Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 7 July 2011

JANGAN BUAT PERHIMPUNAN HARAM


DARI UTUSAN MALAYSIA 7.7.2011



AKHBAR China Press bertarikh 2 Julai 2011 dalam ruangan perbincangan rakyat memaparkan nukilan Liang Teck Meng mengenai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan Sabtu ini.

Katanya, semasa beliau berjalan kaki menuju ke sebuah hotel untuk menghadiri majlis makan malam di Kuala Lumpur pada Isnin (27 Jun 2011) tiba-tiba melintas di hadapannya beberapa buah motosikal sebelum lebih 100 buah motosikal lain mengekori di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (sambil mengibarkan bendera dan membunyikan hon kenderaan), kemudiannya dengan laju menghilangkan diri.

Dalam kumpulan itu, ada yang memakai topi keledar, ada tidak dan ada yang menunggang motor melawan arus tanpa mengikut peraturan jalan raya.

Keesokannya, beliau mendapat tahu melalui akhbar bahawa kumpulan itu adalah daripada ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat tunjuk perasaan. Ini disebabkan Pemuda UMNO mahu melancarkan tunjuk perasaan berkaitan perhimpunan Bersih, maka PKR memulakan gerakan itu terlebih dahulu. Perkasa pula tidak mahu mengalah, mereka juga secara agresif mengumpulkan pengikut mereka.

Tambahnya, semasa menonton berita NHK, kerajaan Jepun dilaporkan mengeluarkan amaran di hujung laporannya dengan menasihatkan rakyatnya jangan pergi ke negara yang sedang bergolak demi keselamatan diri.

Apa yang sering dipaparkan oleh negara itu adalah negara-negara Afrika dan Asia Barat yang sedang bergolak. Namun, sejak perhimpunan Bersih dilaporkan akan diadakan secara besar-besaran, beliau bimbang siaran TV Jepun NHK akan membuat laporan serupa dan menasihatkan rakyat mereka supaya jangan datang ke Malaysia untuk sementara waktu.

Katanya, dunia maklumat kini sangat canggih, sesuatu berita dalam beberapa saat boleh disebarkan kepada jutaan manusia. Jika Malaysia berlaku sedikit huru-hara, seluruh dunia boleh melihatnya.

Tambahnya, dikhabarkan golongan yang tidak berpuas hati terhadap hak asasi manusia itu adalah satu daripada pendekatan demokrasi. Ada orang mengambil contoh di Amerika: “Anda tidak ada kawasan lapangan seperti White House di Amerika yang selalu ada orang yang membawa sepanduk?

Pernahkah anda lihat mereka ditangkap oleh polis? Kita hanya mahu perhimpunan secara aman, tidak membawa sebarang senjata, semua orang perlu mendisiplinkan diri”.

Katanya, tunjuk perasaan di White House hanya ratusan orang sahaja, tetapi perhimpunan Bersih dijangkakan puluhan ribu orang.

Sama ada 10,000 orang mahupun 100,000 orang yang berhimpun di jalanan, ia tidak boleh dikawal dengan mudah. Apa yang polis bimbangkan adalah anasir luar yang akan mengambil kesempatan merusuh dalam perhimpunan itu ataupun akan berlaku pergaduhan antara kaum.

Setiap negara mempunyai budaya sendiri termasuk di Amerika. Setiap negeri di Amerika juga mempunyai undang-undang. Contoh yang nyata adalah isu hubungan sejenis yang sah dari segi undang-undang di Amerika. Ramai juga orang Eropah yang berkunjung ke sana suka berbogel di tepi laut untuk berjemur di tengah panas matahari.

Jika mahu gunakan sistem demokrasi seperti di Amerika, adakah ia melambangkan demokrasi dan negara kita mengizinkan orang berbogel di tengah panas matahari seperti itu? Sudah tentu jawapannya tidak, kerana budaya kita tidak sama dengan mereka.

Tambahnya, menjaga keselamatan dan keamanan adalah tanggungjawab polis dan setiap warganegara. Beliau sangat kagum kerana negara ini adalah negara kedua paling aman dalam penilaian antarabangsa di rantau Asia, hanya selangkah di belakang Jepun.

Pada masa sama, ramai pelancong dan pelabur asing berkunjung ke Malaysia. Oleh itu, katanya, tolonglah jangan sertai mana-mana perhimpunan haram.

KOMEN : SETUJU SANGAT DENGAN PENULIS DIATAS... TIADA SEBUAH NEGARA PUN YANG PATUT KITA JADIKAN CONTOH DEMOKRASI WALAUPUN CONTOH DARI AMERIKA... DEMOKRASI KITA NAKLAH BERPAKSIKAN KEPADA ACUAN KITA SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERBILANG BANGSA DAN KAUM... DEMOKRASI ALA BARAT YANG BERPAKSIKAN APA SAJA BOLEH DILAKUKAN WALAUPUN BERBOGEL DITENGAH PANAS ATAU SEKS SEJENIS...TIDAK PERLU DIJADIKAN LANDASAN UNTUK KITA CONTOHI SEBAGAI YANG TERBAIK... ADAKAH KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENERIMA BUDAYA BARAT YANG TIDAK SERASI DENGAN BUDAYA MASYARAKAT KITA...? PERSOALANNYA ADAKAH MENTALITI ORANG YANG NAK BERHIMPUN PADA 9.7.2011 ITU DAPAT MENDISIPLINKAN DIRI MEREKA SENDIRI? BANYAK PERSOALAN YANG PERLU DIRUNGKAI SEBELUM KITA MENGANGGAP YANG PERHIMPUNAN BERSIH ITU SENDIRI ADALAH BERSIH???

No comments: