Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 15 July 2011

UiTM, PDRM bekerjasama tubuh Akademi Kepolisan




ISMAIL Omar (kiri) bertukar dokumen dengan Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara UiTM dengan PDRM, di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 14 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Akademi Kepolisan bagi memberi peluang kepada anggota polis meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik mereka.

Penubuhan akademi tersebut adalah salah satu persetujuan dicapai dalam memorandum persefahaman (MoU) antara UiTM dengan PDRM hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengalu-alukan penubuhan akademi tersebut berkata, Maktab PDRM akan terlibat secara langsung dalam pengendalian kursus pertama yang bakal dilaksanakan iaitu Kursus Bahasa Inggeris Komunikatif.

Menurutnya, kursus melibatkan seramai 25 anggota barisan hadapan dan polis pelancong di Lembah Klang itu akan diadakan dari 18 hingga 22 Julai ini.

"Kursus itu boleh dijadikan asas persediaan untuk penubuhan akademik ini yang akan dipelbagaikan selepas ini," katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangani MoU di antara UiTM dan PDRM di Bangunan Canselori UiTM di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan pegawai-pegawai kanan polis.

Mengenai MoU itu, Ismail berkata, ia membentuk satu persefahaman jangka panjang dalam bidang pendidikan, latihan, penyelidikan dan kerjasama dalam mempermudahkan kemasukan anak warga PDRM ke UiTM.

KOMEN : SELANGKAH MAJU KEHADAPAN DALAM ACUAN KITA SENDIRI DEMI ANAK BANGSA...

No comments: