Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 14 July 2011

Tian Chua perlu dikenakan tindakan


DARI UTUSAN MALAYSIA
14.7.2011




Gambar menunjukkan bagaimana Tian Chua mengarahkan orang ramai merempuh kawalan polis ketika perhimpunan haram Bersih di KL Sentral, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.



KUALA LUMPUR 13 Julai – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana cuba bertindak kasar dengan pihak polis semasa menyertai demonstrasi haram pada Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bekas Polis (PBPM), Shafie Bakri berkata, polis tidak perlu bertolak ansur dengan Tian Chua dan kumpulannya kerana bukti perlakuan mereka adalah secara terang-terangan dan tidak boleh disangkal lagi.

Menurutnya, polis hendaklah mengambil tindakan yang sesuai berdasarkan undang-undang sedia ada dan sekiranya perlu dibawa ke pertuduhan di mahkamah ia sememangnya wajar.

“Tian Chua dan ahli pembangkang telah menjadikan polis sebagai kambing hitam dengan mengatakan polis ganas dan cuba menunjukkan kelemahan pihak berkuasa itu demi mencapai matlamat mereka.

“Tindakan itu amat tidak bertanggungjawab, mereka terlalu ghairah untuk berkuasa. Adakah rakyat masih tidak dapat melihat lagi? Diharap rakyat dapat mengambil iktibar dengan kejadian pada 9 Julai lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia dekat sini hari ini.

Semalam, laman blog ruangbicarafaisal mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai puluhan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR itu sebelum ini pernah ditangkap polis kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada tahun 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

Mengulas lanjut Shafie berkata, tindakan pembangkang yang cuba memburukkan imej polis itu tidak akan bertahan kerana lama kelamaan rakyat boleh membuat penilaian sendiri tanpa provokasi oleh mana-mana pihak.

“Polis lebih tahu apa yang mereka lakukan dan mereka tidak akan bertindak melulu atau menghukum mana-mana individu tanpa alasan yang kukuh.

“Saya yakin rakyat lebih menyokong polis terutama apabila polis berjaya mengawal keadaan pada perhimpunan itu,” jelas beliau.

KOMEN : INI SEORANG LAGI MANUSIA YANG KUAT MENGHASUT RAKYAT UNTUK MENENTANG AGONG DAN KERAJAAN... BILA LAGI NAK DIKENAKAN TINDAKAN... BIADAP CINA KOMUNIS NI...

No comments: