Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 28 July 2011

MAHU PEGAWAI SPRM KES BENG HOCK DIPECAT


DARI UTUSAN MALAYSIA
28.7.2011


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 24 Julai 2011 (Ahad) dalam ruangan pendapatnya memaparkan nukilan pengkritik semasa Loh Hon Chew berkenaan siasatan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock seperti berikut.

Selepas siasatan Suruhanjaya mengumumkan kes Beng Hock, pasti ada yang menerima hakikat itu dan ada yang tidak boleh menerimanya malahan ada juga yang tiada sebarang pendapat.

Kehilangan kepada keluarga Beng Hock ialah mendiang diputuskan sebagai membunuh diri tapi rakyat di seluruh negara semuanya tahu perkara itu berlaku kerana kekejaman pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang pihak SPRM perolehi ialah terlepas daripada dituduh membunuh, kerugian yang ditanggung dalam kes itu ialah keluarga mendiang Beng Hock.

Zaman dahulu di China, seksaan selalu digunakan dalam perbicaraan sesuatu kes oleh pegawai yang menjatuhkan hukuman.

Jika tuduhan sesuka hati dilempar tetapi tertuduh tidak mengaku bersalah, pegawai tersebut akan menyeksanya setengah mati sehingga dia mengaku salah menyebabkan ramai yang di dalam penjara ketika itu sebenarnya bukan pesalah yang sebenar.

Siasatan suruhanjaya semasa melakukan siasatan mendapati pihak SPRM menggunakan kaedah seksaan cara zaman kuno China supaya mangsa (Beng Hock yang seorang saksi sahaja) mengaku bersalah.

Pada tahun 1683, tercatat dalam buku sejarah hukuman seksaan apabila mendapati pesalah itu bersalah. Mereka bukan mati berdasarkan kepada undang-undang tetapi mereka mati di dalam tahanan penjara, bukan disebabkan pelaksanakan undang-undang tetapi masalah daripada kekejaman.

Setelah 300 tahun, adakah kita benarkan saksi itu mati begitu sahaja di tangan pegawai yang menjalankan tugas itu? Walaupun mendiang mati disebabkan bunuh diri, adakah pegawai tersebut tidak perlu bertanggungjawab?

Bagaimana pula pihak kerajaan memberi jawapan kepada keluarga Beng Hock dan di mana letaknya tamadun rakyat negara kita ini?

Dalam laporan siasatan itu menyebut bahawa penyebab kematian Beng Hock kerana mendiang tidak tahan SPRM melakukan siasatan yang melanggar prosedur, dalam keadaan dan cara soal siasat yang bertubi-tubi.

Apakah sikap kerajaan terhadap perlakuan yang menyebabkan seseorang itu bunuh diri? Contohnya, kita diletakkan di atas benteng gaung, seseorang menghunuskan parang memaksa mangsa berundur setapak demi setapak sehingga akhirnya tergelincir jatuh ke dalam gaung. Adakah itu dikatakan tidak langsung ada kaitannya dengan kes pembunuhan?

Undang-undang di negara kita langsung tidak hiraukan orang yang menghunus parang itu hanya dengan perkataan semudah ‘melanggar disiplin’, sudah boleh tutup kes?

Ada pegawai-pegawai hanya dikenakan tindakan disipilin, tidak perlu ada tindakan undang-undang terhadap mereka?

Dalam laporan itu menunjukkan ada dua orang pegawai SPRM yang berbohong iaitu membuat laporan palsu. Jika bersabit kesalahan membuat pengakuan palsu di mahkamah, ia perlu dikenakan tindakan undang-undang yang keras.

Jika membuat laporan palsu pada pihak polis, akan dikenakan tindakan di bawah akta jenayah. Adakah berbohong dengan Suruhanjaya Penyiasatan juga akan dikenakan tindakan?

KOMEN : KALAU SENDIRI YANG BERNIAT UNTUK MEMBUNUH DIRI KENAPA MASIH NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN...? KENAPA PERLU TAKUT KALAU TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN...? BUKALAH MINDA KAMU SEMASA MENULIS, SUPAYA TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENABUR FITNAH PADA ORANG LAIN.. RASANYA KES TBH TELAH DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI BUNUH DIRI... DARI AWAL KES KEJADIAN PUN SAYA SUDAH MENGAGAK YANG TBH MEMBUNUH DIRI DENGAN TERJUN DARI BANGUNAN SPRM....MOTIFNYA TENTULAH PASAL RASUAH?

2 comments:

Big Bos said...

..lu ni banyak bodoo punya olang..Teo tu hanya seolang saksi dan bukan tertuduh..apa perlu dia takut itu sama SPRM. Dia sebenar lebih takut dia punya Big Boss kepala Selangor Gangsters..dia sangat takut kerana dia telah bocor manyak maklumat tentang tipu projek dan rasuah yg dilakukan oleh bos dia..jadi dia manyak tertekan wooo !!! dia terima macam2 ugutan daripada pihak DAP dan bosnya..

..wei bodoo !! ini bukan kesah cerita dongeng cina tu..Teo ni saksi penting, kalau dia cakap dalam mahkamah Big Bos dia pasti mampus punya..supaya saksi tidak boleh bercakap dalam mahkamah dia perlu buat sesuatu keatas saksi penting tu..jadi apa yg bos Teo perlu buat..?????? Jawap jangan tak jawab..bodoooooooohhhh punya olang la lu..sendiri salah tatak nampak...

Anonymous said...

SLM BRO..MUNGKIN KRONI2 KOMUNIS DAP TGH KAUTIM DGN KELUARGA TBH SUPAYA TERIMA KEPUTUSAN RCI SBB DIORANG DAH KECUT KLU KES NI DI BONGKAR AKAN MENAMBAHPARAHKAN EGO SEKALIGUS MARUAH DAP MASUK LONGKANG KEHKEHKEH