Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 8 July 2011

LAPORAN PALSU VIDEO BESI


Laporan palsu Anwar mesti diberi perhatian serius


SUMPAH laknat sudah dilakukan dan Trio Datuk T telah dipanggil polis, didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman denda kerana kesalahan menayang video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang dengan seorang pelacur dari China.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuaib Lazim mengaku bersalah dan telah membayar denda yang dikenakan oleh sistem kehakiman. Bagaimana pula dengan pelakonnya yang membuat laporan palsu kepada polis?

Pihak yang mendedahkan sesuatu demi memelihara kepentingan negara sudah dihukum, manakala pelaku seolah-olah bebas daripada hukuman. Sedangkan dia telah membuat laporan palsu.

Beberapa pihak menggesa Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat laporan palsu berhubung rakaman video seks tersebut.

Jabatan Peguam Negara perlu berlaku adil dengan membuka fail siasatan terhadap dakwaan Anwar bahawa dia bukan lelaki dalam rakaman video seks tersebut.

Sedangkan rakaman video itu adalah tulen dan bukti daripada laporan forensik oleh dua pakar dari Amerika Syarikat menunjukkan individu dalam rakaman tersebut adalah 99.9 peratus menyamai Anwar.

Hakikatnya, Anwar dengan jelas telah membuat satu laporan palsu. Oleh itu pihak polis dan Jabatan Peguam Negara tidak boleh duduk berdiam diri lagi.

Laporan palsu merupakan satu kesalahan yang amat besar dan mesti diberi perhatian serius oleh Pejabat Peguam Negara.

Jika dibiarkan, akan wujud tanggapan salah daripada masyarakat - apa sahaja yang dilakukan oleh Anwar, pihak berkuasa takut bertindak.

Apa yang penting sekarang ialah kita jangan sekali-kali membenarkan laporan-laporan palsu seumpama ini dibuat oleh mana-mana warganegara, lebih-lebih lagi mereka yang bertaraf pemimpin.

Anwar telah membuat satu laporan polis yang tarafnya sama dengan kenyataan bersumpah.

Jelas Penasihat PKR itu sudah melakukan satu kesalahan.

Tidak perlu lagi kita bertanya kepada peguam-peguam yang pro Anwar apakah bentuk hukuman yang patut dikenakan kerana kesalan membuat laporan palsu.

Pakar undang-undang lain pun boleh menjelaskan bentuk hukuman tersebut.

Kita tidak sewajarnya membiarkan Anwar terus berkempen berbohong kepada rakyat pula, walaupun bukti melibatkannya sudah kukuh.

Jangan dibiar rakyat diperdaya dengan teori dan cerita spekulasi politiknya.

Sesungguhnya Anwar sudah memalukan imej negara dan umat Islam.

Kita percaya selagi pihak berkuasa tidak memanggil Anwar atas kesalahan membuat laporan palsu, maka Ketua Pembangkang yang terlibat dua kali kes liwat, skandal seks bersama pelacur dan berbohong, akan terus memperdaya rakyat untuk membenci kerajaan.

Sikap hipokrit Anwar perlu dihentikan.

KOMEN : JANGAN KITA LALAI DAN LUPA TENTANG VIDEO BESI.. DESAKAN PERLU TERUS DIBUAT UNTUK MEMBAWA PENIPU KEMUKA PENGADILAN... BUKANKAH MEMBUAT LAPORAN PALSU MERUPAKAN SATU KESALAHAN?...

No comments: