Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 11 July 2011

PEMIMPIN PEMBANGKANG SEMUANYA TEMBERANG


Ambiga pembohong besar kedua
Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 10 Julai - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga disifatkan pembohong kedua terbesar selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bersekongkol dengan pembangkang dalam perhimpunan haram semalam demi menjayakan kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, tembelang Ambiga itu pecah berikutan tindakannya yang hadir pada sidang akhbar bersama-sama ketua pembangkang di sebuah hotel semalam sebelum berarak dalam perhimpunan tersebut.

"Selama ini dia kata dia bertindak atas nama NGO (pertubuhan bukan kerajaan).

"Tetapi apabila beliau hadir pada sidang akhbar itu bersama-sama Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membuktikan bahawa semua itu bermotifkan politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataannya menganggap tujuan utama perhimpunan haram Bersih terpesong berikutan agenda 'reformasi' yang dilaungkan lebih menonjol berbanding tuntutan Bersih sebelum ini.

Mohd. Puad berkata, lebih mendukacitakan apabila tindakan Ambiga untuk bersekongkol dengan pembangkang dalam perhimpunan haram di ibu negara itu bukan sahaja telah menipu rakyat malah seolah-olah mempersendakan Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana tegas beliau, pertemuan Ambiga dengan Yang di-Pertuan Agong adalah atas platform NGO demi memenuhi tuntutan Bersih selain tiada wakil parti politik pembangkang menyertai pertemuan tersebut.

"Bagaimanapun, tindakan Ambiga itu jelas membuktikan dia telah membohongi bukan sahaja rakyat tetapi mempermainkan Seri Paduka Baginda. Ambiga pembohong kedua terbesar selepas Anwar," ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, dari satu sudut, 'permainan' Ambiga itu juga hanya menguntungkan dirinya.

"Tetapi Anwar pula tidak dapat apa-apa. Rancangan untuk ditangkap atau cedera tak kesampaian.

"Sedangkan Anwar memang mengharapkan dia ditangkap atau dicederakan (pada perhimpunan itu) untuk mengalih perhatian umum daripada kes perbicaraan liwatnya pada 13 Julai ini," katanya.

KOMEN : PEMIMPIN PEMBANGKANG SEMUANYA KAKI TEMBERANG... YANG MENGIKUT BERHIMPUN PUN DAH MACAM BADUT TAK TERKAWAL... DARI AWAL SAMPAI AKHIR PENGIKUTNYA DI TEMBERANG... lAIN KALI BERFIKIR GUNAKAN OTAK BUKANNYA LUTUT...

No comments: