Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 15 July 2011

Islam tidak ajar sertai demonstrasi jalanan


Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my




Raja Zarith Sofiah menyampaikan cenderamata kepada Sheikh Ahmed Tijani pada majlis syarahan umum bertajuk Kuasa Penyembuhan Quran Yang Menakjubkan di UTM, Skudai, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Julai – Umat Islam tidak seharusnya menyertai sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi untuk menyuarakan tuntutan sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintahkan Allah.

Pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar berkata, jika wujud pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.

“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya.

Beliau ditemui selepas syarahan umum bertajuk Kuasa Penyembuhan Al-Quran Yang Menakjubkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam.

Turut hadir dalam ceramah tersebut, Canselor UTM, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin; Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut dan Pemangku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Safa’ai Deris.

Sheikh Ahmed Tijani yang dilahirkan di Accra, Ghana dan kini menetap di Amerika Syarikat ialah pakar undang-undang dan prinsip Islam merangkumi bidang Perbandingan Agama, Astronomi, Sains Spiritual dan Penyembuhan, Puisi Ketuhanan dan Rukyah, Penulisan Lagu dan Nyanyian serta Seni Halus dan Kebudayaan.

Beliau yang telah mengembara ke lebih 110 negara dalam misi dakwah, turut mempunyai kepakaran dalam bidang Penyiaran Media dan Komunikasi Massa selain dikenali sebagai aktivis keamanan dunia, penyanyi nasyid serta antara qari terkenal dunia.

Pada masa sama, Sheikh Ahmed Tijani juga mengibaratkan rakyat yang keluar ke jalanan sebagai anak derhaka kerana memprotes berikutan tidak mendapat apa yang dihajati daripada ibu bapa, walhal mereka sepatutnya mencari ruang untuk meminta secara baik.

“Demonstrasi di seluruh dunia Islam sekarang adalah amat memalukan. Ia bukan demokrasi tetapi anarki. Ia bukan demonstrasi tetapi demon crazy,” katanya.

Terdahulu, Raja Zarith Sofiah dalam ucapan ringkas selepas syarahan, turut menyuarakan kebimbangan mengenai konflik politik yang melanda negara-negara Asia Barat dan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

“Kita perlu hentikan sengketa dan perlu kembali kepada al-Quran. Terima kasih kepada Sheikh yang memberi ingatan kepada kita,’’ titah baginda.

KOMEN : BERBELIT OTAK NIK AZIZ NAK MENANGKIS TOMAHAN SHEIKH AHMED TIJANI... MUNGKIN LEPAS INI NIK AZIZ AKAN KELUARKAN FATWA BARU... 1)“Demonstrasi di seluruh dunia Islam sekarang adalah amat memalukan. Ia bukan demokrasi tetapi anarki. Ia bukan demonstrasi tetapi demon crazy,” katanya. 2) Rakyat yang keluar ke jalanan sebagai anak derhaka kerana memprotes berikutan tidak mendapat apa yang dihajati daripada ibu bapa, walhal mereka sepatutnya mencari ruang untuk meminta secara baik. 3) Kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya. KALAU MASIH NAK BERDALIH DAN BUAT TAK FAHAM, MOHON ALLAH SWT TUNJUKKAN JALAN KEPADA MEREKA YANG SESAT...AMIN..

No comments: