Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 20 March 2012

Tanah rizab Melayu terancam?


DARI UTUSAN MALAYSIA
19/3/2012





DEMONSTRASI penduduk Jalan Gajah Mati yang marah apabila tanah mereka diserah dan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera untuk dibangunkan dengan pusat komersial di Kota Bharu, baru-baru ini.

KELANTAN dikatakan negeri paling ketat di Malaysia menguatkuasakan undang-undang tanah dalam usaha melindunginya daripada terlepas kepada pihak luar iaitu melalui penubuhan Enakmen Tanah Negeri Kelantan 1930.

Ia sekali gus menjadikan Kelantan negeri paling banyak mempunyai tanah rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri itu.

Namun, beberapa siri demonstrasi rakyat Kelantan yang marah tanah mereka diambil kerajaan negeri sebelum dipajak kepada syarikat bukan bumiputera menimbulkan pelbagai persoalan mengenai status tanah rizab Melayu di negeri tersebut.

Malah, melihat kepada tempoh pajakan dan trend pembangunan di negeri itu, rakyat Kelantan wajar berasa bimbang mengenai masa depan tanah rizab Melayu di negeri itu yang semakin terhakis.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap kerajaan negeri yang dilihat begitu ‘bermurah hati’ untuk memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera kononnya atas alasan pembangunan.

Bahagian pertama laporan khas tanah rizab Melayu di Kelantan tergadai oleh wartawan Utusan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan jurugambar MOHD. NAIM ABDUL AZIZ mendedahkan bagaimana kerja-kerja licik itu dijalankan.

KUALA LUMPUR 18 Mac – Status quo tanah rizab Melayu di Kelantan yang selama ini dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini menjadi tanda tanya apabila semakin banyak tanah berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera.

Tempoh pajakan pula mencecah 99 tahun dan ia dilakukan sedikit demi sedikit sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan Pas Kelantan selepas mendapat kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.

Antara kawasan terlibat ialah tanah rizab Melayu di tapak projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat.

Semua tanah rizab Melayu yang dipajak itu pula bukan kecil keluasannya, sebaliknya ia melibatkan ratusan hingga ribuan hektar yang asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah.

Sebagai contoh, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi tanah seluas 400 hektar kepada pemaju bukan bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium hanya RM1 juta sahaja.

Sedangkan bayaran premium lebih tinggi sepatutnya boleh dikenakan ke atas syarikat terbabit.

Pada masa sama, penduduk menjadi mangsa pembangunan tanah rizab Melayu juga bukan sedikit dan apa lebih malang, pampasan diterima juga tidak setimpal.

Anehnya, di kala ramai pemastautin dan orang Melayu dari luar Kelantan mengeluh panjang kerana sukar untuk membeli tanah di negeri itu walaupun melepasi syarat, kerajaan negeri pula dilihat cukup pemurah dengan syarikat bukan bumiputera.

Enakmen Tanah Kelantan yang mempunyai syarat cukup ketat menjadi mudah sebaik sahaja Exco bertanggungjawab memberi ‘lampu hijau’ kepada mana-mana syarikat bukan bumiputera untuk memajak tanah di negeri tersebut.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia mengambil masa sebulan untuk menyiasat dan menemubual penduduk Kelantan berhubung isu ta nah rizab Melayu diberitahu, semua operasi pajakan tanah itu dilakukan dengan begitu tersusun.

Seorang pegawai daerah yang enggan namanya disiarkan berkata, selain mendapat kelulusan Exco, setiap syarikat bukan bumiputera yang terpilih perlu menjalin kerjasama dengan anak syarikat milik kerajaan negeri.

Langkah itu, katanya, bagi memastikan semua urusan pajakan dan pembangunan tanah di Kelantan dilakukan mengikut peraturan selain mengelak daripada dipertikaikan oleh rakyat.

Namun, difahamkan, kerjasama itu bukan bersifat strategik sepenuhnya.

Sebaliknya, penglibatan anak syarikat milik kerajaan negeri hanya banyak berperanan di peringkat permulaan projek pembangunan iaitu ketika proses pengambilan tanah dilakukan.

KOMEN : DAH SALAHNYA TERLETAK DIBAHU KITA SENDIRI YANG SALAH MEMILIH KERAJAAN DAN WAKIL UNTUK MEMERINTAH KITA... NATIJAHNYA SEGALA BEBAN TERPIKUL DIBAHU KITA SENDIRI... NAK MARAH PUN SLOGAN MEREKA BERBUNYI "PAS FOR ALL"...KEBAJIKAN BUKAN UNTUK RAKYAT.. TAPI UNTUK PEMIMPIN...

No comments: