Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 19 June 2009

JOHN 3:16




Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..
Tulah akibatnya kalau tak tahu berbahasa Inggeris...main ikut trend konon...nak juga guna perkataan inggeris tapi tak tahu makna....Apa hal...fikir2kanlah

No comments: