Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 11 July 2011

Alonso tawan GP Britain


DARI UTUSAN MALAYSIA
11.7.2011




Fernando Alonso meraikan kemenangan GP Britain di atas podium bersama Mark Webber (kanan) dan Sebastian Vettel di Silverstone, semalam. - REUTERS



SILVERSTONE, England - Fernando Alonso menamatkan penantian panjang Ferrari, apabila merangkul kejuaraan pertama buat pasukan itu dengan muncul juara tidak diduga pada Grand Prix Formula Satu (F1) Britain, semalam.

Pelumba Sepanyol berusia 29 tahun dan juara Grand Prix Britain 2006 itu menghadiahkan gelaran pertama buat Ferrari sejak kemenangan terakhir mereka pada Grand Prix Korea, Oktober tahun lalu dengan pemanduan baik, selain dibantu sedikit tuah, mengeksploitasi drama yang melanda juara dunia, Sebastian Vettel.

"Hari yang menakjubkan,'' kata Alonso, yang merangkul kejuaraan ke-27 dalam kariernya.

Perlumbaan semalam bagaimanapun diselubungi drama, di mana pendahulu perlumbaan, Vettel dari pasukan Red Bull terlepas kedudukan teratas selepas mengalami masalah nat tayar ketika memasuki hentian pit, menyebabkan dia keluar agak lewat.

Insiden itu turut mencetus kontroversi selepas rakan sepasukan Vettel, Mark Webber, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama dan turut berpeluang memintas rakannya itu, terpaksa mengekalkan kedudukan dan memberi laluan kepada Vettel selepas diarahkan oleh pasukan, sekali gus sekadar berpuas hati di tangga ketiga.

Pelumba tuan rumah, Lewis Hamilton menunjukkan pemanduan hebat untuk menduduki tangga keempat buat McLaren, mengetepikan tentangan sengit pemandu Ferrari, Felipe Massa di selekoh terakhir.

Massa akhirnya berpuas hati di tangga kelima, meninggalkan Nico Rosberg dari Mercedes keenam, pemandu Sauber, Sergio Perez ketujuh, Nick Heidfeld (Lotus-Renault) kelapan, juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher (Mercedes GP) sembilan dan Jaime Alguersuari (Toro Rosso) ke-10.

Vettel, yang melepasi garisan penamat dengan 16 saat di belakang Alonso, yang mencatat kepantasan satu jam, 28 41.196 saat bagaimanapun kekal mendahulu kedudukan pemandu dunia dengan mengumpul 204 mata, diikuti Webber dengan 124, manakala Alonso melonjak ke kedudukan ketiga - 112 mata.

"Sukar untuk mengatakan kesan kekalahan ini kepada kami, tetapi sudah tentu kami gagal mempertahankan kedudukan selepas berada agak selesa pada satu peringkat. Kami melepaskan beberapa mata (dalam kedudukan dunia).

"Bagaimanapun saya rasa kami perlu menerima kekalahan ini secara adil dan jujur. Ferrari telah mengalahkan kami hari ini, bermakna ia menuntut pasukan untuk bekerja dengan lebih kuat,'' ujar Vettel.

Sejurus tamat perlumbaan, boss Red Bull, Christian Horner mengakui bahawa Webber sebenarnya "tidak bersetuju" dengan arahan yang dikeluarkan pasukan untuk membenarkan Vettel memintas tetapi terpaksa membenarkan demi strategi pasukan.

Sementara itu pemandu McLaren, Jenson Button terus berdepan badi di negara sendiri apabila hasratnya untuk melakar keputusan cemerlang dikecewakan oleh masalah tayar ketika perlumbaan tinggal 12 pusingan untuk ditamatkan. - AFP

No comments: