Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 11 March 2014

Elak provokasi - Seri Paduka


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED, HUSSAINI AMRAN dan ADLINAHANI KHALIL
pengarang@utusan.com.my






TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-13 di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (kiri), Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (dua dari kiri) dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang . - BERNAMA

KUALA LUMPUR 10 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang kenyataan atau tindakan bersifat provokasi dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Seri Paduka turut mengingatkan tentang peri pentingnya menjaga perpaduan bagi mengelak negara 'terhumban' ke kancah kehancuran.

Malah, Tuanku Abdul Halim mahu tindakan tegas diambil ke atas anasir-anasir jahat yang cuba menyebar pemikiran dan tindak-tanduk yang bertujuan meruntuhkan nilai-nilai serta keluhuran Perlembagaan negara.

"Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan dengan memupuk perasaan hormat-menghormati dan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan," titah Seri Paduka ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-13 di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, kemajuan teknologi tanpa sempadan hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab untuk 'memuliakan' lagi peradaban manusia, bukan menghancurkannya.

Dalam pada itu, Seri Paduka mahu Islam sebagai agama bagi Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus dimartabatkan.

Titah Tuanku Abdul Halim, kecelaruan pemikiran ummah dan ancaman akidah seperti fahaman pluralisme serta penyebaran ajaran sesat hendaklah ditangani oleh pihak berkuasa agama selaras dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah demi mengelakkan perpecahan ummah.

Bertitah mengenai isu keselamatan pula, Seri Paduka menyeru agar usaha untuk membasmi jenayah termasuk melalui penambahbaikan undang-undang dan peningkatan kecekapan dalam penguatkuasaan terus ditingkatkan.

Seri Paduka turut menyentuh masa depan golongan belia dan mahu golongan itu ditanamkan dengan semangat patriotik serta dipupuk agar cintakan negara.

"Beta berharap golongan belia akan terus didampingi melalui program pembangunan yang inklusif dan komprehensif berteraskan pendekatan daripada belia untuk belia, meliputi aspek kepimpinan, kemahiran, keusaha wanan dan kesukarelaan" titah Seri Paduka.

Di peringkat negara, Tuanku Abdul Halim menyokong usaha-usaha kerajaan meningkatkan ketelusan tadbir urus melalui pemantapan konsep ketelusan dan pembanterasan rasuah yang hasilnya negara telah memperoleh kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013.

"Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan di peringkat kerajaan dan swasta serta rakyat untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa," titah Seri Paduka.

Menyentuh isu antarabangsa, Yang di-Pertuan Agong menaruh kepercayaan penuh bahawa Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN akan mampu menerajui usaha-usaha bagi merealisasikan Komuniti ASEAN 2015.

"Malaysia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya di rantau Asia Tenggara, malah menyumbang kepada penyelesaian di wilayah-wilayah krisis," titah Tuanku Abdul Halim.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140311/dn_02/Elak-provokasi---Seri-Paduka#ixzz2vd1VFoTf  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: