Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 20 March 2012

Model Proton dapat sentuhan pakar BMW


DARI UTUSAN MALAYSIA
16/3/2012



Dr. Wolfgang Karl Epple menerangkan mengenai enjin yang akan digunakan untuk model Proton terbaharu pada sesi penerangan media di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.- UTUSAN/Imran Ishak

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton), P3-21A memiliki sentuhan pakar yang pernah terlibat dalam proses menghasilkan kereta BMW iaitu Dr. Wolfgang Karl Epple.

Beliau merupakan Pengarah Projek Kanan Proton dan mengetuai proses pembangunan model baharu tersebut yang dijangka mula dijual kepada umum hujung bulan ini.

Menurut Epple, walaupun penghasilan P3-21A tidak menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta BMW, tetapi penekanan terhadap konsep kerja dan idea adalah sama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jerman.

Beliau yang pernah menjawat jawatan pengarah projek BMW di pelbagai negara memberitahu, P3-21A boleh disifatkan sebagai model Proton yang sangat mengutamakan keselamatan, prestasi, keselesaan dan reka bentuk.

"Model ini mengambil ciri-ciri kereta Eropah, berbanding model sebelumnya yang mengambil konsep kereta Jepun," katanya kepada pemberita di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di sini hari ini.

Epple mempunyai pengalaman selama 25 tahun bersama BMW dan pernah terlibat sebagai Pengarah Projek dalam penghasilan beberapa model BMW 3 Series (E90) dan 5 Series (E39).

Jelas beliau, bagi P3-21A, tempoh penghasilan dari peringkat awal sehingga pengeluarannya memakan masa selama 21 bulan, malah reka bentuk awalnya di dilakukan oleh pereka terkemuka dari Itali.

"Saya juga meletakkan kereta ini (P3-21A) sekelas dengan model Ford Focus, Toyota Altis dan Honda Civic.

"Beberapa cirinya dari segi keselamatan dan keselesaan juga telah dipertingkatkan berbanding model Proton yang terdahulu," katanya.

Model yang berharga di antara RM62,000 hingga RM72,000 sebuah itu membabitkan 90 peratus kandungan tempatan.

No comments: