Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Sunday, 7 June 2009

Kesan PRU Ke-12, Melayu kini dalam dilema Melayu dalam dilema



KOTA BHARU 6 Jun - Masyarakat pribumi di negara ini terutama orang Melayu kini dilanda dilema politik dan ekonomi kesan daripada manifestasi Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, implikasi kepada dilema itu kelihatan semakin mencabar masyarakat pribumi dan jika ia gagal ditangani segera kesan yang lebih buruk akan berlaku.

Beliau berkata, justeru, orang Melayu dan bumiputera perlu kembali memberi sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah supaya tidak ada pihak yang berani untuk membuat tuntutan tidak munasabah.

"Bila saya katakan orang Melayu dalam dilema, maksudnya orang Melayu sekarang ini sedang berada dalam keadaan serba salah, bingung dan berserabut seperti pepatah ditelan mati emak, diluah mati bapa.

"Saya katakan kita menghadapi dilema politik kerana hari ini ada orang Melayu yang sudah lupakan bangsanya, lupakan asal-usulnya dan lupakan sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmi dan menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 dan Penegasan Perjuangan Bangsa di sini hari ini.

Konvensyen anjuran Pusat Khidmat dan Membela Rakyat (PKMR) Parlimen Pasir Mas itu dihadiri seramai 1,420 orang dari 46 peti undi di kawasan berkenaan.

Ia diadakan bagi memberi kefahaman kepada jentera PKMR tentang perkembangan politik semasa dan cabaran terhadap masa depan ummah.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, kesan daripada dilema tersebut kini sedang dirasai oleh umat Melayu pada abad ke-21.

"Faktor-faktor penyebabnya ada jelas di depan mata kita, contohnya, kuasa Melayu dalam pemerintahan Malaysia hari ini kelihatan seolah-olah semakin terhakis, perjuangan UMNO dilanda krisis kredibiliti dan dicemari oleh amalan rasuah politik yang serius.

"Wibawa UMNO selaku teras kepada Barisan Nasional (BN) kian dipersenda oleh beberapa parti komponen BN sendiri, kontroversi mengenai ketuanan Melayu dan asal-usul Melayu dicetuskan oleh MCA dan Gerakan pada hujung tahun 2008 adalah bukti kepada fenomena ini," katanya.

Katanya, faktor yang terbesar ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu kini mempertaruhkan nasib dan masa depan umat Melayu kepada segolongan bukan Melayu.

Tegasnya, orang Melayu tidak akan berada dalam dilema sekiranya hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan dipertahankan dan tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikannya.

"Pendek kata, amalan politik di Malaysia mestilah mencegah apa jua tindakan dan keputusan yang boleh melenyapkan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan bangsa Melayu serta bumiputera di tanah air tercinta ini.

"Penegasan semula ini saya lahirkan secara tegas dan ikhlas semata-mata kerana saya tidak rela orang Melayu dan bumiputera terus menerus dilanda dilema politik dan ekonomi di tanah airnya sendiri.

"Orang Melayu juga mesti tidak takut dan gentar untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kita di bumi bertuah ini serta tidak perlu curiga untuk menyatakan hakikat bahawa Melayu adalah paksi kepada segala-galanya di negara ini," katanya.

Wahai orang-orang Melayu..bila lagi nak sedar...takan bila bumi yang di pijak dah jadi milik orang lain baru kita nak sedar...masa tu kalau menangis airmata darah pun dah tak berguna...Jadikan sejarah keruntuhan negara-negara Islam sebagai iktibar...janganlah kita mengikut telunjuk kaum munafik kerana mereka ini akan membawa kita kepada kemungkaran...Semuga segala tindakan kita selepas ni hendaklah kita fikirkan masa depan anak cucu kita...jangan esok kita di kutuk dan dilaknat oleh anak cucu kita kerana kesalahan dan dosa kita masa ini membuat mereka merempat di negara sendiri....

No comments: