Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 2 March 2012

FORD MONDEO

Jimat bahan api
Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my



MANTAP...reka bentuk belakang.
MANTAP...reka bentuk belakang.

ENJIN EcoBoost dianggap sebagai nadi terbaru buat Ford Mondeo dalam kategori kenderaan segmen D di negara ini.

Jentera jenama Amerika Syarikat yang diimport sepenuhnya dari Belgium itu mempunyai kelebihan tersendiri dan mampu bersaing dengan model lain berada
di pasaran.

  • Foto

    BERPRESTASI...jimat minyak sehingga 20 peratus.


Model Ford Mondeo sebenarnya sudah diperkenalkan pada 1993 lalu yang mempunyai tiga varian seperti salon, hatchback dan wagon.

Bagaimanapun, ketika diberi peluang memandu Ford Mondeo terbaru, penulis dapat merasakan bahawa banyak perbezaan pada jentera ini berbanding model terdahulu yang dipandu dua tahun lalu.

Walaupun enjinnya bersesaran 1,999 cc, kuasa maksimumnya mencecah 203 PS dan lebih mantap berbanding model terdahulu yang dijanakan 2.3 liter dengan 161 PS.

Ia juga menawarkan pemanduan bergaya sport dan selesa apabila dipadankan dengan dwi-klac PowerShift untuk memberi prestasi yang lebih mantap.

Ternyata enjin EcoBoost bantuan pengecas turbo ini boleh dikatakan berada di landasan yang tepat ekoran krisis peningkatan harga bahan api global kerana jimat minyak sehingga 20 peratus.

Penggunaan bahan apinya mencatat purata 10.7 liter setiap 100 kilometer bagi pemanduan di kawasan bandar. Jadi tidak hairanlah, penulis tidak perlu mengisi minyak sepanjang empat hari memandunya dengan perjalanan lebih 400 kilometer di kawasan bandar.

Kuasa pecutannya ternyata lebih cepat seolah-olah badannya yang besar dengan berat 1,569 kilogram (kg) tidak memberi sebarang kesan untuk memecut di jalan raya.

Jentera ini hanya mengambil 7.9 saat untuk memecut antara 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 232 km/j.

Walaupun bentuknya yang besar dan panjang, pengendaliannya sangat mudah selain sterengnya memberi tindak balas cepat ketika melalui laluan berselekoh.

Sistem suspensinya yang sedikit lembut ternyata memberi keselesaan kepada penumpangnya untuk berdepan laluan yang tidak rata atau berlubang.

Rekaan luarannya dihasilkan melalui inspirasi Falsafah Kinetik Ford menekankan bentuk aerodinamik, sekali gus memberi imej yang bergaya dan garang.

Rekaannya juga tampak mempesonakan jika dilihat dari hadapan kerana terserlah ‘wajah’ Ford Mondeo yang baru dengan gril bawah berbentuk trapezium.

Garisan pada bahagian badan serta lampu belakang menampakkan ia ringkas dan menjadikan idaman kepada mereka yang berkeluarga.

Padanan dengan lampu utama hadapan Bi-Xenon memberi impak yang cukup baik pada waktu malam selain dilengkapi LED siang untuk meningkatkan keselamatan pemanduan.

Sebaik membuka pintunya, ruang kabin disaluti warna hitam tampak kemas dan mewah yang memberi impak menarik pada model ini.

Ruang kokpit tampak selesa dengan kombinasi tempat duduk dan stereng yang dipadankan beberapa butang, sekali gus memberi kemudahan kepada pemandunya.

Sistem audio premiumnya yang dipadankan pada jentera ini memantapkan lagi kualiti bunyi bagi menghilangkan kebosanan kepada penumpang dan pemandunya.

Corong penyaman udara pada bahagian belakang turut memberi keselesaan kepada penumpang dan sesuai dengan cuaca panas di negara ini.

Jentera ini menerima penarafan lima bintang dalam aspek keselamatan termasuk dilengkapi tujuh beg udara merangkumi penumpang hadapan, perlindungan hentakan tepi serta tabir penumpang belakang.

Ia turut dilengkapi Sistem Brek AntiKunci (ABS) dengan Penyuraian Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) adalah standard.


SPESIFIKASI:

FORD MONDEO ECOBOOST

  • ENJIN: 2.0 Liter dengan DOHC dan 16 injap.
  • KUASA MAKSIMUM: 203PS pada 6,000rpm
  • TORK MAKSIMUM: 300Nm pada 4,500rpm
  • TRANSMISI: Enam kelajuan automatik PowerShift dengan dwi-klac.
  • CIRI-CIRI KESELAMATAN: ABS dengan EBD, EBA dan tujuh beg udara
  • HARGA: RM179,888 atas jalan termasuk insurans.
  • No comments: