Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday, 24 July 2011

KESILAPAN ATAU EGO YANG TINGGI

Harimau Malaya terluka
Daripada MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


SUGUL... Sebahagian barisan pemain Malaysia meninggalkan padang dengan rasa kecewa sejurus tewas 3-5 kepada Singapura dalam aksi kelayakan bola sepak Piala Dunia di republik itu malam tadi. Malaysia dan Singapura akan bertemu sekali lagi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini. – Mingguan/ASWAD YAHYA

SINGAPURA – Harimau Malaya perlu bangkit di laman sendiri pada aksi kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini, setelah tumpas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini, semalam.

Kepincangan pertahanan yang menyaksikan gawang negara bolos sebanyak lima kali, wajar diberi perhatian serius oleh anak-anak buah Datuk K. Rajagobal jika mereka berhajat besar mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

Kerapuhan barisan pertahanan Malaysia yang terserlah dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini berterusan sekali gus membantu kemenangan musuh tradisi di Stadium Jalan Besar, semalam.

Itu pengakuan terbuka daripada jurulatih negara, Rajagobal tanpa berselindung mengakui barisan pertahanan telah mempamerkan aksi terburuk dalam perlawanan berkenaan yang menjadi punca utama kekalahan Malaysia.

‘‘Ini merupakan persembahan paling buruk pertahanan. Jika anda sendiri boleh perhatikan, gol yang berjaya diperoleh Singapura semuanya jaringan-jaringan yang mudah dan kelalaian barisan pertahanan kami sendiri.” Itu kata-kata jujur jurulatih negara pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Walaupun Malaysia bermula garang dengan gol pertama pada 25 saat permainan menerusi Safee Sali, Singapura membalas dengan empat gol yang dihasilkan oleh Aleksandar Duric (minit ke-7 dan 80), Qiu Li (minit ke-21), Mustaffic Fahrudin (minit ke-44) dan Shi Jiayi (minit ke-45).

Malaysia berjaya bangkit seketika pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Abdul Hadi Yahaya (minit ke-69) dan Safee sekali lagi pada minit ke-70 tetapi Duric memadamkan api perjuangan Harimau Malaya dengan gol kelima, 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Gandingan Mohd. Fadhli Shas dan Mohd. Muslim Ahmad di barisan pertahanan jelas gagal mengekang rangkaian Awang Import, Aleksandar Duric, Shi Jiayi dan Qiu Li yang menjadi watak penting kepada lima gol yang berjaya dihasilkan Singapura.

Ketiadaan Mohd. Aidil Zafuan di benteng negara jelas dirasai jika dinilai kepada tahap persembahan Muslim-Fadhli yang sering kali melakukan beberapa kesilapan dan tewas kepada fizikal barisan Awang Import tuan rumah.

Bertambah malang buat pasukan negara, perlawanan kedua yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini mereka harus melakukannya tanpa ketua pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada minit ke-49.

Mujurlah Singapura turut beraksi dengan 10 pemain apabila Ismail Yunos turut menerima kad merah selepas mendapat kad kuning kedua pada minit ke-53 yang menyebabkan perlawanan kembali seimbang.

Peluang Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya dilihat masih ada namun mereka wajib kemenangan sekurang-kurangnya 2-0 dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Selain itu, Rajagobal berkata, kehilangan tonggak pertahanan negara, Mohd. Aidil Zafuan dan gandingan Safee Sali di bahagian serangan, Norshahrul Idlan Talaha memberikan sedikit kesan kepada persembahan Malaysia secara keseluruhan.

‘‘Saya juga mungkin perlu memikirkan pengganti Safiq yang tidak dapat beraksi pada perlawanan seterusnya kerana dia seorang pemain yang berpengaruh,” ujarnya.

Dia juga yakin Harimau Malaya masih ada peluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dengan melakukan kebangkitan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MINGGUAN

KOMEN : KESILAPAN PALING BESAR PEMAIN MALAYSIA SERING HILANG TUMPUAN, SIKAP MENYALAHKAN ORANG LAIN, BARISAN MIDFIELD DAN PERTAHANAN GAGAL MENGUASAI BOLA DAN MENGAWAL PERGERAKAN LAWAN, PENJAGA GOL YANG GAGAL MENGAWAL GAWANG GOL DENGAN BAIK DAN TIADA PEMAIN YANG MAMPU MEMBANTU SAFEE UNTUK MEROBEK GAWANG LAWAN... ADAKAH INI SAHAJA PEMAIN YANG BOLEH DIPILIH OLEH PENGURUS PASUKAN MALAYSIA? APA PUN MASIH ADAKAH LAGI SISA HARAPAN UNTUK MENANG KETIKA SINGAPURA BERTANDANG KE BUKIT JALIL?

No comments: