Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 13 March 2012

PARLIMEN - Rakyat diseru kukuh perpaduan


Oleh Meor Hisham Zulkifli, Zanariah Abd Mutalib dan Lum Chee Heong
2012/03/13



YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perasmian istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-12 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menerima watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perasmian istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-12 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyeru rakyat mengukuhkan perpaduan dan terus memberikan sokongan kepada kerajaan bagi memastikan segala agenda dirancang dapat direalisasikan.

Baginda bertitah, rakyat perlu mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh menjejas atau menggugat kedaulatan negara atau cuba menidakkan pengorbanan pejuang kemerdekaan. Titah baginda, rakyat juga perlu menumpahkan taat setia tidak berbelah-bahagi kepada negara dan sentiasa memelihara, melindungi serta mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

“Beta berharap semua pihak terutama generasi muda berusaha memahami dan menghayati sejarah kemerdekaan negara hasil pengorbanan pejuang kemerdekaan dan seterusnya menghargai kebebasan yang dinikmati sekarang.


“Beta juga berharap pemimpin di setiap peringkat, cendekiawan, media massa dan badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan lebih berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai kepentingan perpaduan nasional,” titah baginda ketika merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-12, di sini, semalam.

Terdahulu, baginda memeriksa perbarisan kehormat empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi diketuai Mejar Amrizar Mohd Ashaari.

Turut hadir, Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, anggota Kabinet dan Ahli Parlimen. Tuanku Abdul Halim bertitah, Malaysia akan terus berada di landasan kukuh ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan agenda transformasi.

“Semua itu bertujuan menyediakan peluang kehidupan lebih baik kepada rakyat. Berkat usaha gigih kerajaan dan sokongan rakyat, negara kekal makmur walaupun dunia bergelut krisis kewangan, kemelut politik dan ketidaktentuan persekitaran.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya manfaat kemakmuran ekonomi hasil Dasar Transformasi Nasional akan melimpah kepada semua lapisan rakyat tanpa ada yang terpinggir,” titahnya.

Baginda bertitah, perjalanan ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 bukan saja memerlukan transformasi ekonomi, malah menuntut keseimbangan antara kepentingan individu dan kumpulan dengan kepentingan negara.

“Menerusi kepemimpinan kerajaan kini yang mengamalkan pendekatan kesederhanaan atau wassatiyyah, pelbagai usaha transformasi sosiopolitik sudah dan sedang dilaksanakan.

“Antaranya termasuk penambahbaikan undang-undang dan peraturan, sistem pilihan raya serta memastikan hak dan kebebasan asasi rakyat berlandaskan Perlembagaan Persekutuan terjamin,” titahnya.

Baginda bertitah, kerajaan juga komited memperkukuh kebebasan sivil dan melaksanakan transformasi politik, selain melindungi dan memastikan kebebasan berterusan badan kehakiman kerana ia menjadi teras penting demokrasi.

Tuanku Abdul Halim bertitah, petunjuk ekonomi utama 2011 seperti pertumbuhan ekonomi pada kadar 5.1 peratus selain jumlah dagangan tertinggi pernah direkodkan, membuktikan pengurusan ekonomi kerajaan berada di landasan tepat.

No comments: