Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 6 July 2011

Yang di-Pertuan Agong penegak hak asasi rakyat


DARI UTUSAN MALAYSIA
6/7/2011



UNDANG-undang Persekutuan Malaysia, sementara mengiktiraf Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan ketua turus angkatan bersenjata, Seri Paduka tidak boleh di bawah Perlembagaan Persekutuan bertindak bersendirian.

Melainkanlah dalam tiga perkara, pertama, bersetuju atau tidak membubarkan Parlimen; kedua, dalam hak berkaitan pelantikan Perdana Menteri selepas sesuatu pilihan raya atau apabila undi tidak percaya dihalakan terhadap seseorang Perdana Menteri.

Dan ketiga, melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam di peringkat bidang kuasa Persekutuan serta adat istiadat orang Melayu dan kebesaran diraja.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di Putrajaya semalam, pakar perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, oleh yang demikian, ia menyebabkan Seri Paduka bertindak di atas nasihat Jemaah Menteri yang ditubuhkan di bawah Perkara 43 atau salah seorang yang mewakili Jemaah Menteri yang biasanya adalah Perdana Menteri.

"Dalam konteks pemerintahan Malaysia, Seri Paduka sebenarnya apabila didatangi mana-mana pihak yang menyentuh pentadbiran dan undang-undang negara hendaklah mengikut nasihat Kabinet atau seperti mana nasihat Perdana Menteri. Nasihat itu wajib dipatuhi dan Seri Paduka tidak ada pilihan untuk menolak.

"Maka, tidaklah benar dakwaan pembangkang bahawa Seri Paduka hanya mengikut kehendak kerajaan atau eksekutif yang berkuasa (dalam titah yang dikeluarkan Seri Paduka kelmarin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan," kata Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dalam konteks ini, Rais menyelar penganjur perhimpunan haram Bersih, S. Ambiga:

"Saya anggap Ambiga yang juga seorang peguam sudah buta undang-undang dan tidak tahu kuasa undang-undang.

"Jadi, kalau ada orang kata Seri Paduka mengikut telunjuk, itu bukan persoalannya kerana Seri Paduka tidak boleh menolak nasihat Jemaah Menteri melainkan tiga perkara yang disebutkan tadi."

Dan dalam situasi sekarang (ketika rancangan jahat Bersih untuk berhimpun secara haram tinggal tiga hari lagi), kata Rais, maka sebaik-baiknya Yang di-Pertuan Agong melunaskan sama pandangan Kabinet Seri Paduka menerusi tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya.

Yang pasti, rakyat jelata menyedari bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja bukanlah pelindung untuk orang Melayu semata-mata tetapi juga penegak hak asasi rakyat seluruhnya.

Dengan kata lain, Seri Paduka dan Majlis Raja-Raja adalah institusi yang mempertahankan hak mereka. Ini adalah selari dengan Peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menegakkan hak asasi rakyat jelata ini sebenarnya berkait rapat dengan pemerintahan yang adil.

KOMEN : BUKAN TAK TAHU ATAU BUTA, TAPI SEBENARNYA CUBA MENCABAR PERLEMBAGAAN MALAYSIA ITU SAJA...

2 comments:

Onna said...

Assalam syng daddy,

Si Ambingai tukan loyar...dia mesti taulah benda2 nih....saja nak tengok takat mana dia boleh pergi dan sokongan pembangkang pada dia..

Unknown said...

Ambiga yang biadap, dah mengadap Agong kenapa tak diserahkan saja memorendum tu, still nak buat perhimpunan terlonjak-lonjak cam beruk 3 suku tu wat per lagi..!!!