Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 30 May 2012

KETUA LGBT MALAYSIA BERKIBLATKAN BARAT

Negara-negara Arab tolak LGBT



PULAU PINANG 28 Mei - Negara-negara Islam di rantau Arab senada dengan Malaysia mengharamkan ideologi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada diamalkan di negara masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendirian tegas itu disampaikan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland pada Februari lalu yang meminta penjelasan Malaysia berhubung perkara tersebut.

"Pada mulanya saya dan pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdepan masalah menjelaskan kepada pejuang hak kebebasan asasi PBB tentang perkara ini.

"Ini kerana jika kita menggunakan hujah hadis dan al-Quran, mereka tidak akan faham dan saya terpaksa berbincang dengan peguam syarie mengenai hujah yang ingin disampaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Wasatiyyah dan 1Malaysia di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan

Menurutnya, ketika pertemuan itu berlangsung pihaknya telah mendapat pertolongan negara-negara Arab yang juga mengharamkan ideologi berkenaan.

Ketika itu, katanya, wakil negara-negara Arab yang turut dipanggil dengan lantang dan tegas menolak LGBT walaupun atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.

"Pada masa sama, umat Islam di negara ini harus sedar ancaman LGBT ini hadir dalam pelbagai bentuk dan kumpulan itu akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkannya," jelasnya. Jelas beliau, ancaman terbaru termasuk daripada orang Islam sendiri yang menjadi ejen kepada penularan ideologi itu.

Ia, kata beliau, seperti menerusi terjemahan buku Irshad Manji iaitu Allah, Kebebasan dan Cinta yang sebenarnya hanya mahu melihat umat Islam berbalah mengenai isi kandungan buku tersebut.

Ketika ditemui pemberita selepas seminar tersebut, Jamil Khir berkata, beliau telah menulis surat kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi bagi memastikan kuota jemaah haji Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran tindakan penyokong Bersih berdemonstrasi menyokong perhimpunan haram tersebut di negara berkenaan pada 28 April lalu.

Katanya, surat itu akan disampaikan Pengurus Besar Kanan Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang akan ke negara tersebut minggu ini.

Menyentuh mengenai seminar itu pula, Jamil Khir berkata, ia merupakan siri kelima selepas dianjurkan di Kedah, Perak, Selangor serta Negeri Sembilan dan akan diadakan di seluruh negara dari semasa ke semasa.

"Pemahaman rakyat terhadap konsep wasatiyyah dan gagasan 1Malaysia semakin mantap dan saya yakin ia dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab seharian.

"Lima kumpulan masyarakat yang menjadi kumpulan sasar program ini adalah penjawat awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, pekerja swasta dan anggota parti politik," jelasnya.


KOMEN : NIK AZIZ YANG MENYOKONG LGBT NI FAHAM KE ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM. PADA ANWAR YANG PENTING NIK AZIZ SOKONG... YANG LAIN BELAKANG KIRA... SEMUANYA NANTI MAIN BELAKANG.. KASI KIRA....

Anwar arah tutup kes Azmin?





KUALA LUMPUR 29 Mei - Raja Petra Kamaruddin, pengendali portal pro pembangkang tampil sekali lagi mendedahkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995 mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin, walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Dakwanya, penglibatan Anwar dalam kes rasuah Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didedahkan sendiri oleh bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dalam satu pertemuan di London.

Katanya, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya selaku penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh Shamsidar bernilai lebih RM7 juta.

Antara kekayaan Azmin pada ketika itu dakwa Raja Petra adalah memiliki sebuah kereta mewah BMW 325i (RM160,529), Proton Perdana 2.0 SE (RM80,767), rumah banglo dua tingkat di Setapak (RM284,118), rumah berkembar di Taman Melawati (RM210,000) serta sejumlah 1,000 unit saham dalam Hicom.

"Selain itu Azmin juga memiliki dua buah kereta lagi iaitu Proton Wira 1.6 Xli dan Proton Satria 1.6 Xli manakala pemeriksaan ke atas salah satu akuan bank Shamsidar mendapati terdapat kemasukan deposit cek berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai bernilai RM708,800 dari November 1992 hingga Mei 1995.

"Tidak terkecuali siasatan BPR juga mendapati terdapat kemasukan cek dari bank-bank tempatan ke atas akuan milik Shamsidar berjumlah RM628,552 selain baki dalam akaun bank beliau yang pernah satu ketika mencecah angka lebih RM300,000," katanya sebagaimana dipetik dari portal http://www.malaysia-today.net hari ini.

Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia ke atas fail sulit yang dimuat naik Raja Petra mendapati laporan hasil siasatan Pegawai Siasatan, Cawangan Siasatan Am, Ibu Pejabat BPR menyarankan supaya tindakan tatatertib diambil ke atas Azmin kerana terbukti beliau memiliki kekayaan tidak seimbang.

"Hasil daripada siasatan yang dibuat mendapati jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh Azmin dan isterinya adalah jauh tidak seimbang terutama bagi tahun 1993 dan 1994. Hasil siasatan setakat ini juga mendapati isteri Azmin terlibat dalam pembelian saham bernilai jutaan ringgit sedangkan Shamsidar tidak bekerja.

"Memandangkan jumlah perbelanjaan yang dibuat Azmin jauh tidak seimbang, saya syaki wang dan harta dimiliki datang dari hasil perlakuan rasuah. Saya cadangkan Azmin diambil tindakan tatatertib," lapor pegawai berkenaan tetapi BPR tidak mengarahkan sebarang tindakan lanjut diambil ke atas Azmin.

Sementara itu, dalam kenyataannya, bekas pegawai kanan BPR yang bertanggungjawab mendedahkan segala fail sulit berkenaan kepada Raja Petra pula berkata, hanya orang yang pekak, buta serta tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita tentang rasuah membabitkan Azmin hanya suatu rekaan atau konspirasi.

Di samping itu, beliau turut menegaskan, perbuatan pegawai kanan BPR mengarah siasatan ke atas Azmin dihentikan melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah melainkan arahan pendakwaraya.

"Semasa siasatan dibuat gaji Azmin hanya RM2,442 sebulan tetapi mampu menjelaskan bayaran bulan rumah di Setapak sebanyak RM3,376 dan rumah di Taman Melawati sebanyak RM1,110. Jumlah bayaran ini sahaja menunjukkan hutang Azmin melebihi gaji. Di mana Azmin dapat wang tambahan untuk hutang ini?

"Ini belum masuk bayaran deposit yang dibuat ke atas rumah dan kereta, bayaran bulan kereta BMW berjumlah RM875 dan Proton Perdana pula RM700 sebulan. Bukankah ini sahaja sudah mencukupi untuk menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain," katanya juga dipetik dari portal Malaysia Today.


KOMEN : ITULAH SIKAP PUAK NI... MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.... INI SEMUA SALAH UMNO SEBAB BAYAR GAJI SIKIT SANGAT MASA DUDUK DALAM UMNO....

Bajet 2013 fokus kesejahteraan rakyat


DARI UTUSAN MALAYSIA
30/5/2012



NAJIB Tun Razak menerima kunjungan Naib Presiden Filipina, Jejomar C. Binay (kanan) dan berbincang mengenai hubungan kedua negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pembentangan Bajet 2013 di Parlimen pada 28 September ini berkata, perbelanjaan akan tertumpu kepada pertumbuhan yang berkualiti dan seimbang selain menjamin kesejahteraan rakyat.

Dalam pembentangan Bajet yang selalunya dibuat pada bulan Oktober, kata Perdana Menteri, kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan kewangan awam serta mengekalkan momentum pertumbuhan negara.

''Saya memberi jaminan bahawa pengukuhan fiskal berada pada landasan yang baik untuk mencapai sasaran defisit jangka sederhana sekitar tiga peratus menjelang 2015.

''Mengekalkan momentum pertumbuhan ketika berdepan cabaran luar menjadi satu keutamaan kita, tetapi ia akan dilakukan melalui pendekatan fiskal yang bertanggungjawab," katanya ketika berucap dalam majlis konsultasi Bajet 2013 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Majlis konsultasi yang bertemakan Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju itu dihadiri pakar pelbagai bidang untuk membentang dan membincangkan isu-isu makro, sektoral dan sosial. Kementerian Kewangan telah menerima 84 memorandum yang akan dipertimbangkan dalam perancangan Bajet 2013, isu-isu spesifik pula diteliti melalui kumpulan-kumpulan fokus yang lebih kecil.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pernilaian perbelanjaan awam telah dilakukan melalui bantuan Bank Dunia dan kerajaan sedang melaksanakan cadangan-cadangan yang diberikan. Katanya, satu jawatankuasa dalam Perbendaharaan juga telah ditubuhkan untuk melihat isu-isu mengenai kemapanan fiskal pada jangka masa panjang.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia mesti memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi bagi mengukuhkan daya saing di peringkat global.

Menurut Najib, sumbangan pelaburan swasta dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih rendah tetapi boleh diperbaiki iaitu pada 12.7 peratus manakala sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam ekonomi berada pada 31 peratus.

Beliau berkata, semua pihak perlu mengemukakan idea dan mencadangkan langkah spesifik bagi mengatasi pelbagai cabaran, khususnya yang melibatkan kesejahteraan rakyat.

''Program transformasi negara telah memasuki tahun ketiga yang mana pelbagai kejayaan dicapai dalam tempoh pendek ini, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

''Setiap bajet mesti menyumbang ke arah merealisasikan Wawasan 2020," katanya. 


KOMEN : BAGAIMANA PULAK BAJET PUAK PEMBANGKANG....? SEPERTI BIASA PERANCANGAN BAJET SEHARI  UNTUK TEMPUH SETAHUN DIATAS SEKEPING KERTAS... MARI SAMA-SAMA KITA FIKIR....

Mandat rakyat penting - PM


NAJIB Tun Razak memberi ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2012 di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUALA LUMPUR 29 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mandat rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) amat penting terutama bagi meneruskan usaha melaksanakan setiap program transformasi yang dirancang.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar tanpa mandat yang kuat daripada rakyat ia hanya akan melambatkan pelaksanaan agenda tersebut sekali gus membantutkan hasrat melihat Malaysia muncul sebagai negara berpendapatan tinggi serta maju pada 2020.

Selain itu, Najib turut mengingatkan rakyat supaya bijak menilai khususnya membabitkan janji serta cadangan pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana jelas rancangan-rancangan dikemukakan lebih bersifat populis, tidak realistik serta diragui.

"Saya amat meragui setiap janji, rancangan serta cadangan mereka. Sebagai contoh, mereka mahu menurunkan harga petrol dalam tempoh satu malam sahaja yang mana langkah ini tidak pernah dilakukan mana-mana kerajaan di dunia.

"Untuk makluman, kerajaan memperuntukkan lebih RM2 bilion sebulan untuk subsidi petrol. Jika harga bahan api ini diturunkan lagi, kerajaan perlu menambah peruntukan subsidi antara RM3 bilion hingga RM4 bilion sebulan. Apa akan jadi dengan kewangan negara?," katanya.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Datuk Seri Johan Raslan yang juga Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dalam sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada program Invest Malaysia 2012, di sini hari ini.

Najib berkata, rancangan pembangkang untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM45 bilion dan bayaran tol serta menetapkan gaji minimum sebanyak RM4,000 sebulan juga jelas bersifat populis.

Katanya, semua janji itu tidak boleh dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab. Sebaliknya, beliau menegaskan, kerajaan BN akan terus menawarkan program-program lebih realistik serta mempunyai wawasan jelas seperti program-program transformasi yang sedang giat dilaksanakan.

"Saya berjanji hasil mandat yang diberikan rakyat, saya serta rakan-rakan dalam kerajaan akan bekerja lebih keras dalam meningkatkan hidup rakyat dan demi mencapai matlamat negara maju menjelang 2020," katanya.

Sementara itu, menjawab satu soalan lain beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu sesuai untuk didiami selain destinasi pelaburan terbaik di rantau ini.

"Saya telah mengunjungi banyak negara di dunia dan apa yang boleh saya katakan Malaysia adalah negara terbaik dan hebat bagi saya.

"Dengan wujudnya kepelbagaian agama, etnik, kebudayaan serta cara hidup, kita berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang amat menarik termasuk sebagai destinasi terbaik bagi tujuan pelaburan serta perniagaan," katanya.


KOMEN : PILIH KERAJAAN YANG MEMBAWA KEBAIKAN DAN KEMAKMURAN... JANGAN SESEKALI MEMILIH KERAJAAN YANG PORAK PERANDA....

Tuesday, 29 May 2012

SYURGA NIK AZIZ TAK ADA NILAI...

Tarik balik 'fatwa' undi Pas masuk syurga - Fathul Bari
DARI UTUSAN MALAYSIA
28/5/2012


KUALA LUMPUR 27 Mei - Pas perlu menarik balik 'fatwa' mengatakan individu yang mengundi parti itu akan mendapat balasan syurga kerana ia ternyata terkeluar daripada ajaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya Pas.

Ini kerana katanya, Pas yang lahir daripada sistem demokrasi Barat hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.

"Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?

"Demi kekuasaan, Pas sanggup menjanjikan syurga. Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT? Pas perlu tarik balik kenyataan undi Pas boleh masuk syurga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancara Mingguan Malaysia dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang antara lain menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Sheikh Sulaiman yang juga Profesor di Universiti Ummul Qura, Mekah turut menegaskan parti politik Islam perlu bersatu dengan parti nasionalis dari kalangan umat Islam demi kesejahteraan umat kerana kerjasama dengan parti politik bukan Islam membahayakan akidah Islam itu sendiri.

Selain itu, beliau memberitahu, mana-mana pemimpin Islam yang menyokong kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat (Muafakat), Ismail Mina Ahmad pula berkata, Islam bukan agama yang boleh digunakan dengan jenama dan slogan tertentu bagi mengejar kepentingan politik.

Katanya, golongan yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri wajar ditolak kerana perbuatan itu jelas membelakangi prinsip dan hukum syarak.

''Kenyataan undi sesuatu parti akan masuk syurga bukan satu fatwa tetapi ia merupakan retorik politik untuk menarik sokongan pengundi.

''Fatwa adalah sesuatu hukum yang disepakati oleh para ulama berlandaskan al-Quran dan al-Sunah, sebaliknya jika dikeluarkan untuk kepentingan diri sendiri, patut ditolak,'' katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Pas untuk tidak bermuzakarah dengan UMNO.

Katanya, tindakan Pas yang lebih sanggup bekerjasama dengan DAP nyata tidak selari dengan ajaran Islam.

KOMEN : PAS TAKAN BERANI MENARIK FATWA NIK AZIZ TU SEBAB TAKUT KEHILANGAN PENYOKONG YANG DISESATKAN.... YANG PENTING BAGI MEREKA UNDI PAS MESTI MASUK SYURGA... APALAGI SPIN NIK AZIZ SELEPAS INI BILA DIKATAKAN PARTINYA SESAT...?

APA SESAT-SESAT NI...

Undi parti masuk syurga fatwa sesat

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.

''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.

Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''

''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.

''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau. Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.

''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.

''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.

Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.

Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.'' ''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama. Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.


KOMEN : TAHU LAMA DAH MEREKA-MEREKA ITU IKUT PARTI SESAT....

RAHSIA DAP DISINGKAP....

'Jangan pertaruh nasib negara'
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bercakap di hadapan sekumpulan wartawan semasa mengadakan sidang media khas berhubung isu berbangkit terhadap beliau di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Mei - Mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.

Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mahu memerintah negara ini, pakatan pembangkang sepatutnya sudah menyelesaikan soal pembahagian tersebut lebih awal dan bukan hanya akan berbuat demikian selepas mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?

"Sebaik sahaja anda (pembangkang) melangkah ke Putrajaya, rakyat mahu tahu (senarai Kabinet) atau dalam kata lain negara tidak boleh tunggu. Sebab itu saya cakap mentadbir Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bukan tugas mudah, ia tugas yang sangat kompleks.

"Tapi semua parti akan mendakwa mereka layak dan kalau begitu (dalam kes pembangkang) tunjukkan dulu Kabinet bayangan bagi memberi keyakinan kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri Damansara, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan terbuka Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, pengisian jawatan pemimpin nombor satu negara perlu dibuat mengikut konvensyen dan amalan sedia ada.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan Melayu sebagai Perdana Menteri tetapi katanya, jawatan tersebut seharusnya kekal diisi orang Melayu kerana jawatan itu merupakan 'menteri pertama' kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Yang di-Pertuan Agong Islam dan selaku 'menteri pertama' kepada beliau sudah tentu Seri Paduka mahu Perdana Menteri berada bersama dalam majlis keagamaan Islam tetapi bagaimana kalau Perdana Menteri bukan Melayu, ini realiti yang perlu diakui," katanya.

KOMEN : JANGAN SESEKALI MENGHANCURKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA DENGAN MENGUNDI PUAK PEMBANGKANG YANG TERBUKTI AKAN MEMBAWA KEHANCURAN BERTERUSAN KEPADA MALAYSIA... KITA DAPAT APA YANG KITA MAHU... MEMILIH KEBAIKAN AKAN DAPATLAH KEBAIAKAN DAN JIKA MEMILIH KEJAHATAN AKAN DAPATLAH KEJAHATAN... BERFIKIRLAH DENGAN SEBAIKNYA.... DEMI HARI ESOK YANG LEBIH BAIK....

Monday, 28 May 2012

APRC - MOTOR RALLYING: Proton stamp their mark


IN THE ZONE: Two top five finishes and victory in 2WD category

.
Defending Asia Pacific Rally Championship champ Alister McRae en route to finishing second in the overall classification of the International Rally of Queensland.
QUEENSLAND: PROTON rallied to two top five finishes in the overall classifications and  clinched victory in the two-wheel drive category at the  International Rally of Queensland.

Defending Asia Pacific Rally Championship (APRC) champion Alister McRae finished second in the two-day rally with team mate PG Andersson coming in fourth, while in the 2WD class, Proton's Akira Bamba drove to a well and hard-earned victory.

Skoda's Chris Atkinson won the rally while in third place was veteran driver Brian Green. With eight special stages being run on the final day, McRae drove the Satria Neo S2000 to a textbook finish in pursuit of Atkinson.

The highest gainer of the day however, was Andersson who punched his way up to fourth place from ninth at the end of the opening day.

"Despite being faced with a difficult start to the rally, both McRae and Andersson drove to a commendable finish to secure valuable championship points... We are still in it (the fight for the APRC championship)," said Datuk Abdul Razak Dawood, the head of Proton Motorsports.

Proton meanwhile, continued to stretch their dominance in the 2WD category with reigning APRC Junior champion Bamba taking top honours in the 1600cc Satria Neo ahead of another Proton privateer Sanjay Takle.

The Junior category was won by local driver Mike Young, also in a Proton Satria Neo, who finished ahead of Bamba.

"All in all, Proton can be proud of its achievement in Queensland, returning to the event for a second year running to improve its performance from a fourth position last year to clinch a podium finish this time round.

"And this underlines our commitment to be better," said Proton's Director of Group Marketing, Branding and Motorsports John D. Chacko.

Rally Queensland was contested over a total distance of 863km.


KOMEN : SUPERB

DAP lancang bila Melayu pecah


Oleh Faridzwan Abdul Ghafar dan Mohd Idris Sulaiman 
DARI BERITA HARIAN ONLINE
2012/05/28


GEORGETOWN: Perpecahan Melayu adalah punca Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berani menyuarakan tuntutannya secara terbuka memperjuangkan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, menyifatkan Karpal menyedari tuntutannya itu tidak logik kerana Melayu adalah kumpulan majoriti di negara ini. Bagaimanapun, Karpal berani bersuara mahukan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selepas mengetahui kedudukan politik Melayu tidak kuat di negara ini akibat perselisihan pendapat dan pergelutan kuasa.

“Tidak mungkin Karpal boleh bercakap macam itu melainkan Melayu di negara ini berpecah dan beliau jelas tahu apa yang disebutkannya kerana kedudukan politik Melayu tidak macam dulu.

“Cadangan Karpal itu tidak mustahil dan sememangnya boleh berlaku jika Melayu terus bercakaran sesama sendiri dan sejarah sudah pun membuktikannya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penyelenggaraan Flet Mutiara Idaman 1 di Jelutong di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Karpal sebagai berkata, beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang menghalang orang bukan Melayu memegang jawatan itu, tetapi mengaku tersasul apabila menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Fiji adalah contoh terbaik di mana Perdana Menterinya dilantik daripada kalangan kaum minoriti disebabkan perpecahan penduduk asal negara itu kepada 18 kumpulan.  Zainal Abidin berkata, UMNO tidak mahu perkara yang sama terjadi di negara ini dan meminta orang Melayu supaya bersatu di bawah parti itu sekali gus memastikan semua orang terbela.

Di CAMERON HIGHLANDS, Pengasas dan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju meminta Karpal berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan terutama membabitkan sensitiviti masyarakat Melayu bagi mengelak permusuhan kaum berlaku.

Beliau yang menyifatkan Karpal sebagai ‘Singa Yang Tidak Bergigi’ berkata, kepentingan menjaga keharmonian kaum sebagai teras politik dan tidak menggunakan kata-kata antagonis lebih penting untuk meraih sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Kenyataan Karpal itu membuktikan parti pembangkang kini cuba menghakis perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dengan menanam unsur kebencian dan prasangka yang bakal memusnahkan ikatan perpaduan yang terjalin selama ini.

“Justeru, orang Melayu harus bersatu demi survival bangsa dan melupakan agenda politik,” katanya kepada Berita Harian pada majlis ramah mesra dan makan malam bersama Ahli Parlimen Cameron Highlands anjuran Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) di Dewan Kampung Raja, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk K Devamany.

Harimau Malaya uji Filipina


DARI KOSMO ONLINE
28/5/2012


WAN ZACK (kiri) mungkin diketepikan pada aksi menentang Filipina akibat kecederaan.



ATAS kertas, Filipina ketika ini mungkin dilihat memiliki sedikit kelebihan berbanding pasukan bola sepak kebangsaan.

Apa tidaknya, skuad kendalian Michael Weiss itu kini melonjak naik lima tangga di depan Harimau Malaya apabila berjaya menghuni tangga ke-148 dunia dalam ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ketika seri 1-1 dengan skuad negara dalam satu aksi persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, pada 29 Februari lepas, skuad yang terkenal dengan jolokan The Azkal itu sekadar menghuni tangga ke-156 dunia.

Meskipun perbezaan ranking tidak dijadikan ukuran, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal pastinya bersedia melunaskan misi mempertahankan maruah negara menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam satu aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Dalam pertemuan di Manila tempoh hari, jaringan penyamaan Ahmad Shakir Ali pada masa kecederaan berjaya menyelamatkan maruah Malaysia yang terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan penyerang tuan rumah, Dennis Wolf seawal minit ke-34.

Ahmad Shakir begitupun ketika ini dilaporkan kurang cergas bersama seorang lagi pemain sayap negara, Wan Zack Haikal Wan Nor gara-gara kecederaan.

Namun, ia tidak menerbitkan perasaan resah di hati Rajagobal yang percaya dengan kemampuan pemainnya.

"Ahmad Shakir mengalami kesakitan otot paha, manakala Wan Zack pula masih belum pulih daripada kecederaan hamstring, dan diharapkan saya ada pilihan terbaik lain jika keadaan memerlukan.

"Walaupun pelatih kali ini dikatakan terbaik, saya masih perlu melihat keadaan semasa semua pemain kerana kita perlukan pemain terbaik," kata Rajagobal.

Selepas aksi menentang Filipina, skuad Harimau Malaya bakal berkunjung ke Stadium Jalan Besar berdepan Singapura pada 8 Jun ini.


KOMEN : THINK POSITIVE BUT NOT OVER CONFIDENCE KALAU NAK BERJAYA...

F1 - Aksi Webber menakjubkan


DARI KOSMO ONLINE
28/5/2012




WEBBER memimpin perlumbaan sejak daripada awal saingan pada GP Monaco semalam.


MONTE CARLO, Monaco - Pemandu Red Bull, Mark Webber merekodkan kejuaraan pertama pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) musim ini apabila muncul juara Grand Prix (GP) Monaco semalam. 

Webber yang bermula di petak hadapan berjaya mengekalkan momentum tersebut apabila mengungguli saingan dengan catatan 1 jam 46 minit 06.557 saat pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Monte Carlo itu.

Sebagai rekod, ia merupakan kejuaraan kedua buat pemandu kelahiran Australia itu pada GP Monaco dan kelapan sepanjang kariernya. Kali terakhir Webber melakar kemenangan ialah pada GP Brazil musim lalu.

Bagi Red Bull, ia kejuaraan kali kedua buat pasukan tersebut musim ini selepas rakan sepasukan Webber, Sebastian Vettel melakarkan kejayaan pada GP Bahrain bulan lalu.

Pada perlumbaan semalam, pemandu Mercedes, Nico Rosberg menamatkan saingan di tempat kedua, diikuti Fernando Alonso daripada Ferrari ketiga.

Vettel pula gagal dalam misi merekodkan kejuaraan kedua peribadi musim ini apabila sekadar berpuas hati di tempat keempat di depan pemandu McLaren, Lewis Hamilton (kelima) dan Felipe Massa daripada Ferrari (keenam).

Selepas tamat perlumbaan semalam, Alonso merampas kedudukan selaku pendahulu keseluruhan kategori pemandu apabila mengumpul 76 mata, tiga mata meninggalkan Vettel dan Webber yang berkongsi kedudukan di tempat kedua.

Kategori pengeluar pula menyaksikan Red Bull unggul di tangga teratas carta dengan mengumpul 146 mata, diikuti McLaren (108 mata) dan Ferrari (86 mata). - AFP


KOMEN : TAHNIAH PETRONAS...

‘Bukti DAP parti rasis’


DARI UTUSAN MALAYSIA
28/5/2012



KUALA LUMPUR 27 Mei - DAP digesa supaya tidak terus memberi harapan palsu kepada masyarakat Cina khususnya yang menjanjikan Perdana Menteri bakal dilantik daripada kalangan orang bukan Melayu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, permainan politik DAP itu sebenarnya tidak bertanggungjawab kepada masyarakat Cina dan juga membuktikan mereka sebuah parti yang rasis.

“Sebelum itu saya mahu DAP jawab, jika pakatan pembangkang menang adakah orang Cina akan dilantik menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan?

“Ini jelas polemik yang ditimbulkan oleh parti rasis ini yang hanya untuk meraih undi masyarakat Cina walaupun sedar perkara itu tidak mampu dicapai,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anjuran MCA Wangsa Maju di sini hari ini.

Tegas beliau, DAP yang 99 peratusnya terdiri orang Cina dilihat semakin berubah kerana terlalu gilakan kuasa.

“Sebab itu mereka terpaksa menanggung malu kerana terpaksa berbaik dengan Pas hanya untuk meraih sokongan orang Melayu.

“DAP juga menganggap orang Cina tidak ada pilihan selain mengundi mereka sedangkan, mereka lupa MCA telah lama terbukti berjaya memajukan negara dengan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi," katanya.

Sementara itu, Soi Lek turut menyifatkan parti-parti dalam pembangkang sekarang tidak lagi demokratik berbanding BN.

“Lihat DAP yang Lim Kit Siang memegang jawatan penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng pula menjadi Setiausaha Agung yang tidak perlu bertanding untuk mendapat jawatan itu, ia samalah seperti jawatan Presiden dan Mursyidul Am dalam Pas.

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) paling hebat, mesyuarat tertinggi parti boleh diadakan di dalam rumah sahaja sebab parti itu diketuai oleh keluarga dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anaknya pula Naib Presiden, Nurul Izzah," katanya sinis.

 DAP lakukan apa sahaja hapus keistimewaan Melayu

JASIN 27 Mei - Orang Melayu perlu sedar DAP sanggup berbuat apa sahaja untuk melenyapkan hak kaum Melayu di negara ini termasuk menyekat kuasa rakan sekutunya, Pas jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya hal itu berlaku segala undang-undang yang memelihara kepentingan orang Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan akan dihapuskan.

Pada ketika itu menurut beliau, keamanan yang dinikmati seperti hari ini akan lenyap disebabkan negara menjadi tidak stabil dan rakyat hilang perasaan saling menghormati antara kaum.

“Perkara ini tidak mustahil berlaku sebab dalam pembangkang pun tidak ada persefahaman berhubung siapa yang akan menjadi pemimpin negara jika mereka berkuasa.

“Atas sebab itu kita lihat Pas tidak berani menamakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dan DAP pun sudah menegaskan tidak akan terima sebab Pas adalah parti Islam," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Felcra Lembang Kesang, di sini malam tadi.


KOMEN : MEMANG PUN PARTI RASIS ANAK-BERANAK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN... SEMUA SALAH UMNO/BN...

KALAU BERHENTI TAKUT ANAK CUCU JADI PENGEMIS...

Nik Aziz dicabar serah jawatan MB kepada Anuar Tan
DARI UTUSAN MALAYSIA
28/5/2012


KOTA BHARU 27 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam dan menyerahkan tempat tersebut kepada Datuk Anuar Tan Abdullah bagi membuktikan kata-katanya bahawa bukan Melayu boleh menjadi pemimpin di negara ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata, Anuar yang juga ahli Exco kerajaan Pas Kelantan layak menggantikan tempat Nik Abdul Aziz untuk menerajui negeri ini berdasarkan kriteria tersebut.

Beliau berkata, memang benar Islam sudah cukup untuk seseorang menjadi Perdana Menteri tetapi keadaan semasa di negara ini berbeza di mana Melayu adalah majoriti.

"Saya cabar Nik Aziz letak jawatan dalam masa 24 jam dengan serah kepada Anuar - seorang berketurunan Cina, elok sangat bagi jawatan itu kepada Anuar sebab dia (Nik Aziz) sudah lama jadi Menteri Besar dan selalu sakit.

"Memang benar Islam sudah cukup untuk menjadi Perdana Menteri tetapi dalam keadaan sekarang Melayu lebih layak kerana majoriti, sebagai contoh di Kelantan 95 peratus penduduk adalah Melayu dan Islam maka orang Melayu lebih layak menjadi Menteri Besar.

"Anak Nik Aziz, Nik Abduh sendiri menyebut Melayu lebih layak jadi Perdana Menteri disebabkan majoriti dan ini Tanah Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak kisah siapa menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam.

Ia berasaskan prinsip Islam tidak menetapkan bangsa tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, semua pihak juga perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan individu yang menukar agama hanya untuk kepentingan tertentu dan bukannya mahu beriman kepada Allah SWT.

"Kalau kita bagi bukan Melayu beragama Islam jadi pemimpin, lepas menjadi Perdana Menteri dia murtad macam mana sebab sekarang banyak masalah macam itu, ada ramai yang masuk Islam sebab hendak kahwin dan selepas itu murtad.

"Kita takut juga tertipu kerana itu perlu beringat takut ada kesan sampingan, masuk Islam hanya untuk nama Islam tetapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu seperti Salman Rushdie," katanya. Beliau berharap Nik Abdul Aziz menilai semua perkara tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak timbul kekeliruan.


KOMEN : NAK TAKUT APA... SEKARANG PUN PARTI PAS DAH MACAM PENGEMIS... ASAL CERAMAH POLITIK AJE ADA TABUNG YANG BERJALAN... MINTA SEDEKAH... CAKAP TAK SERUPA BIKIN..

Sunday, 27 May 2012

Kereta Lokal Untuk Global!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN  
DARI KOSMA ONLINE


Menampilkan rekaan moden yang tidak dimakan usia.

PREVÉ bermaksud ‘to envision’ atau untuk membayangkan sesuatu pada masa depan. Justeru, Proton ingin menunjukkan kepada ramai bahawa model terbaharu itu adalah bukti kemampuannya untuk menghasilkan sebuah kereta dengan ciri-ciri global.

Maksud kedua pula, Proton ingin membayangkan kepada orang ramai, beginilah standard kenderaan Proton pada masa akan datang. Ia bukan sekadar produk, malah merangkumi standard perkhidmatan yang ditawarkan kepada pasaran.

Kiranya Prevé adalah suatu yang besar dan amat penting untuk Proton. Suka juga untuk saya kongsi, perkataan Sepanyol yang dipilih bukanlah sesuatu yang asing untuk Proton.

Contoh signifikan ialah Persona yang perkataan Inggeris itu sebenarnya berasal daripada bahasa Sepanyol! Lebih ironik, tiada maksud khusus Persona dalam bahasa Melayu. Apa yang ada adalah perkataan pesona yang bermaksud guna-guna, mantera, sihir dan fitnah. Mujurlah Proton menggunakan nama Persona, jika pesona yang dipilih pasti haru-biru jadinya.

Pada penghujung April lepas, saya berpeluang memandu uji Proton Prevé 1.6 CFE dari Cherating, Pahang ke Kuala Lumpur. Terus-terang saya katakan kereta dengan kos total projek RM540 juta itu mempunyai karakter berbeza dengan kereta buatan Jepun atau Korea Selatan.

Prevé 1.6 CFE terasa berat dan itu tidak bermakna lembap. Maksudnya kereta itu stabil pada kelajuan tinggi dan tidak terapung-apung. Rasa Prevé lebih kepada kereta buatan Eropah. Maka tidak hairanlah jika ada rebiu daripada media lain yang mendakwa mereka memandu jauh lebih tinggi daripada had kelajuan lebuh raya.

Output daripada enjin 1.6 turbo itu agak bertenaga. Padanan transmisi CVT tujuh kelajuan Protonic menjadikan jentera tersebut lancar ketika dipandu. Walau bagaimanapun, daripada maklum balas dalam dunia maya, ada yang mengatakan Prevé 1.6 CFE tidak seagresif Proton Exora Bold.

Iya, Prevé 1.6 CFE agak melahu dari kelajuan pegun. Namun itu hanyalah untuk beberapa saat sebelum prestasi sebenarnya menjelma di atas jalan. Menurut jurutera enjin Proton, karakter sebegitu memang sengaja dibuat untuk disesuaikan dengan rata-rata pemandu berkeluarga. Jika kereta bergerak secara menggelupur, itu namanya kereta drag dan bukan sedan keluarga.

Jika diperhatikan di atas jalan mahupun lebuh raya, ramai ketua keluarga yang memandu sedan mereka dengan laju. Menyedari hakikat itu, apa yang Proton buat adalah meningkatkan ciri-ciri keselamatan. 

Hasilnya, Prevé dilengkapi dengan struktur kukuh hasil penggunaan Hot Press Forming (HPF) pada 12 bahagian kereta dan menamakannya sebagai Reinforced Safety Structure (RESS) sebagai ciri standard. Bukan itu sahaja, Prevé 1.6 CFE turut dilengkapi empat beg udara, ABS, EBD dan tali pinggang praregangan. Satu ciri yang istimewa ialah ESC atau Electronic Stability Control sebagai bantuan pemandu untuk mengelakkan gelinciran sewaktu mengambil selekoh atau pun dalam keadaan jalan licin. Harus tahu bahawa tidak semua pemandu sukakan ESC kerana berpendapat sistem itu hanya menutup kelemahan sebenar pemandu. Ada pemandu yang sukakan sedikit gelinciran pada selekoh supaya mereka tahu had pemanduan mereka.

Tetapi, jika anda tergolong dalam kategori niche itu, usah risau kerana sistem tersebut boleh dimatikan hanya dengan menekan butang. Biarpun begitu, ESC akan dihidupkan kembali secara automatik apabila kelajuan melebihi 160km/j dan dimatikan semula di bawah kelajuan tersebut.

Bab pemanduan dan pengendalian (R&H), Proton memang handal. Saya tidak pasti sama ada Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang terkenal kerana jalan yang berombak sudah dibaik pulih atau R&H Prevé memang betul-betul bagus. Sebabnya, saya tidak rasa kereta beralun-alun malah agak selesa.

Bagi yang sudah terbiasa dengan pengendalian tajam pula, mereka akan berasa Prevé sedikit 'loose'. Ia bukanlah suatu yang negatif kerana Preve dibina untuk pasaran massa dan bukan untuk kelompok pemandu terpencil.

PREVE menjadi taruhan Proton untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengguna tempatan.

Dari segi estetik, ada yang jatuh cinta kepada Prevé 1.6 CFE dan tidak kurang yang memberi pelbagai komen pedas. Produk rekaan Proton|Design, jabatan yang bertanggung jawab mereka bentuk Prevé mengambil pendekatan rekaan tidak dimakan waktu.

Konsep rekaan tersebut terdapat pada model Proton lain seperti Waja dan Satria GTi. Maknanya, rekaan dua produk itu masih segar walaupun sudah lama dikeluarkan. Ada yang kata Prevé meniru kereta buatan Jepun, Korea Selatan dan Jerman.

Hakikatnya apa yang dibuat adalah mengikut trend bentuk kotak 2.5 (2.5 box), rupa tunggal (single face) dan sebagainya. Walaupun rekaan belakang Prevé menerima reaksi yang pelbagai, jika dilihat dari arah sisi kereta itu nampak seperti skulptur yang bergerak. Sewaktu berada dalam keadaan statik, Prevé nampak seperti sedang bergerak.

Kesimpulannya, jika disenaraikan peralatan serta ciri-ciri yang ada pada Prevé 1.6 CFE bolehlah dikatakan ia bernilai untuk wang. Ruang kabinnya luas dan bonetnya besar. Ditambah pula dengan kuasa dan ciri-ciri keselamatan yang ada, ia sangat sesuai untuk dijadikan kereta keluarga.

Cuma yang menjadi masalah ialah Proton sudah ada bukti yang mereka komited untuk menjadi lebih baik, namun tidak ramai percaya Prevé 1.6 CFE adalah suatu yang lain daripada Proton.

Apa boleh buat, kadang-kadang persepsi itu lebih penting daripada realiti. Proton perlu berusaha lebih keras untuk membuktikan kepada umum, mereka sememangnya komited sebagai peneraju industri automotif negara!


Politik Malaysia

ARTIKEL ini dipetik daripada blog bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad http://chedet.cc/blog 
DARI UTUSAN MALAYSIA 
26/5/2012

Apakah tunjuk perasaan Bersih 3.0 pada 28 April lalu adalah strategi untuk menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13? - Gambar hiasan

KITA sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum. Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional (BN) telah berjaya menawan dan mendiri kerajaan di beberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan BN tidak pernah kalah di peringkat Pusat. 

Perikatan dan BN terus menjadi kerajaan di peringkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh BN yang terus memerintah.

BN menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di peringkat Pusat. Serpihan daripada UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim tidak berjaya mengalahkan BN.

Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai daripada penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada BN sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan BN.

Di peringkat Pusat majoriti BN menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 daripada kerusi Parlimen. Namun BN masih dapat mendiri kerajaan di peringkat Pusat.

Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan BN. Percubaan oleh Anwar untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan BN. Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN.

Kenapa tidak. Semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan-kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat. BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara Malaysia.

Tiap seorang daripada rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN. Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan-keputusan pilihan raya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU-13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) dan mendirikan Kerajaan Pusat. Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka. Melihat penggulingan kerajaan di negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.

Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa kerajaan BN di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti kerajaan-kerajaan kuku besi negara Arab.  Maka diciptalah Bersih. Kononnya pilihan raya di Malaysia ditipu oleh kerajaan Pusat, walau apa pun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di negara Arab, bukan sahaja kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihan raya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa pilihan raya umum ditipu oleh kerajaan Malaysia.

Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihan raya mengikut kehendak parti lawan. Tetapi masih juga dituduh yang kerajaan menipu. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej kerajaan.

Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU-13 jika parti lawan gagal memenanginya. Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.

Sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara. Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo. Malaysia akan dicap sebagai Police State.

Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya. Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan.

Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya. Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara tercinta ini.


KOMEN : KALAU SAYANGKAN NEGARA MALAYSIA... HAPUSKAN PETUALANG NEGARA DAN UNDILAH BN UNTUK KEAMANAN DAN KEMAKMURAN YANG BERTERUSAN...

Pas cuba perangkap UMNO - Ibrahim Ali


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/5/2012
Ibrahim Ali menyampaikan sumbangan kepada salah seorang daripada 220 pelajar dari Parlimen Pasir Mas yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara dalam peringkat diploma dan ijazah di Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS 25 Mei - Pas sebenarnya cuba memerangkap UMNO apabila menimbulkan kembali isu muzakarah dengan menetapkan syarat yang bertujuan menimbulkan persepsi pada rakyat bahawa UMNO adalah sebuah parti yang menolak Islam.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan terdesak itu dibuat selepas Pas menyedari imej parti itu sudah tercalar ekoran tindakan mereka bersekongkol dengan pembangkang termasuk Datuk S. Ambiga serta telah diperalatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, akibat tersilap memilih kawan, Pas sebaliknya tidak berusaha membersihkan diri mereka sebaliknya cuba lari daripada kesilapan itu dengan sekali lagi cuba menjadikan UMNO sebagai mangsanya.

"Kalau mahu jumpa, jumpa sahaja..kalau nak mengenai Islam cakap sahajalah apa yang nak letak syarat. Tajuk pun biarlah dibincangkan tak payah nak menyinggung ini sebelum muzakarah lagi sudah menyinggung semua pihak.

"Kita tahu perlanggaran undang-undang dalam demonstrasi Bersih 3.0 dan siapa dia Ambiga maka akhirnya Pas mahu tutup isu ini dengan keluarkan isu muzakarah sekali lagi malah menetapkan tajuknya sebagai kenapa UMNO menolak Islam," katanya.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas bercakap kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada seramai 220 pelajar dari Parlimen itu yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara dalam peringkat diploma dan ijazah.

Drama mengenai muzakarah itu merupakan isu yang ditimbulkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bagaimanapun beliau selepas itu seperti dilaporkan media mendakwa muzakarah berkenaan bukan dengan UMNO sebaliknya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksinya selepas itu bagaimanapun lantang menyatakan keinginannya yang mahu muzakarah dibuat antara UMNO dan Pas namun keikhlasan beliau juga turut dipersoalkan apabila menetapkan syarat yang perlu dipatuhi antaranya tajuk muzakarah itu adalah kenapa UMNO tolak Islam.

Namun dalam reaksi terbarunya hari ini, beliau akhirnya menarik balik kenyataan itu dan menyatakan persetujuan dengan Abdul Hadi.

KOMEN : LIDAH BERCABANG PAS SIAPA NAK PERCAYA...