Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 11 July 2011

DIUPAH RM150-RM200 UNTUK KOTORKAN KL


Demonstrasi Bersih ala Indonesia
Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 10 Julai - Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) semalam ternyata berkiblatkan cara demonstrasi ala Indonesia apabila para peserta terlibat dibayar di antara RM150 hingga RM200 bagi 'menjayakan' demonstrasi tersebut.

Sumber polis memberitahu, perkara itu didedahkan oleh sebilangan besar peserta yang ditahan ketika memberi kenyataan berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan serta perarakan haram tersebut.

Menurut sumber itu, ramai di kalangan peserta terlibat sebenarnya tidak tahu tujuan perhimpunan tanpa permit tersebut diadakan sementara sebahagian lagi enggan mengambil peduli tentang penganjurannya.

Lebih menjijikkan, katanya, perhimpunan haram itu didalangi oleh parti politik tertentu yang dilihat cuba menganggu pentadbiran kerajaan melalui provokasi peserta terhadap pihak berkuasa yang menjaga keselamatan awam.

"Mereka ditawarkan upah di antara RM150 hingga RM200 beberapa hari sebelum Sabtu lalu bagi 'menjayakan' perhimpunan serta perarakan haram Bersih.

"Tawaran itu dibuat oleh beberapa individu dipercayai daripada pakatan pembangkang melalui dialek yang digunakan serta kecenderungan mereka menghasut peserta dengan memainkan sentimen anti kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan semalam mengumumkan telah menahan 1,401 peserta Bersih termasuk dari kalangan kanak-kanak dan wanita namun kesemua tahanan itu menerima layanan baik daripada pihak berkuasa sebelum dibebaskan.

Selain pendedahan terbaru yang menunjukkan Bersih mengupah para peserta demonstrasi, pertubuhan haram yang dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga tersebut terbukti menerima dana asing bagi melaksanakan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar pada Rabu lalu mendedahkan bahawa Pengarah Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara, Maureen Aung Thwin telah bertemu dengan pemimpin pembangkang serta pertubuhan yang bernaung di bawah Bersih pada 27 Jun hingga 2 Julai lalu.

Menurut Chandra, pertemuan tersebut dipercayai membincangkan mengenai isu dana kepada Bersih kerana Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara dikendalikan 'Open Society Foundations' (OSF), yang mana Ambiga sendiri baru-baru ini mengakui Bersih menerima dana daripada OSF.

Dengan penerimaan dana asing yang banyak, Ambiga dan para pemimpin pembangkang tidak mempunyai pilihan selain untuk terus menganjurkan perhimpunan serta perarakan haram itu.

KOMEN : MURAH BETUL NYAWA ORANG MELAYU YANG MENGAKU ISLAM UNTUK MATI SYAHID KONONNYA.. UNTUK RM150-RM200 SANGGUP DITANGKAP POLIS DAN SECARA OTOMATIK NAMA TERSENARAI DALAM REKOD POLIS SEBAGAI ORANG YANG MELAKUKAN PERHIMPUNAN HARAM.. KIRA MACAM PENJENAYAH JUGALAH NI... LEPAS INI NAK KERJA KAT MANA DAN BELAJAR DIMANA? REKOD DIRI DAH DIHITAMKAN OLEH PERISTIWA 9. JULAI 2011... AGAK-AGAKNYA KETUA MEREKA DAPAT BERAPA RM... MESTI MAKAN TAK HABIS 3 KETURUNAN KOT...

No comments: