Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Thursday, 18 June 2009
‘Perpecahan Melayu teruk’
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.
Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.
‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.
‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Bila orang berilmu berkata-kata...orang politik mulalah kepanasan...tak lama lagi adalah orang-orang yang cetek ilmu menidakan apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak tentang perpecahan orang Melayu yang semakin teruk...Susah sangat ke orang Melayu ni nak bersatu....Kalau perpaduan antara orang Melayu/Islam pun di bangkangnya mana pergi ilmu tok guru yang disanjung oleh pengikut-pengikutnya...Islam tukan Agama Perpaduan....itulah padahnya kalau agama di politikkan.....tak gitu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment