Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 25 July 2011

PERPADUAN BN DAN KEPENTINGAN RAKYAT

Dua prasyarat untuk BN terus relevan
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



MUHYIDDIN Yassin menerima ikrar parti IPF daripada M. Sambanthan (kanan) dan Kadir Mydin pada Perhimpunan Agung Tahunan IPF kali ke-19 di Mines, Seri Kembangan, dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN



KUALA LUMPUR 24 Julai - Semua parti komponen termasuk anggota gabungan Barisan Nasional (BN) perlu segera memperkukuhkan perpaduan dan mendahulukan kepentingan rakyat sebagai prasyarat untuk memastikan parti itu terus relevan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua prasyarat berkenaan amat penting untuk diutamakan demi memperkukuhkan pasukan BN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Jika kita tidak berpadu, rakyat tidak yakin dengan kita dan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada BN pada PRU akan datang. Kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan PRU-13.

"Sekiranya sebelum ini kita mempunyai pasukan satu, pasukan dua dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu pasukan sahaja iaitu BN,'' katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-19 Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Turut hadir Presiden IPF, M. Sambathan.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin meminta semua pemimpin parti komponen dan anggota gabungan turun padang dengan lebih kerap bagi membolehkan dua prasyarat itu dilakukan secara efektif.

"Pendekatan ini juga membolehkan kita menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih tepat bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan dakyah ang diperoleh daripada blog, laman web dan media alternatif," ujarnya.

Di dalam ucapannya, beliau turut menyelar media-media alternatif kerana menyiarkan klip video secara tidak bertanggungjawab bagi menunjukkan polis melakukan keganasan semasa menyuraikan peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai lalu.

"Perbuatan mereka itu sungguh tidak bertanggungjawab kerana polis telah melakukan tugas dengan penuh dedikasi bagi mengawal keadaan," ujarnya.

Mengenai peranan IPF pula, Muhyiddin meminta parti itu terus memberi sokongan padu kepada parti memerintah yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan teraju pemerintahan terus dipegang oleh BN.

Katanya, walaupun hanya berstatus anggota gabungan, peranan IPF berjuang bersama-sama BN untuk membela rakyat sememangnya diakui.

"Kami amat menghargai apa yang dilakukan IPF selama ini terutama dalam usaha membela nasib kaum India di negara ini," katanya.

KOMEN : PERPADUAN AHLI DAN KEPENTINGAN RAKYAT DIUTAMAKAN MENJADI AGENDA UTAMA UNTUK BN TERUS RELEVAN DAN MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT.. NAMUN BN PERLU MENYINGKIRKAN AHLI-AHLI ATAU PARTI KOMPONEN BN YANG BERTINDAK SEPERTI GUNTING DALAM LIPATAN SERTA MUSANG BERBULU AYAM YANG AKAN MEROSAKKAN PERPADUAN YANG TELAH DIBINA SEKIAN LAMA...

2 comments:

Onna said...

Assalam syng daddy,

Kepentingan sama rata perlu, jgn nampak memberi berlebihan kepada kaum lain tetapi kaum sendiri tercicir dan tertinggal, sedangkan suara2 sudah bnyk kedengarah betapa kaum sendiri seperti di anak tiri...apa yang kaum lain mintak semua dapat...bila nak mengundi ajer..keluarlah ayat keramat..kalau bukan melayu yang menyelamatkan melayu... tapi bila bab bagi2 bajet...lebih ke lain...sampai bila melayu nk tampung undi dan bila menang...lebihkan ke kaum lain...

Daddy,

mungkin lari sikit dari artikel yang daddy letak ni..tapi kadang2 kalau asik berckp pasal perpaduan..tapi asik melayu aje yang nak mengalah...mana boleh kan kan kan...

AJAI62 said...

Assalam Syg MUm

Biasalah cakap2 politik...