, kutukan demi kutukan terus dihambur terhadap institusi tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, beliau percaya kakitangan awam di negara ini sudah cukup matang untuk menilai pihak mana yang sentiasa menjaga kebajikan mereka dan siapa pula yang hanya pandai menangguk di air keruh, demi kepentingan politik semata-mata.

KOMEN : LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA... SUDAH-SUDAHLAH NAK PUSING PUAK PEMBANGKANG HOI... REALITINYA LU ORANG MEMANG HAPRAK...

No comments: